Sunday, August 1, 2010

Sesuatu kejayaan tidak semestinya bermula dengan sesuatu yang besar..

Assalamualaikum semua...
Dengan nama Allah yang Maha Pemberi...

Alhamdullilah..penat lelah Saif selama ini nampaknya telah membuahkan hasil..walaupun tidak sehavest mana..tapi Saif layak tersenyum..kerana Bh(rumah walet) kini telah mempunyai beberapa biji sarang..syukur pada yang Esa..Engkau yang Maha Pemberi.. Ukuran bangunanku pada orang yang telah berjaya dalam perwaletan bukanlah sesuatu yang besar..Namun bagi Saif ia sudah memadai untuk sesuatu permulaan yang paling bermakna...Ukuran bangunan 20'x40'x30'tinggi dibina sepenuhnya dari bata merah..kukuh dan tersengam indah.... pembinaan yang memakan masa selama 1 tahun, Maklumlah duit simpanan Saif bukan lah banyak..nasib baik isteri Saif cukup2 memahaminya..Sangat paling terindah Saif rasa bila terlihat adanya telur sang emas putih...yang sangat2 Saif tunggu sebelum ini.....kecil molek dan bersih...sungguh indah ciptaan yang Esa. Keadaan di sekitar Bh tidaklah begitu sesak dengan pokok-pokok tinggi..Ini kerana Saif tahu..pokok yang tinggi akan dapat menghalang gelombang suara walet yang dipancarkan ke langit..selain ia menjadi tempat hinggapnya helang atau si mata besar burung hantu..Burung Hantu merupakan acaman besar kapada burung2 walet..jadi apa sekalipun..waspadalah akan haiwan pemangsa ini.. Burung Hantu biasanya selalu kelihatan di waktu senja..malam dan di awal pagi..Ia dapat memakan walet2 yang berada dalam Bh..bila ini berlaku..maka walet2 tadi akan menjadi takut untuk kembali ke sarang mereka. 

Pandangan belakang BH Saif...  walaupun tak secantik BH orang lain..namun BH ini mampu buat sesiapa saja teruja..

Pelaburan hari ini Saif harap akan sentiasa berpanjangan hasilnya sehinggalah ke anak cucu kelak..



Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

No comments:

Post a Comment