Sunday, August 1, 2010

Nest base (tapak sarang) permulaan tanda KEJAYAAN!.





Biasanya walet akan bersarang berhampiran dengan tweeter..dan ader kalanya ditempatkan sarangnya pada speaker dan tweeter. Pada peringkat awalan walet akan menandakan sarangnya mcm di gambar sebelah ini. Tempoh bagi walet menyiapkan sarangnya bergantung pada musim membiak- biasanya memakan masa selama 45-60hari. Adakalanya sampai berbulan2..selalunya terjadi pada musim kemarau..






Di tempat begini lebih dikenali dengan panggilan bucu atau sudut 90 darjah. Walet lebih suka menempatkan sarangnya di sudut ini kerana ia lebih selamat lagipun ia diapit oleh kedua2 belah kayu(plank) tentu selamat punya. Walet2 dengan mudah dapat menyiapkan sarangnya.






Gambar di sebelah menunjukkan sebiji fake nest atau sarang palsu yang telahpun diludahi dengan emas putih sang walet..Biasanya sarang sebegini sangat cepat disudahi walet. Walet hanya membina sedikit sahaja..dan seterusnya bertelur. Namun disarankan agar sesudah 2x tetasan..sarang palsu agar dipindahkan ke tempat lain bg memastikan grade sarang yang lebih baik dan berkualiti dapat dihasilkan kelak.




Begitu juga dengan yang ini..biasanya ia menjadi pilihan walet2 muda untuk membina sarang mereka. Saya dengan jujur memberi cadangan kepada mereka yang baru memulakan Bh menggunakan kaedah ini...ibarat jika kita ingin menyewa bilik..sudah tentu katil difikirkan perlu bukan?..walet pun macam tu lah.. Jika dalam musim membiak walet2 akan lekas membangunkan sarangnya dengan begitu cepat kdg2 ader yang hanya mengambil masa dalam 1-2minggu sahaja...hebat bukan?..Alhamdulillah..




Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

No comments:

Post a Comment