Monday, October 25, 2010

Pemasangan tweeter yang benar/tepat..

Assalamualaikum semua sahabat saif... semoga kalian hebat-hebat sentiasa.. Jom zaZZ bersama Saif tentang tata cara pemasangan tweeter sebagaimana menjawab pertanyaan beberapa teman sahabat kita. Zoommm!
mungkin setiap pengusaha walet bercita-cita ingin melihat BH mereka  jadi macam ni kan?kan kan?..

tak pun macam ni....kan?...wah manyak betul sarang mereka.. semua sudut c' tu... nampak macam grade tinggi jer..saper la punya Bh ni... BH 5 year above.. Jika dah suasana dalaman BH macam ni.. tak perlu la lagi nak gatal-gatal tangan nak pasang-pasang lagi tweeter.. buat semak jer...
 Tadi cuma Iklan jer.. JOm tengok cerita tweeter pulak.. ramai yang pandang rendah perkara ni.

 speaker/woofer

speaker/woofer

 Semua woofer di atas merupakan kombinasi yang baik di tempatkan di empat lokasi penjuru BH.. dengan menggunakan sistem sound sorrounding (sSS) dapat menghasilkan super sound yang baik.

Suasana sound yang dihasilkan mestilah jelas dah nyaring/tajam.. penggunaan speaker bazooka dapat manyak membantu memanggil walet pada jarak yang jauh.. dipercayai sehingga mencapai jarak 150km.. wah jauh tu broo...

Kita lihat corak pemasangan tweeter pada lubang masuk walet agak sesak dengan tweeter.. dalam hal ini susun atur tweeter perlu diambilkira.. jumlah tweeter harus stabil antara kiri dan kanan sebagaimana gambar di atas. jika 5 di kiri makan 5 jugak di kanan. begitu juga dengan jenis tweeter yang digunakan juga seharusnya sama.

kedudukan tweeter yang sama akan memberi suasana suara yang seimbang. Dapat memudahkan walet focus kepada lubang masuk BH.

kalau anda ingin mencari tweeter untuk diletakkan di bahagian voids monkey house.. inilah saranan saif..

Jikalau anda mempunyai duit yang lebih.. tweeter ini perlu diletak disetiap penjuru dalam BH anda

kalau tak jumper tweeter yang atas yang ni pun boleh bro..sama jer keupayaannya..

tweeter ni lebih power sikit dari yang atas.. lokasinya adalah sesuai ditempatkan pada ruang-ruang antara bilik.. kalau BH anda banyak terdapat bilik..inilah tweeternya.

Piezo tweeter GT 1025
tweeter yang agak lama kemunculannya.... 6 tahun lepas Saif pernah melihatnya di dalam BH sahabat Saif.. emm juga memberangsangkan.. di mana letaknya? tengok di bawah..
Vega V253 tweeter
jika kayu plank dalam bh anda lebih dominan memanjang.. atau semuanya memanjang.. pemasangan tweeter ini sangat membantu.

Tp 1025 tweeter..
tengok walet dah pun mula bersarang..pelik juga tu..

water proof.... tweeter luar.. saif dah cuba... boleh laa... jika anda mampu.. cari yang lain..

pemasangan tweeter sebagai pembahagi ruang.. tweeter dipasang haruslah kemas!

tweeter dalam..

juga tweeter dalam namun ader yang menggunakannya  sebagai tweeter luar.. suara yang dikeluarkan tak akan sampai jauh punya..

tweeter yang juga popular digunakan di utara tanah air..

gabungan yang istimewa.. 2 jenis tweeter dalam yang agak meluas digunakan di Malaysia ni.. rata-rata BH yang saif masuk.. tweeter ni lah yang saif dapat tengok..

sesetengah pendapat mengatakan pemasangan tweeter sebegini memeningkan walet.. tapi ramai pulak yang mengikutnya..

tweeter yang mempunyai 2 kepala sambungan. tweeter dalam.. jangan dipasang kat luar pulak bro..

inilah yang dikatakan sistem para bola...amat berkesan.. saif juga menggunakannya.. kalu nak tahu.. sarang walet yang ke-4 saif dulu bermula di bahagian inilah... kira berkesan la tu...

wah semua tweeter dibuat sistem para bola?..banyak modal bro?.. dikatakan dan mengikut kajian teman saif.. tatacara pemasangan tweeter sebegini lebih berkesan dan menarik walet tidur dan bersarang lebih awal! wah dasyatnya... tak salah kalau anda mencubanya..

tweeter di pasang seharusnya tidak menganggu terbang walet.

pernah terfikir ker.. nak pasang perkara ni?..

comelnya...... dan power jugak..

pemasangan clip memudahkan penyambungan wayer..

clip penyambungan. ada clip barulah kemas bro..

conduser.... alamak betul ke tak ejaan ni....

Tak ader wayer ni tak berbunyilah tweeter demo tu bro... pilih lah wayer yang mempunyai dawai halus yang banyak. ia lebih baik.

Aper yang baik datang dari Allah dan yang lemah datang dari saifswiftlets jua... Dia Maha Kaya!

Sebarang pertanyaan anda.. zaZZ saifswift@yahoo.com terima kasih.

Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

No comments:

Post a Comment