Tuesday, October 19, 2010

Imbas Kembali..... cerita walet....

Walit perlu tempat sesuai
Berita Harian, 22 Sept 2005

Assalamualaikum..... jom zaZZ bersama Saif..tentang walet waktu ketika dulu....

PEMELIHARAAN burung walit (swiftlet) oleh pengusaha sarang burung perlu menepati ciri-ciri dan peraturan yang ditetapkan supaya industri itu tidak mendatangkan gangguan kepada masyarakat setempat.
Timbalan Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Shariff Omar, berkata beberapa kriteria sudah ditetapkan kerajaan berhubung isu pemeliharaan burung berkenaan antaranya mengehadkan kadar bunyi dan kawasan peliharaan yang bersesuaian. "Rundingan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga sudah dibuat, antaranya pemeliharaan perlu dibuat di kawasan perumahan yang terbengkalai supaya ia tidak mengganggu ketenteraman orang ramai selain menjamin kebersihan. "Burung layang-layang mempunyai dua jenis spesies iaitu walit dan layang-layang, kedua-dua burung ini tidak mempunyai sifat sama," katanya menjawab soalan tambahan Abdul Fatah Harun (BN-Rantau Panjang). Katanya, gangguan bunyi daripada pengusaha sarang burung walit sentiasa dipantau supaya tidak melebihi kadar 45 desibel (dsb) pada waktu malam dan 55 dsb untuk siang selaras dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pengusaha yang memainkan panggilan burung walit menerusi pembesar suara pula hanya dibenarkan antara jam 7 pagi hingga 7 malam pada tahap 40 dsb iaitu jauh lebih perlahan daripada percakapan biasa di kalangan manusia. Menurut Shariff, hanya sarang walit saja dibuat daripada cecair yang dikeluarkan daripada kelenjar bersebelahan kelenjar liur burung berkenaan manakala sarang burung layang-layang diperbuat daripada lumpur. Beliau berkata sehubungan itu kerajaan tidak menggalakkan pemeliharaan spesies layang layang kerana sarangnya tidak mempunyai nilai ekonomi. "Burung jenis walit mempunyai banyak kelebihan selain sarangnya yang boleh dieksport, najisnya boleh dijadikan baja organik yang mahal harganya. "Daripada persampelan rawak didapati tiada penyakit berjangkit yang membabitkan burung walit termasuk penyakit berbahaya seperti selesema burung," katanya. Shariff berkata, walit hanya terdapat di Indonesia, Malaysia, Selatan Thailand, Myanmar dan Filipina. Negara adalah pengeluar sarang walit kedua terbesar selepas Indonesia dan dieksport ke Taiwan, China dan Korea. Bagaimanapun, beliau menjelaskan tiada bancian dilakukan terhadap ladang atau premis pengusaha sarang burung walit sebab tiada lesen perniagaan sah dikeluarkan tetapi statistik Persatuan Sarang Burung Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira 10,000 pengusaha di seluruh negara.

Jabatan perkhidmatan Haiwan Negeri Perak

Pengeluar sarang layang-layang kedua terbesar

Harian Metro, 26 Jul 2005

MALAYSIA dijangka mampu muncul sebagai pengeluar kedua terbesar sarang burung layang-layang dunia selepas Indonesia, jika pengusaha negara ini terus memperkukuh pengeluarannya, selain mengekalkan mutu produk. Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata sejak lima tahun kebelakangan perusahaan itu sudah menjadi satu industri baru yang turut memberi sumbangan besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara.Menurutnya, statistik Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia menunjukkan ada kira-kira 10,000 rumah burung layang-layang dibina di seluruh negara dan jumlah itu dijangka terus meningkat.
“Perusahaan sarang burung layang-layang menjadi industri yang berpotensi di negara kita sejak kebelakangan ini, memandangkan sebahagian besar mutu sarang burung negara ini menepati kehendak pasaran dunia.
“Saya difahamkan, jumlah eksport kita sekitar empat hingga lima tan setahun dengan harga setiap kilogram sekitar RM4,500. “Ini bukan sahaja membantu pertumbuhan ekonomi dalam negara, tetapi juga memberi sumbangan terhadap pengaliran masuk wang asing,” katanya ketika berucap merasmikan Nespure Birds Nest Sdn Bhd (Nespure) di Kota Bharu, Kelantan kelmarin.Nespure adalah galeri khas penjualan pelbagai produk berasas sarang burung layang-layang asli pertama di Pantai Timur yang turut terbabit dengan pembungkusan untuk dijadikan hadiah berprestij.Sementara itu, Pengarah Urusan Nespure, Ng Ching Phock, berkata Kelantan dipilih sebagai destinasi pertama galeri itu berikutan keadaan alam sekitarnya yang masih terkawal.“Kita menggunakan 100 peratus sarang burung tempatan dan seluruh proses membersihkannya dilakukan mengikut cara tradisional iaitu menggunakan tenaga manusia.
“Nespure menyediakan dua kategori produk utama iaitu sarang burung yang dibersihkan untuk dimasak sendiri dan yang siap diproses menjadi puding untuk dimakan segera di premis kami,” katanya. Sumber persatuan itu turut menunjukkan Kelantan yang kini mempunyai kira-kira 300 ‘rumah burung’ adalah pengeluar kedua terbesar di negara ini selepas Setiawan, Perak.
Hasil lumayan

Harian Metro, 30 Mei 2005
________________________________________
DEMI mengaut keuntungan, beberapa pemilik premis di negara ini sanggup mengubah suai terutama kedai atau bangunan tinggal, untuk dijadikan sarang bagi burung layang-layang. Ini kerana sarang burung berkenaan dikatakan boleh membawa pulangan lumayan hingga RM10 juta setahun kerana ia dijual pada harga antara RM4,000 hingga RM12,000 sekilogram bergantung kepada kualitinya.Difahamkan, lebih 12,000 premis di seluruh negara dijadikan sebagai sarang burung layang-layang dan fenomena itu semakin ketara khususnya di Johor.Wartawan Harian Metro, MOHD RAMZI SANNY dan IBRAHIM ISA mengupas masalah itu yang didakwa turut mengganggu kententeraman dan kesihatan awam.JOHOR BAHRU: Pengusaha sarang burung layang-layang di bangunan kedai dan kediaman yang dikesan semakin berleluasa kebelakangan ini dipercayai menjalankan kegiatan itu secara haram kerana tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.
Difahamkan pengusaha industri terbabit meneruskan perusahaan mereka dengan membelakangkan undang-undang berikutan pulangan lumayan iaitu kira-kira RM10 juta setahun.Ini disebabkan harga sarang burung layang-layang itu dijual antara RM4,000 hingga RM12,000 sekilogram bergantung kualitinya.Kini, ramai pengusaha bukan saja di bandar utama di negeri ini bahkan di seluruh negara mengubah suai rumah kedai dan kediaman mereka untuk dijadikan sarang burung layang-layang atau dikenali burung walit.Difahamkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini tidak mengeluarkan lesen membenarkan bangunan diubah suai sebagai sarang burung itu untuk tujuan komersial.Walaupun industri ini berpotensi dan memberi pulangan lumayan, pihak berkuasa belum mengeluarkan lesen mengusahakan industri sarang burung itu.Ini kerana sebelum ini burung layang-layang adalah spesies dilindungi sepenuhnya tetapi diturunkan status kepada haiwan yang dilindungi yang bermaksud boleh dijadikan perusahaan.Bagaimanapun pengusaha perlu mendapat lesen sebelum mengusahakan sarang layang-layang.Menurut sumber, setakat ini Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) belum mengeluarkan lesen bagi perusahaan ini.Selain itu, pembesar suara berkuasa tinggi yang mengeluarkan bunyi bising suara burung itu didakwa mengganggu keselesaan dan mencetuskan rungutan.Harian Metro difahamkan kira-kira 12,000 premis di seluruh negara yang menjalankan perusahaan itu dengan sebahagian besar di rumah kedai dan kediaman dalam kawasan bandar.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata kerajaan menyedari perusahaan sarang burung layang-layang semakin mendapat sambutan di negeri ini dan banyak aduan diterima.Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit dengan mengeluarkan amaran dan menyita dalam operasi bersepadu seperti yang dilakukan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Februari lalu.“Semua PBT diarah memantau pengusaha yang mengubah suai rumah kedai dan kediaman sebagai tempat sarang burung layang-layang,” katanya.

Pengusaha rayu kurangkan kadar lesen ternak bu

Berita Harian, 20 Dis 2005

TELUK INTAN: Lebih 200 pengusaha sarang burung layang-layang di daerah Hilir Perak merayu kerajaan negeri menurunkan kadar bayaran lesen daripada RM500 kepada RM200 setahun yang ditetapkan minggu lalu.Pengerusi Persatuan Pedagang Sarang Burung Hilir Perak, Goh Ah Seng, berkata walaupun projek memelihara burung umumnya mendatangkan pulangan lumayan, bukan semua pengusaha merasai nikmat itu.
Beliau berkata, projek hanya mendatangkan hasil dalam jangka masa panjang kerana penternak terpaksa menunggu antara tiga hingga lima tahun bagi memperoleh hasil, selain kos tinggi untuk memulakan projek. Masalah utama penternak adalah menarik perhatian burung layang-layang untuk bersarang dalam petak yang disediakan."Ada yang hanya berlegar-legar di kawasan petak tetapi kemudian terbang ke tempat lain. Bukan mudah menarik perhatian burung layang-layang bersarang dalam petak yang disediakan," katanya, semalam.
Minggu lalu, kerajaan negeri menetapkan semua pengusaha burung layang-layang mesti mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bernilai RM500 setahun.
Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, berkata keputusan dibuat pada Mesyuarat Exco selepas kerajaan negeri mengambil kira pemeliharaan burung layang-layang menguntungkan, selain menjadi tarikan pelancong.Goh berkata, seorang penternak membelanjakan antara RM10,000 hingga RM40,000 bagi menyediakan petak tempat burung layang-layang bersarang.Katanya, selepas tiga tahun baru penternak memperoleh pendapatan hasil daripada air liur burung layang-layang yang dijual pada harga RM3,000 sekilogram.Beliau berharap kerajaan negeri memberi pertimbangan semula syarat baru itu dengan menurunkan kadar lessen.

RM500 lesen perniagaan burung layang-layang

Utusan Malaysia, 15 Dis 2005

IPOH 14 Dis. - Kerajaan Perak menetapkan bayaran RM500 kepada setiap pengusaha yang ingin memohon lesen perniagaan memelihara burung layang-layang untuk mendapatkan sarang burung yang amat berharga untuk dijadiakan makanan kesihatan.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali berkata, pengeluaran lesen berkenaan adalah dengan mengambil kira pemeliharaan burung itu boleh menjadi tarikan pelancong.Katanya, sehingga kini kerajaan negeri telah mengenal pasti sebanyak 1,157 syarikat dan individu di Perak, yag menjalankan pemeliharaan haiwan berkenaan.Beliau berkata, kerajaan menggalakkan pengusaha memelihara burung walid untuk menghasilkan sarang burung ini yang banyak terdapat di persekitaran pantai di Manjung dan Taiping Beliau berkata, mesyuarat Exco negeri hari ini juga memutuskan semua pengusaha disyaratkan hanya boleh memasang bunyi-bunyian antara jam 7 pagi hingga 7 petang.
"Bagaimanapun, Exco negeri sudah memberi mandat kepada saya untuk berunding dengan beberapa pendudk setempat yang mungkin tinggal jauh daripada orang ramai yang meminta supaya tempoh itu dilanjutkan sehingga pukul 8 malam. Kerajaaan negeri menggalakkan pemeliharaan burung layang-layang itu kerana ia adalah satu industri yang berpotensi terutama Manjung, Teluk Inta, Bagan Datoh dan Kerian.
"Kalau tidak ada bantahan, kita mungkin boleh meluluskannya kerana burung layang-layang ini adalah unik dan tidak boleh dipelihara secara biasa," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Perak di sini hari ini.Tajol Rosli berkata, pembesar suara yang dipasang bertujuan menarik perhatian burung layang-layang itu juga perlu didongakkan supaya tidak menganggu penduduk setempat.
Ditanya mengenai beberapa kediaman di Ayer Tawar dekat sini, dimana beberapa pendudk meminta supaya kediaman mereka diubah menjadi kawasan penternakan burung layang-layang, beliau berkata itu memerlukan persetujuan semua.Katanya, tidak adil sekiranya hanya segelintir penduduk dalam lingkungan lima atau enam peratus yang inginkan rumah mereka dijadikan tempat penternakan burung layang-layang sedangkan penduduk lain sebaliknya.

K'jaan Benarkan Ternakan Burung Walit
Bernama, 14 Okt 2005

PUTRAJAYA, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan orang ramai menternak burung walit dan mengiktiraf bidang itu sebagai perusahaan yang berpotensi tinggi untuk menghasilkan pulangan yang lumayan.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Negara Mengenai Kerajaan Tempatan kali ke-53 yang dipengerusikannya di sini.Penternak burung bagaimanapun perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum kelulusan dikeluarkan bagi menternak burung itu, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.Antara peraturan itu ialah aktiviti ternakan itu tidak dibenarkan dijalankan di dalam atau berhampiran kawasan perumahan dan penghasilan bunyi untuk memanggil burung berkenaan hendaklah dibuat pada tahap nada bunyi yang rendah.Burung walit kini banyak diternak di Pantai Barat Semenanjung. Perak ialah antara negeri yang didapati banyak menjalankan aktiviti ternakan burung itu berikutan berlakunya migrasi secara besar-besaran burung itu dari Medan, Indonesia.Mengenai syarat pembangunan untuk melindungi sungai, Najib berkata mesyuarat itu juga memutuskan supaya semua pembangunan dalam satu kawasan yang luasnya melebihi satu hektar dikehendaki menyediakan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak untuk pertimbangan kelulusan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)."Kita dapati bahawa punca sungai-sungai kita menjadi tercemar ialah kerana tiada kawalan hakisan dan kelodak," katanya yang menambah bahawa pihak JPS telah memberi perakuan bahawa prosesnya akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu selepas pelan dikemukakan.
Selain itu, kata Najib, majlis itu juga memutuskan supaya premis-premis makanan di bawah pentadbiran PBT memasang alat penapis sisa pepejal dan minyak bagi mengurangkan pencemaran.
"Majlis mendapati bahawa longkang-longkang kita berada dalam keadaan begitu kotor kerana penjual membuang sisa-sisa makanan dan minyak ke dalam longkang-longkang berhampiran dengan gerai-gerai mereka," katanya.Katanya PBT bagaimanapun dicadangkan supaya menguatkuasakan syarat itu apabila para peniaga hendak memperbaharui lesen mereka nanti bagi meringankan bebanan mereka.
"Jika sekiranya sesuatu kawasan itu terdapat beberapa buah gerai peniaga boleh menggunakan satu sistem penapis yang boleh menampung semua gerai," katanya.a Timbalan Perdana Menteri majlis juga meluluskan langkah membenarkan PBT mengeluarkan permit sementara meletakkan meja dan kerusi di luar premis makanan."Majlis menetapkan bahawa dalam keadaan tertentu dan juga dalam keadaan terkawal cara ini boleh dilakukan dengan dua syarat iaitu pertama, ia tidak mengganggu-gugat lalu lintas dan lalu lalang orang ramai."Dan kedua, mereka pelanggan yang duduk di luar premis makanan itu dipastikan supaya berada dalam keadaan selamat," kata Najib.Katanya PBT hendaklah meneliti dan melihat permohonan yang dibuat oleh peniaga premis makanan untuk meletakkan meja dan kerusi di hadapan kedai berdasarkan pertimbangan "kes demi kes" sama ada ia dapat memenuhi kedua-dua syarat itu.

Berita dari Seberang.. Suara Merdeka
Ruang Kelas Jadi Sarang Walet SPP Sekolah Digratiskan

TIDAK mudah untuk ''mengikat'' burung walet ataupun burung sriti agar mau menetap di suatu rumah/gedung permanen yang disiapkan. Keengganan burung walet dan sejenisnya untuk menghuni sarang berupa gedung, acapkali membuat pengusaha sarang burung tersebut frustrasi.Untuk memancing burung walet ataupun burung sriti mau singgah, pemilik rumah sarang burung biasanya menyiasati dengan memutar/menyetel kaset suara burung tersebut. Gedung dibuat gelap dengan lubang-lubang kecil untuk pintu masuk/keluar bagi burung tersebut. Bahkan terkadang juga menabur telur di dinding dalam gedung.Meski sudah melakukan berbagai upaya untuk memancing dan memikat, belum tentu burung walet yang liurnya memiliki nilai ekonomis tinggi itu bersedia bersarang atau bertempat tinggal di gedung yang disiapkan. Ada yang menyebut, memelihara sarang burung walet ibarat jodoh. Tidak sembarang orang berjodoh mengusahakan sarang burung.Namun bagi yang berjodoh, walau tidak menyiapkan lokasi khusus bagi burung walet ataupun sriti, ternyata burung itu datang sendiri dan mau bersarang di tempatnya.Sebagaimana Madrasah Ibtidaiyah (MI) Maarif Lebak Kecamatan Kaliwiro Wonosobo, meski sama sekali tidak berniat memelihara burung sriti, burung-burung yang tidak diundang itu selalu datang dan masuk ke ruang kelas. Bahkan di antara ratusan burung itu pun bersarang di langit-langit ruang kelas.Kepala MI Maarif Lebak, Ny Isti Faijah (54) yang ditemui Suara Merdeka, kemarin menjelaskan, burung-burung sriti itu mulai datang ke madrasah tersebut sekitar lima tahun silam. Saat itu, ratusan burung sriti memilih bersarang di ruang kelas I dan II.Pada awalnya, lanjut Kepala MI Maarif, kehadiran burung sriti tersebut cukup mengganggu konsentrasi pembelajaran. Murid-murid kelas I dan kelas II pun berulang-ulang mengusir, bahkan mengusik sarang burung yang menempel di langit-langit ruang kelas. Namun burung-burung itu tidak menghiraukannya dan enggan pindah.Sesudah berulang-ulang diusik tidak jua jera, akhirnya burung-burung sriti itu pun dibiarkan saja. Para guru pun melarang para siswa mengganggu burung tersebut. Kehadiran burung sriti itu kini cukup menguntungkan bagi sekolah. Empat bulan sampai enam bulan sekali, pihak sekolah bisa memanen sarang burung. Tiap kali panen, rata-rata bisa mendapat 30 sarang sampai 50 sarang. Tiap sarang dihargai Rp 10.000 oleh pembeli yang datang sendiri.Hasil dari sarang burung tersebut digunakan untuk kepentingan pembelajaran. Berdasarkan kesepakatan dengan komite sekolah, maka mulai Tahun Pelajaran 2004/2005, seluruh siswa tidak dikenai SPP/BP3. (Sudarman-76n)
Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

No comments:

Post a Comment