Wednesday, October 3, 2012

Rumah Walet Kos Kecil lagi Ekonomi..

Assalamualaikum dan salam perwaletan kepada yang melawati blog kami saifswiftlets.
Mengapa Rumah Walet ada  yang kecil dan ada yang besar?..ada yang mengatakan yang kecil walet xmau bersarang sedangkan yang besar dah 3tahun dibina namun sarangnya masih belum muncul?.. Segalanya ada jawapan jika kita seorang yang fahami apa keperluan burung walet dan apa kehendak manusia tentang burung walet. Keperluan asas sesebuah Bh adalah seperti tempat membiak yang selamat dan didorong oleh faktor persekitaran yang aman dan tenang. Manakala kehendak manusia adalah dengan menambahbaik darisegi keperluas asas burung walet tadi..namun harus diigat apa yang kita berikan kepada rumah walet itu tidak semestinya akan disukai walet..malah ada perkara yang tidak ada kaitan langsung dalam memberi atau menambahbaikan rumah walet anda..dan sebaliknya akan memberi kesan yang buruk kepadanya..Jom kita lihat sebuah Bh yang berkos kecil sekitar 8-12k untuk kita tengok Bh sebegini jugak mampu membuat walet menginap dan bersarang dengan aman dan tenang.namun tidak semua bh yang bertuah. Di luar sana lebih 70% rumah walet perlu dibaikpulih dan dikaji akan sebab kegagalan mereka memancing walet menginap dan sekaligus bersarang.. Allahu..

Sebuah Bh yang berukuran 8x15 kaki sahaja..

'sukan permotoran juga merupakan hobi yang baik' -sekadar hiasan

JIka Bh anda bermasalah.. hubungi kami:
Phone/sms 0139889009
swiftlets solution A-Z

Rumah Walet di Mukah Sarawak perlu dibaikpulih..

Sekilas tentang sebuah rumah walet di Mukah Sarawak.. Kebanyakan rumah walet kos sederhana di Sabah dan Sarawak dibina sebegini..Jom zomMM..
Di Mukah Sarawak ada Bh yang berjaya dan ada juga yang sebaliknya.. ini adalah lumrah yang biasa dilihat juga disemenanjung Malaysia. Kesesuaian suhu yang bagus dan benar juga bergantung kepada material asas yang digunakan. namun penambahbaikan harus ditambah jika ketepatan suhu dan kelembapan masih belum mencukupi.

Jika bh dikelilingi dengan pokok-pokok yang hampir ketinggiannya dengan bumbung Bh seeloknya laluan Pintu Masuk atau LBM diletakkan dengan tepat. seperti membinanya dengan design open roof.

Keadaan dalaman juga perlu diambilkira. susunatur tweeter dan pengalak harus benar dan jangan sampai ia menjadi kabur dan songsang..alunan suara yang dimainkan akan lebih senang memberikan keselesaan kepada sang walet.. suara hanya memacu walet masuk ke bh sebaliknya susunatur tweeter yang benar akan membantu ia bersarang dan membiak.

Ketinggian antara lantai juga akan mempengaruhi suhu di sekitarnya.

sesekat juga boleh mengurangkan keadaan cerah dalam bh..jika bh kecil maka xperlulah kita membinanya kerana ia akan mengurangkan keselesaan walet

mungkin sarang palsu akan membantu walet mula bersarang..namun jika walet pon tiada menginap macam mana ia mahu bersarang..

lokasi voids perlu tepat..

Keadaan pandangan belakang rumah walet tersebut..
sebolehnya..jangan menyimpan timbunan kayu dan benda-benda usang kerana ia boleh mengundang sang pemangsa walet.

pandangan sisi... kos mungkin sekitar 20-30k.. berusahalah..sesungguyNya Allah Maha Mengetahui.."

JIka Bh anda bermasalah.. hubungi kami:
Phone/sms 0139889009
swiftlets solution A-Z