Monday, September 27, 2010

Cicak Vs Lipass.....kamu jangan nakal...

Saif ada terbaca dari blog seorang kawan tentang cicak dan tips2 untuk menghalangnya dari terus tinggal di rumah/Bh kita... jom layan zaZZZ....... lagipun semua orang tahu..cicak dah lipas tak boleh dibiarkan bermaharajarela dalam BH kita...
Kenapa ada cicak di rumah? Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak.

TIP (1) Kalau nak hapuskan cicak, Hapuskan Serangga. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.


Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah semut, anai-anai dan lipas.


TIP (2) Kalau nak hapuskan cicak, Jaga Kebersihan Rumah supaya kurangkan serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.
TIP (3) Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. Jangan nak spray mata sendiri atau terhidu air spray. Ia sangat bahaya ...

TIP (4) Basuh dan keringkan kulit telur ayam dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. Kulit telur jika termakan boleh tercekik.


TIP (5) Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah.

TIP (6) Bela kucing. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-penak sekejap je setelah hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. Nanti cicak hilang .. kutu pulak yang merayap!
 emmmmmmm entah betul ke tidak... jika bernasib baik anda akan berjaya... selamat mencuba..!

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.

Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:



Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.

Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.
emmmmmmm entah betul ke tidak... jika bernasib baik anda akan berjaya... selamat mencuba..!


2 comments:

  1. salam bro.... hahaaannn maybe cicak kot... tapi kalau tanya orang pempuan mana yang lebih geli..mungkin mereka ada jawapannya!.... hahaa

    ReplyDelete