Wednesday, September 21, 2011

Rezeki Hanya Dia yang Bagi....

Salam sejahtera kepada semua teman2 seperwaletan.. haappy nice day!
Ini adalah sebuah rumah walet sahabat Saif.. cantika tak?..Ia telah dibina dengan ketinggian 3 lantai dan hasil yang masih kurang memuaskan..kenapa dan mengapa?..namun ilmu perwaletan tidak habis setakat ini... jom lihat ke dalamnya... Bissmillahirrahmanirrahim.. Conform! dalam kursus pun tak cakap macam ni!..

komen oh komen....biarlah dari sudut yang positif.. lubang masuk sebegini jarang sekali diguna pakai untuk rumah walet di Malaysia namun tidak di Indonesia..rata-rata kita lihat macam ni lah di sana..orang puteh cakap most populaR!.. SST akan bagi sedikit tip *** untuk Bh yang sakit atau baru dibuka.. lubang masuk walet haruslah diperbesarkan contohnya dengan ukuran 3'x4' sudah memadai untuk walet baru swingg masuk ke dalam Bh. Langkah2 keselamatan seperti letak benda tajam di bawahnya amat perlu..tak perlu lah kamu nak letak lampu awal2..

..kita tengok pula kaedah sprot najis di dinding Bh.. kalu macam di gambar ni..nanya la.. ini bukan terjadi secara semulajadi sebaliknya kamu yang buat.. jika Bh yang harvest 100kg/bulan pun tak macam ni..kenapa kamu perlu buat macam ni untuk Bh kamu...tak kan kotor namanya..bila kotor..macam2 penyakit/hama/kulat akan wujud..dan sang lipas pun amat sekali menyukainya haaahaa.. pelbagai cara dan kaedah untuk kita mewujudkan suasana asali bh bagi memastikan burung walet yang masuk menginap..ya tidak dinafikan bahawa canua' najis walet banyak membantu Bh2 untuk berjaya diperingkat permulaan namun ia haruslah dibuat dengan baik seperti menabur/mencampurkan ia bersama pasir yang basah, meletakkan ke dalam bekas2 najis yang lembap, mencampurkan ammonia dengan najis yang kering dan jika masih mahu sprot najis pada dinding cukuplah sekadar separuh jarak dinding dengan nesting plank..walet juga haiwan pembersih..kalau nak diterangkan kat sini pasal penggunaan najis walet ni esok pun takkan habis punya..nak tahu lebih kenalah masuk kursus/bengkel laa.. lihat pula gambar di bawah ni..

...hemmm habis semua bahagian dinding dipenuhi tahi2 walet... tahi walet jika dah lebih 2 minggu xakan ada powerRRnya lagi selain akan memberi debu2 kotor secara percuma yang sentiasa beterbangan untuk kamu dan walet itu sendiri.. bukan nak cerita pasai najis tapi cuba kita lihat lantai sebagai penyokong nesting plank pada gambar di atas.. lajurnya sudah ok.. tapi kenapa masih ada ruang2 diantaranya?... kenapa tidak dirapat2kan.. tahu kenapa?- Burung walet amat takut dengan keadaan sebegini.. di ruang seperti ini adalah sudut terakhir yang akan dibina sarang mereka jika sudah tiada lagi tempat untuk mereka bersarang. Begitu juga nesting plank, ia perlu dilekatkan rapat dengan lantai..tak kiralah sama ada lantai konkrit,seminboard mahupun papan kayu. Pesanan Saif jika keterlajuran lantai kamu seperti ini..emm maka eloklah diperbaiki@ dirapatkan.. banyak cara boleh di buat.. lain kalilah SST bagitahu..yang mana sahabat yang pernah menghubungi kami tentu telah diberi penerangan tentangnya.. terima kasih semua!

..ok jom lihat keadaan dalaman susunatur nesting plank... pertama kena tahu juga kaedah susun-atur plank yang benar. plank lurus tanpa petak2 baik sekali..ia akan meminimumkan penghasilan sarang yang bersudut..namun kita harus peka..walet amat menyukai ruang bersudut..jika ruang tambahan untuk walet bersarang cara beginilah yang kami sarankan! tapi jika Bh kamu di peringkat awal pancingan.. ruang petak2 atau perbanyakkan ruangan bersudut sangat2 membantu menambahkan populasi walet kamu.
Cara menambahkah populasi walet juga banyak kaedahnya.. salah satunya dengan membuat extra fooding atau hidangan tambahan dalam Bh kamu.. Mungkin lain topic SST akan jelaskan bagaimana dan bila waktu ia sesuai dibuat.
Ulasan pada foto di atas adalah mengenai kabus humudifier.. jika keadaan berterusan berkabus macam ni.. mungkin dalam seminggu sudah memadai untuk kulat membiak pada plank kamu.. terutamanya jika suhu di luar bh menyamai suhu di dalam bh.. jadi kamu haruslah pandai dan bijak mengontrolnya!... mungkin sesuai untuk musim kemarau sahaja..jika tidak memadailah dengan kolam2@bekas2 air yang kamu sediakan.

Segalanya masih belum tamat di sini..banyak lagi perkara-perkara penting yang harus diketahui untuk membuat walet suka pada rumah walet kamu..jika semuanya telah baik..lihatlah pada beberapa perkara asas yang lain seperti suhu,kelembapan,pengcahayaan,tatacara/susunatur,design,arah lubang masuk dan gangguan/musuh-musuh walet yang ada pada rumah walet kamu..(bagi orang islam Tawakkal juga amat penting dan jangan sesekali takbur) Semoga kalian berfikir dan berjaya!
"i make everything look easy"..
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

No comments:

Post a Comment