Tuesday, August 31, 2010

Cara Pemasangan Nesting Plank/sisip papan..

Alhamdulillah..syukur kepada Allah S.W.T... sebenarnya pelbagai cara dan teknik pemasangan nesting plank boleh diperaktikkan di dalam Bh anda. Di sini Saif akan memaparkan beberapa gambar nesting plank yang sering dibuat oleh pengusaha Bh.. Secara teorinya..Kaedah pemasangan nesting plank terbahagi kepada 4 cara iaitu kaedah zig-zag, kaedah lurus/petak sama,kaedah suka2.. dan kaedah lajur lurus bagi sisip papan di bahagian dinding/beam/rasuk Bh.



Kaedah pemasangan nesting plank secara zig-zag.. sesuai dibina pada bahagian bumbung/slab juga dibahagian bawah tangga yang seperti mana ditunjukkan dalam gambarajah diatas.



Ini pula merupakan kaedah suka-suka..apa yang penting kreatif dan ia juga dapat meningkatkan hasil sarang. cara pemasangan sebegini perlu berhati-hati agar papan yang dipasang mampu bertahan dah kukuh..kalu x..jatuh sapa yang rugi?..



Ini adalah kaedah yang sangat bagus..kerana sarang yang akan dihasilkan walet tidak mempunyai bahagian bucu..Biasanya kita dapat lihat keadaan ini pada Bh yang telah berjaya/lama beroperasi.. sarang berbentuk C lebih banyak terbentuk..xcaya..tanya walet..betul3..



Bravo....salah satu kaedah pemasangan nesting plank secara lajur lurus yang telah berjaya.. ia amat sesuai dibina pada bahagian beam/rasuk dan juga dinding(jika jarak antara lantai dan bumbumg tinggi). Kaedah pemasangan sebegini memerlukan kemahiran si pemasang..kalau tak..boleh jatuh.. jadi jika anda berhasrat nak yang macam ni..tanya tukang anda terlebih dahulu pandai ke tak..



Kalau anda tak mampu nak bina seperti yang di atas tadi..apa kata cuba yang ini.. juga kaedah pemasangan nesting plank secara lujur lurus..kita dapat lihat bahagian papan atas akan melindungi bahagian bawahnya daripada terkena najis walet yang bersarang di bahagian tingkat atas kelak.


 

Sepintas lalu..Kaedah petak-petak..apa2 kaedah pun boleh lah bro..


 
Tidak dinafikan bahawa sudut bucu/segiempat merupakan pilihan utama walet untuk bersarang..masih mengungguli carta yang pertama!...

Sebarang problem?...sazzzzz saifswift@yahoo.com.. InsyaAllah sama-sama membantu.


" i make everything look easy "

Phone :0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)


No comments:

Post a Comment