Tuesday, August 3, 2010

Menambah Makanan Untuk Sang Walet..

Pokok dan buah petola


Anda tahu ini apa?..sejenis pokok sayur..buahnya sangat sedap jika dibuat 'sayur air'..mesti terangkat..di makan pula dengan ikan masin..emmuah!.. Di Kelantan ia dipanggil buah te'ne dan nama sainstifiknya..saif pun xtahu.. pokok ini biasanya hanya bertahan 3-5 bulan..membiak dengan bijinya. berbuah tidak mengikut musim..Dalam sebulan dah dapat buahnya.. mudah dan senang untuk diurus.. Tidak hairanlah ramai petani yang memilih untuk menanam pokok ini.



Pokoknya hidup menjalar..letaklah apa saja..tentu pokok ini dapat menjalar. Gambar disebelah menunjukkan kayu pacang sebagai tempat untuk pokok ini bergantung. Pokok ini berbunga sebelum ia mengeluarkan buah.. Burung walet amat mengemari akan serangga2 yang tinggal di pokok ini.. Jadi sesiapa yang inovatif bolehlah tanam pokok ini disekitar Bh kerana walet dalam Bh kita tidak perlu keluar jauh untuk mencari makanan lebih-lebih lg jika musim walet menyuap anak. Selain serangga untuk walet dan buahnya pula untuk kita makan! semoga berjaya..

No comments:

Post a Comment