Monday, August 23, 2010

Soalan Minggu ini 'Mari Mengenal Jantina Walet..

gambar menunjukan bentuk dan jenis telur walet..namun ada yang menafikan sebaliknya..Jika hendak kepastian bolehlah menggunakan 'Indicator Gadget atau pun Pioneer Method'..Wallahualam.
Assalamualaikum semua..Ader beberapa sahabat Saif yang tertarik untuk mengenal bentuk dan jenis jantina walet..jom kita tengok..apa pandangan Saif..'jantan betina pun kira ke kawan?..

" i make everything look easy "

Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)
Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana hari ini merupakan hari yang gembira buat Saif..kenapa tidaknya kerana pagi ini Saif telah mendapat respons yang positif dari walet2 Bh Saif setelah pengubahsuaian suara luar dilakukan pada lewat petang semalam..Pengubahsuaian suara/tukar perlu dilakukan bagi memujuk walet2 muda ke Bh sekurang-kurangnya 1tahun sekali. Namun ader sesetengah Bh yang telah menggunakan 1 suara sama selama beberapa tahun..tidak boleh dinafikan kerana ia juga memberi kesan yang positif kepada Bh tersebut. Apa yang penting pemilihan suara luar perlu diamati dengan teliti kerana jika berlaku kesilapan walet akan terasa terganggu dan stress. Dalam topic pagi ini Saif mahu kita semua kenal akan bentuk dan saiz telur walet yang seterusnya mengenal jenis jantina anak walet yang bakal menetas kelak InsyaAllah. Seperti yang ditunjukan dalam gambar di atas kita dapat lihat perbandingan diantara telur burung layang rumput/seriti dengan sang walet. Telur seriti lebih kecil dari walet. Bentuk bulat kedua-dua telur menentukan jantina anak burung yang mana bentuk yang lebih bulat menandakan anak jantan manakala bentuk yang lebih tirus/bujur menandakan anak burung betina. Lumrah alam biasanya walet menetas sepasang (jantan dan betina.)

Gambar di sebelah menunjukan sepasang anak walet yang mula keluar sarang setelah berumur lebih kurang 60hari.. sayap yang telah bersilang menandakan anak walet tersebut telah pun sedia untuk terbang dan seterusnya akan mencari pasangan masing-masing bagi menyambung populasi/generasi koloni mereka kelak.

Sebarang masalah dan cadangan sahabat kalian boleh la diajukan kepada Saif...jika malu bertanya.. emailkan saja pertanyaan anda ke saifswift@yahoo.com. anda juga insan seperti saya. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Walet untuk semua.


" i make everything look easy "

Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

No comments:

Post a Comment