Wednesday, January 5, 2011

Kongsi cerita dulu-dulu..

Assalamualaikum.. cantikkan Bh di atas...

Jom imbas kembali perbualan rakan-rakan seperjuangan Saif..mengenai hal-hal berkaitan walet..zaZZ!
Ragam suara walet
Test Lokasi : Suara ini adalah campuran pelbagai jenis suara burung layang-layang dan walit untuk mengetahui apakah tempat itu ada burung walit atau tidak. Dari segi susunan bunyi tidak diperhatikah sangat kerna tujuan adalah nak tahu ada burung atau tidak. Sekiranya kawasan tuh dah ada RBW.. test location jadi kurang penting.

Suara Dalam : Suara Dalam adalah merujuk suara yang dimainkan dalam RBW. Bunyi ini boleh terdiri daripada beberapa jenis bunyi atau hanya satu jenis sahaja.

Suara Anak : Jenis suara ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat
i, Baby Sound
ii, Kid Sound
iii, Young Walet Sound
Camner dia punya bunyi.. cit..citt..cit..cittttt pooorah.. hehe..

Suara Berahi : Yahh.. itu suaranya yang ngerang².. suara ini suara walit betina

Suara Koloni : Suara ini adalah rakaman langsung dalam RBW yang telah penuh.. lebih kurang cam suara kat pasar ikan.

Suara Panggil : Suara ini juga di sebut suara luar dan merupakan gabungan suara walit

Pada pandangan kita, suatu suara itu berkualiti apabila berjaya menarik banyak burung walit. Perkara ini sangat subjektif.
Sekiranya walit tak masuk ke dalam RBW itu memberikan petunjuk RBW masih ada masalah yang perlu ditangani dan semasa menyediakan RBW.. pastikan jangan benarkan walit masuk meninjau melainkan RBW benar² ready untuk Majlis Pembukaan..selagi belum suksess pertanyaan demi pertanyaan pasti akan dilontar.. bila dah suksess mula ler lupa keng kawan lama di alam siber nih. Sebab tuh dari sekarang sediakan jaringan (Network) agar ada tempat mengadu di kala senang dan susah. Kengkadang lupa.. yer yer kita memang mudah lupa, melayu mudah lupa.. (Tun Dr. Mahathir Mohamad) Nasib baik ada ******* tukang ingatkan kiter.
Satu perkara yang kita selalu lupa dan kengkadang buat² lupa kerna kita terlalu fokus kepada sarangnya sahaja. Maka kita lupa kitaran hidup sang burung walit. Sebagaimana wujudnya 4 musim (panas, sejuk, luruh, bunga) cam tuh juga ler sang walit. Bila musim bertelur.. maka pasangan walit akan bekerjasama membina sarang untuk kelangsungan generasi walit berikutnya. Apabila sudah menetes.. mana mungkin pasangan walitnya mau buat sarang lagik. Nie masa untuk membesarkan anak nya sang walit

Kadang2 sy lihat jawapan dari ***** pun berbentuk perli saja, sebab soalannya pun seolah2 membenarkan beliau menjawab sedemikian. Sy lihat penglibatan dari peminat2 walit dlm amat menggalakkan sekali sekarang ini, tak macam dulu sampai lebih 2 bln tak ada sapa pun masuk. Tuan2 tahu tak segala interaction kita dlm forum ini adalah ilmu yg berharga. A to Z tentang walit ni semuanya berada di tangan pengusaha2 Cina, tapi mereka takkan nak beritahu kita percuma, sebab perinsip hidup mereka adalah antara lainnya, there is no such thing as free lunch. Jgn marah kalau ada yg tersenggong, mungkin tak 100% begitu, ada juga yg murah hati. Sy hairan sepatutnya jabatan kerajaan yg berkenaanlah yg semesti mempunyai kepakaran khusus dari A - Z mengenai walit ini, tapi sayang seribu kali sayang, ditelan pahit dibuang sayang (ini senikata lagu, jgn marah).

Jadi oleh itu kita kena terus bertanya & sy pun ada soalan juga, sy akan nyatakan dipenghujungnya nanti.

Pd sy sebagai seorg Muslim, ilmu adalah milik Allah. Sekiranya org yg bertanya itu ikhlas ingin tahu & jawapannya kebutulan ada pd kita, apalah salahnya diberitahu, mudah2an Allah akan balas pula dgn lebih banyak kebaikan & ganjaran kpd kita, Insya Allah.

Sy nak kongsi sikit pengalaman yg ada pd sy selama sy berkecimpung dlm bidang ini. Pd dasarnya, tambahan pula kita yg berugama Islam ni, segala sesuatu yg kita usahakan di bumi Allah ini hendaklah kita buat dengan penuh sabar, sebab SABAR ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN (tuan2 kena percaya dgn ungkapan ini, kerana ia terdapat di dlm Kitab Suci Al-Quran). Di dlm industri walit ni pula khususnya, sy merasakan bahawa tuntutan kesabaran itu hendaklah kita tambah berganda2 jika dibandingkan dgn kesabaran kita dlm ternakan kambing atau pun lembu yg juga menuntut kita bersabar sebelum berjaya sepenuhnya. Sebab burung walit ni, kalau dia nak start jadikan BH kita ni sebagai permanent home mereka, ia mengambil masa yg agak lama, walau pun mereka dah banyak kali buat window shopping. Seterusnya apabila mereka dah registered sebagai permanent occupant pd BH kita, tak ada undang2 di dunia ni yg boleh menghalang mereka utk migrate ke tempat lain apabila mereka dah tak suka di atas pelbagai sebab.

Kalaulah walit dlm BH kita ada katakan, 100 ekor, sy rasa yg dah berkahwin tu mungkin sekitar 20-30 pasang saja, sebab yg lain tu masih bujang atau belum baligh lagi, alah macam kita juga, kekadang dik kerana sebok dgn carrier sampai 45 thn baru nak kawin pun ada. Baru2 ni sy berbual dgn seorg pelakun lelaki drama TV Gerak Khas, umur dia dah 43 thn tapi masih bujang. Dia kata nak cari perempuan senang, tapi nak cari isteri susah sikit (macam2 alasan). Ada pulak tu 11 thn dah kawin, umur 12 thn laki dia (org kaya) lantik jadi GM syarikat dia sendiri. Kisah ni berlaku kat Indon masuk paper baru2 ni atas tajuk GM yg paling muda di Indonesia.

Sy perhatikan apabila walit betina bertelur (walit bertelur 1 atau 2 biji sahaja & setakat ini belum lagi jumpa yg lebih dari empat) ia mengambil masa lebih-kurang 25-28 hari utk menetas Selepas menetas, anak walit tu mengambil masa lebih-kurang 40-50 hari utk terbang utk cari makan sendiri secara full time & lepas tu barulah kita boleh ambil sarangnya. Yg cantiknya tuan2, anak walit yg kecil ni kepalanya akan mengadap keluar supaya senang emaknya dtg bagi makan. Bila dan besar sikit & dah mula berak, dia akan mengalihkan ponggongnya keluar supaya apabila berak tahinya tidak sikit pun akan kena pd sarang. Kerena kelakuannya sebeginilah maka walit ini dipanggil toilet-trained bird. Tak macam burung lain, main bedal saja. Kalau ada org2 awam yg marah akan BH kita dgn mengatakan walit kat BH kita kotor & berak merata2, inilah hujahnya. Walit ni macam org juga. Cuba tanya org yg menuduh walit ni pengotor, dia kat rumah berak atas tilam ke atau kat tandas? Kalau dia kata atas tilam, jgn tunggu lama, panggil ambulance, & terus hantar dia sama ada ke Tampoi atau Tanjung Rambutan (tengok mana yg dekat) sebab dia ni confirmed gila.

Mengikut apa yg pernah sy baca, sepasang walit akan bertelur 4X setahun. Mungkin ada kebenarannya statement ini, terutamanya walit yg jenis sex maniac (alah macam kita juga sebulan lepas pantang bini dah berisi lagi).
Berdasarkan catatan di atas, utk mendptkan 1 kg setiap bln, sy rasa kena ada lebih kurang
600-800 ekor walit. 1 kg memerlukan antara 120-140 sarang, ikut saiz. Agaknya berapa lama pulak nak dptkan walit sebanyak itu menghuni BH kita? Mungkin 3 ½ thn . Kalau ada kawan2 yg dah panen 1-2 kg sebln sebelum jangka-masa itu tolong kongsi bersama. Sy pun nak tahu sangat rahsianya. Terkecualilah kalau BH itu terletak di lubok walit, contohnya di tepi laut atau sungai. Tapi tak semestinya juga tepi laut atau sungai ada banyak walit.
Satu lagi mengenai sarang burung walit ini, yg terbaik ialah sarang yg kat tengah2 nesting planks. Yg ini memang boleh dpt harga yg baik. Yg banyak, terutamanya di peringkat permulaan ialah di sudud. Sebab kerja membuatnya pun senang sikit. Walit ni pun pandai. Silap2 ada yg lebih pandai sikit dari manusia.

Jadi oleh kerana masa yg di ambil utk mendptkan hasil yg memuaskan agak lama, maka pengusaha2 atau pun penternak2 walit khususnya dikalangan org Islam kena banyak2 bersabar. Disamping itu kena banyak berdoa & banyakkan solat2 sunat, terutamanya solat sunat Dhuha. Maksud doa yg kita baca selepas selesai solat sunat Dhuha ialah antara lainnya berbunyi begini,.. Ya Allah, jika rezqiku masih di atas langit, turunkanlah, jika di dlm bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkahlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh, dekatkanlah, jika dekat, permudahkanlah. Kan cantik doa tu. Kalau tiap2 hari kita amalkan solat sunat Dhuha ini & berdoa sekali, Insya Allah, pasti akan di maqbulkan Allah.

Jadi sy harap sahabat, kena banyak bersabar. Nak tanya sikit, you all selalu masuk dlm BH ke? Kalau dpt di peringkat awal ni jgn masuk dulu. Sy dulu dlm masa 2 bln langsung tak dibenarkan masuk. Walit ni tak suka bau benda2 asing. Macam kita juga kalau tercium bau khinzir amacam? Terkecualilah BH yg dah lama  dan yg penghuninya pun dah beribu2. Masa tu kita nak panggil SRK shooting film Hati Mere Sathi versi baru kat dlm BH pun tak masaalah.
Ok, sy rasa cukup setakat ini dulu. Kalau ada apa2 komen, silakan, asalkan jgn belasah sy (kot2 ada yg tersalah cakap) cukup. Kalau ada apa2 kesalahan atau gurauan yg menyenggong perasaan, mohon maaf. Hidup di dunia ni kalau berterusan serious, tak berapa menarik kan? Akhir qalam, kalau ada di kalangan tuan2 yg nak berangkat ke Tanah Suci tak lama lagi saya ucapkan selamat menunaikan fardhu haji, Rukun Islam yg ke 5 & sy doakan supaya anda semua mendapat haji yg mabrur, Insya Allah. Mintak tolong doakan kami semua ni (di tempat2 yg mustajab doa) yg telah lama bersabarr menunggu, agar dikurniakan Allah rezqi yg melimpah ruah agar kami semua (mana yg belum buat haji lagilah) pun akan dpt menunaikan Rukun Islam yg ke 5 ini, di sama akan dtg Insya Allah.

(Antara perbualan sahabat-sahabat)
semoga kita tak akan alpa akan kesenangan yang dikurniakan selama ini olehNya...

saifswift@yahoo.com
Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

No comments:

Post a Comment