Sunday, August 15, 2010

Soalan Pilihan Minggu ini.

Assalamualaikum dan salam peace! untuk sahabat-sahabat Saif semua.. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana kita semua telah 6 hari berjaya mengharungi bulan puasa dengan penuh sabar dan  tekun beramal soleh. Hari ini ada diantara teman kita yang sering bertanyakan tentang suara burung walet.

Soalan : Benarkah suara walet yang dimainkan pada sesebuah Bh yang baru dapat memanggil masuk walet ke dalam Bh tersebut? 

Saif : Seperti yang telah Saif katakan pada soalan minggu lepas memang Benar dan ia telah banyak dilakukan oleh pengusaha-pengusaha walet terutamanya di Malaysia.  Pada peringkat awal pembukaan sesebuah Bh
peranan suara rakaman walet amatlah penting. Ini bagi membolehkan walet masuk menjelajah keseluruhan Bh seterusnya akan datang kembali lagi jika Bh tersebut memenuhi microhabitat mereka. Di  pasaran, pada amnya terdapat beberapa kategori suara walet seperti suara walet pengasuh, suara piyik2 anak walet, suara walet remaja, suara koloni walet, suara walet kawin dan termasuk juga suara walet stress/berkelahi. Jangan terkejut jika terdapat suara yang berharga sampai 1-2k!  Bagi mengenalpasti jenis suara yang dibeli anda bolehlah mendapat nasihat dari yang arif tentang suara walet dan jangan rembat je jika ada yang bagi. Jika silap suara, walet akan lari dan tidak mau menginap langsung di dalam Bh anda. Keberkesanan suara juga bergantung kepada jenis koloni/group walet yang terdapat di sesuatu kawasan anda.
Oleh hal demikian, Saif syorkan agar ujian ringkas/uji suara perlulah dilakukan terlebih dahulu bagi mengenalpasti jenis koloni walet yang berada disekitar Bh yang bakal dibina kelak. Kejayaan sesebuah Bh tidak terletaknya pada suara sahaja..apa yang lebih penting jika syarat-syarat pembuatan/microhabitat dan kondisi Bh benar2 sesuai maka semuanya akan berjalan lancar. Jika telah ader walet yang sudah mahu tidor di dalam Bh anda..itu adalah tanda utama kejayaan Bh anda..bersyukurlah! usaha dan tawakkal juga penting..Sebarang kemusykilan bolehlah diajukan soalan pada saifswift@yahoo.com.

No comments:

Post a Comment