Assalamualaikum...segala yang baik datang dariNya jua... yang lemah datang atas ketidaksempurnaan Saif.. Sedikit pengenalan tentang ayah saif. Beliau merupakan bekas pesara tentera.. seorang yang tegas dan garang... tapi baik hati sebenarnya dengan anak-anak.. yang Saif xboleh nak bandingkan ayah saif dengan orang lain adalah dari segi kerajinannya.. emm ayah saif memang rajin..tak suka duk diam dan suka buat macam-macam.. suka bela macam2 haiwan.. dan juga tanaman. jomm zaZZZ!
Penternakan ikan hiasan juga merupakan satu sumber rezeki tambahan jika kita lakukan dengan bersungguh2..Bagi saif terutamanya abah ia merupakan hobi diwaktu lapang selain ikan2 ini boleh menghilangkan tekanan..kanak2 amat meminatinya..Mungkin masa yang terbatas, sekarang ia telah nampak dah xterurus..dulu cantik! macam2 ikan hiasan ader. budak2 datang..saif bagi jer...
Selain ikan hiasan..ayah saif juga memelihara lebih kurang 100ekor burung merpati....emmm memang banyak..rasa2nya kat KB ayah saif lah yang paling banyak bela burung merpati...ia juga dijadikan hobi..bila tengok ia makan dan terbang..sungguh tenang hati kata ayah saif.. hemm betul ke kata orang burung merpati ni cerdik??..entahlah..
Siapa yang tak kenal haiwan inikan?... kat Kelantan ia dipanggil Sang Serati atau lebih gelamour dengan panggilan Maskovy iaitu juga kumpulan itik. Harga pasaran amatlah tinggi memandangkan permintaan terhadap dagingnya sentiasa xputus2..maklumlah saif sendiri pun sangat mengemari dagingnya..sejak saif kecil lagi ayah saif memeliharanya.. Kat rumah saif sekarang xlah banyak sangat serati ni..adalah dalam 40ekor..tu pun turun-naik jumlahnya..huhu kena sembelih xdapatlah nak membiak..semua warna putihkan?...cun tu...
HHHaaa...ini dia yang paling famous!!...sapa2 saja ingat ini..ayam kampung!.. ramai yang mengemari daging ayam ini..kaum non bumi juga merupakan peminatnya...wwoW ayah saif dapat menjualnya sampai RM12/kg..tu pun xputus2 orang menanyakan pasal ayam ni..kat reban,lebih kurang 1000ekor ayah saif pelihara....nak beli yang hidup atau yang telah disembelih pun boleh....on the road!... Biasanya ayah saif akan sediakan menu ayam kampung setiap minggu untuk saifamily.. rugi kalu sapa2 xmkan ayam ni..100% organik tu....
Tak lengkap jika haiwan je dibela...pokok2 macam mana?..ayah saif juga seorang pekebun kecil-kecilan..almaklumlah..tanah sekangkang kera jer..walau apa2pun..syabas ayah!..anda adalah seorang ayah yang sungguh produktif dan inovatif.. saif amat bangga. Ayah saif juga menanam beberapa pokok seperti pisang,limau kasturi,dokong,pokok2 hiasan,bunga dan yang paling menjadi pilihannya adalah tebu... Mengikut beliau..pasaran tebu kat sini diantara RM1-2/batang mengikut saiz dan panjang batangnya..ader sesetengah membelinya secara pukal mengikut keluasan tanah. Ayah saif memang hebat..
saifswift@yahoo.com
Phone : 0179046560
Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)
Tahniah Saif mempunyai.. seorang abah yang hebat. Tu tak story pasal bela Arnab lagi.. dulu sampai beribu-ribu ekor.. Story sikit lain kali.. ha ha
ReplyDelete