Monday, December 20, 2010

Everything must be smart...

Good day... and assalamualaikum semua sahabat... juga taukey-taukey walet..Semoga kita semua tidak pernah alpa dan lalai akan kesenangan yang kita perolehi sehingga ke hari ini..Bersama Saif hari ini bercerita tentang kekemasan dan susun atur apa-apa perkara/peralatan yang ada di sebalik pintu kebal rumah gelap anda... 2 hari lepas Saif telah pergi melawat sebuah rumah walet yang sangat produktif dengan sarang waletnya.. sayang sekali sebarang gambar tidak mendapat kebenaran dari empunya tuannya.. untuk keselamatan katanya..(sebab pernah dulu dibolosi pencuri profesional) mungkin benar juga kata beliau.. "semoga pisang tidak berbuah 2x". Ok Saif ingin kongsi cerita/pengalaman apa yang Saif tengok dan perhatikan dalam Bh beliau...Bermulanya dengan melepasi 4 pintu kebal terdapat 1 ruang operation.. di sini terletaknya segala wayar..dan peralatan yang menjadi sebagai nadi pengerak utama suara di siang dan malam hari Bh beliau.. (sekarang dah tak pakai sound lagi) yang menariknya terdapat juga sebuah peti sejuk!... bila dahaga.. buka jer peti tu katanya.. menarik..jarang sangat Bh yang macam ni.. Perjalanan diteruskan.. bila buka sahaja pintu terakhir gua tu.. terdengar suara sayu mendayu-dayu bersahut-sahutan(nyek-nyekkk) tidak putus-putus.. dituruti juga dengan suara walet remaja (krekk tek-tekkk) yang bermain-main di dalam salah satu ruang Bh beliau.. keadaan cahaya hasil dari lubang piping berbentu L yang samar-samar gelap itu juga ditambahkan lagi dengan cahaya sepasang lampu suluh sebagai panduan Saif menyusuri di segenap ruang dan tingkat Bh beliau. Melihat sahaja plank kayu yang seakan penuh dengan mangkuk-mangkuk kecil begitu di segenap tempat mungkin sahaja boleh diagak jumlah walet yang menghuni Bh beliau..seribu mungkin?.. entah tak pernah dibilang katanya... Begitulah bermula dari 5minit sampailah ke satu jam Saif berada di dalam tu... kelemasan juga Saif dengan baun najis walet fresh dibuatnya... apa yang penting beliau telah pun berjaya.. dan Bh ini telah memberi senyuman yang menawan untuk keluarganya.. kita bila lagi?.... sabar dan selalulah berusaha..Sesungguhnya Allah sentiasa bersama mereka yang bersabar dan tidak pernah berputus asa.

Pastikan peralatan setiasa berada dalam keadaan simple dan kemas..

Secara umumnya bolehlah diberi kesimpulan bahawa beliau terlalu sibuk dan tak ada masa untuk mengurus Bh beliau sewajarnya.. Jadi seperti kita yang tidak beberapa sibuk ini..ambillah satu masa untuk mengemas apa yang patut agar Bh kita lebih bersih dan kemas selain memberi ketenangan kepada mata yang memandang..juga sebagai memudahkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan berkala kelak.. Jangan sampai lantai Bh ditenggelami dengan najis-najis walet...kerana ia boleh mengundang pelbagai hama dan penyakit.. ok nak cerita panjang lebar pun xguna ni.... semoga kita semua mendapat sedikit iktibar dan pedoman..kalau nak lebih-lebih hadirlah seminar juga bengkel yang dianjurkan....JOm zaZZ!...

My son sais... my soul..my dream..my generation...

Sebarang permasalahan dan cadangan boleh ajukan kepada kami :

Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

3 comments:

  1. very well written....and spread the thoughts by blog.....have to be smart now a days

    ReplyDelete
  2. salam: mereka buat mereka telah dapat hasilnya1

    ReplyDelete