Wednesday, August 11, 2010

Soalan Pilihan Minggu ini..

"Ader beberapa teman baru Saif bertanyakan soalan yang sama apabila Bh yang mereka bina (dengan berbeza consultan) hampir siap dibina.

Soalan : Macam mana nak bagi walet segera duduk masuk dan buat sarang dalam Bh2 baru mula ni..

Saif : "Bila sesebuah Bh yang dibina memenuhi syarat2 alami/habitat walet maka tidak ader masalah untuk walet tinggal seterusnya bersarang. Antara syarat-syarat dikatakan Saif tadi adalah :

i) Menentukan kestabilan suhu/kelembapan supaya menjadi tetap/stabil dalam lingkungan 25-28darjah/85-95 untuk kelembapan.

ii) Kemudian bagi Bh yang baru..tarikan najis walet yang fresh/berbaun baru perlu dihampar ataupun di letakan di dalam bekas dan dicampurkan sedikit air supaya ia menjadi lembap.(untuk memberi baun yang lebih lama) Ini semua dapat merangsang walet dan ia juga dapat menghilangkan rasa was2/takut walet bila menerokai Bh yang baru anda. Selain itu juga kotaran walet tadi dapat juga membantu pengendalian tahap kondisasi kelembapan.

iii) Apabila semua perkara di atas telah dibuat..baru la peranan suara memainkan peranan penting. Hati2 dengan bekalan suara yang banyak berada di pasaran. silap aribulan walet xpandang langsung pun Bh kita..cuba2 dapatkan nasihat pada yang pakar..(kalu ader tarzankan senang sebab dia boleh paham kot bahasa walet)..
iv) Dalam bab suara banyak lagi yang perlu dipelajari.. kedudukan dan susun atur tweeter dan speaker perlulah betul. Nanti kita cerita lain posting pasal tu.

"Mendengar suara hiruk pikuk yang dikeluarkan oleh Bh kita, burung walet yang kebetulan lalu lalang tak kiralah masa mencari makanan ataupun masa pulang akan dapat membuatkan mereka tertarik dan akan terus mencari sumber suara yang didengarinya itu(mengikut gelombang). Akhirnya dapat membawa ia masuk ke dalam Bh kita itu. Bila keadaan dalam Bh kita tadi dah stabil macam yang Saif katakan tadi iaitu memenuhi syarat alami walet,maka walet akan datang masuk lagi pada hari-hari berikutnya(xkira ari jumaat,sabtu ke ahad ke walet xada ari2 cuti mcm kita) dan seterusnya mengambil keputusan duduk dan tinggal di Bh kita.
"Untuk menentukan kejayaan cepat atau lambat sang walet ingin menetap dan membiak di dalam Bh kita ia bergantung pada apa keadaan dalam Bh kita sedangkan suara hanya untuk memanggil walet masuk ke Bh sahaja. Jika suara yang baik maka ia dapat menarik lebih ramai walet dan begitu sebaliknya. Yang lemah datang dari Saif dan yang baik datang dari Allah S.W.T. Beberapa gambar hiasan untuk tatapan bersama..

Wah banyak betul walet diangkasa..oooii jom masuk dalam BH aku ni....

aik ramai2 tadi xkan sekor je kot yang masuk..ermmm

haha ader lagi dua ekor kat sini..wah cepat betul buat sarang..kaya2 aku!!

haha nasib baik aku letak sarang palsu/fake nest..supaya ia cepat2 bertelor..kalu boleh kau bertelor 3biji la baru cepat banyak walet2ku nanti...hahaa..

hemm di bucu pun ader..wah dah ader telor kot huhu...

ni pun sama..org cakap kat bucu murah sarangnya..ahh aku peduli aper! yang penting ia bersarang.

MasyaAllah..xsangka pulak ader yang jd macam ni...bagus2..selalu macam ni pun xapa! go walet go!

ni pun sama..emm dah berapa dah walet aku ni...1,2,3,45...heheeee cantik ah!

Di sini lagi banyak rupanya......wakaka..opp lupa woldcup dah habis..

Meniti hari.....hari ke hari.. telor dieram telah pun menetas..aik yang satu lagi rosak ker...

Finally/akhirnya.......Usahaku membuahkan hasil! Syukur pada yang Esa..amin. cutenya dia...

Ok cantik!!..salam best dari saifswift@yahoo.com (soalan2 lain akan di post pada setiap minggu)

No comments:

Post a Comment