Sunday, August 15, 2010

Lawatan ke Tumpat..Kelantan.

Alhamdulillah...sepanjang jalan menuju ke Pekan Tumpat, Kelantan tak jemu mata Saif dihidangkan dengan pelbagai bentuk Bh yang menarik. Di tepi jalan sampailah ke tengah bendang sawah rata-rata semuanya dihuni walet jika dilihat banyak walet berputar-putar dan bermain berhampiran Bh. Sungguh bertuah orang di sini tentu dalam masa yang singkat Bh yang baru dibina di sini dihuni walet. Terletaknya Pekan Tumpat di lokasi yang amat sesuai iaitu dikelilingi oleh sungai-sungai dan sawah-sawah menjadikan Pekan Tumpat tumpuan utama walet mencari makanan seterusnya membiak di kawasan ini.
Tak ader Bh yang dapat menarik perhatian Saif  kecuali sebuah Bh berukuran 20'x40'x50'(4tingkat) yang terletak bersebelahan dengan Jobakar(Tempat terletaknya patung budha terbesar di Asia). Pemiliknya(rahsia) sentiasa tersenyum kenapa tidaknya kerana ribuan walet sentiasa bermain di atas Bh beliau. Dinding luar Bh ini di lekatkan dengan atap ajiya bagi memastikan cuaca panas tidak terendam ke dalam dinding Bh. Dengan jarak tak sampai 100meter dari Bh ini tersengam indah sebuah lagi Bh yang dua kali ganda lebih besar saiznya. Namun dari pemerhatian Saif hasil sarang yang dapat dikeluarkan oleh Bh ini jauh lebih banyak dari Bh pesaingnya..Ini kerana sama ader ia lebih dulu dibina ataupun sebaliknya Wallahualam. Sesiapa yang ingin berkongsi pendapat dan pengalaman mengenai perladangan walet sila-silalah ke saifswift@yahoo.com.

No comments:

Post a Comment