Monday, August 23, 2010

Sejarah membuktikan...Kejayaanku Alhamdulillah..

1st Bh Saif yang sederhana besar 40'x20' jerr....

Dengan ukuran lubang masuk walet bersaiz 2'x3' sudah cukup untuk walet terjun masuk..kadang2 macam roket tu laju..!
Saif mula mengenal erti walet/sarang burung 10 tahun yang dulu..ketika Saif masih digelar sebagai seorang student'. Ketika itu bertapa cetek betul ilmu Saif tentang perkara ini. Alhamdulillah dengan selalu bersama abang ipar(firul) juga penternak/pemborong sarang walet di Taiping, Saif senyap-senyap menaruh minat terhadap haiwan unit ini..mana tidaknya dengan harga yang mampu mencecah rm6000/kg waktu ketika itu Saif mula menanam cita-cita tinggi untuk memiliki juga sebuah Bh. Cita-cita itu Saif simpan bertahun-tahun dan kini ia telah tercapai jua akhirnya..Syukur kepada Allah S.W.T sejak dari itu Saif mula belajar dan mencari ilmu tentang haiwan istimewa ini. Dari pengetahuan sahabat-sahabat yang telah berjaya sehinggalah kepada buku-buku dan juga internet Saif mempelajarinya....namun apakan daya..Saif bukanlah dari keluarga yang kaya raya..semangat Saif, Saif bawa dari tahun ke tahun kerana Saif tahu jika ingin memiliki sebuah Bh bukanlah sesuatu perkara yang mudah lagi pun ia memerlukan modal yang agak besar..Saif belum bekerja pada waktu itu manalah nak dapatkan duit..Setelah menamatkan pengajian di sebuah intitusi pengajian tinggi  awam di Kelantan Saif mula mencari modal dengan bekerja dibeberapa syarikat swasta..rata2 semuanya di luar negeri.. Hari demi hari tahun demi tahun berlalu akhirnya Saif ditawarkan bekerja di Kelantan..apalagi terus cabut balik ke Kelantan la..Dengan bermodalkan sedikit wang saku..Saif mula membina tapak BH..tapi Saif terpaksa menangguhkan niat Saif seketika kerana seruan 'perkahwinan' juga perlu didahulukan..Mengikut seorang teman,pabila seseorang itu berkahwin..rezekinya akan bertambah..Alhamdulillah perkahwinan Saif dengan gadis sekampung telah selamat  berlangsung...dan selepas itu..Saif mula menyambung kembali perjuangan Saif yang belum selesai itu..bila BH dah mula menampakkan tiang dan rasuk, semangat Saif semakin tinggi..semankin bersemangat untuk menyiapakn BH...kadang-kadang berkecamuk juga hati bila memikirkan wang simpanan yang semakin menipis...Di saat-saat yang getir lagi perik itu..mujurlah mentua Saif telah memberi sedikit sumbangan (bata merah)..pucuk dicipta ulam mendatang...memang rezeki Saif agaknya..Sejarah mentua Saif yang dulunya merupakan pembekal bata tanah merah yang popular di Kelantan sekitar tahun 1997-2005( kini semua kilang tidak beroperasi lagi). Dengan sumbangan tadi Bh Saif  telah dapat didirikan dinding. Sehingga kini kos untuk menyiapakan sebuah Bh Saif dianggarkan RM80k termasuk kelengkapan dan kemasan serta sistem audio..Semuanya seperti yang dirancangkan Alhamdulillah.

Dalam kesibukan Saif mentelaah ilmu perwaletan/budibudaya walet..Yang Maha Esa telah menemukan Saif dengan seorang 'Uncle'/berketurunan cina(nama dirahsiakan) merupakan pejuang walet di Kota Bharu yang begitu aktif dan arif tentang ilmu walet. Dengan beliau Saif banyak mempelajari sesuatu yang baru mengenai walet...apa yang diberi/dihadiahkan oleh Uncle kepada Saif..Saif masih menyimpannya sebagai kenangan kami.(buku2 walet/beberapa peralatan).

Sebuah BH yang mampu mengeluarkan hasil berpuluh-puluh kg/bulan.

Selang beberapa bulan kemudian..Saif berkenalan pula dengan seorang abang( Abe Sakri). Beliau seorang yang bercita-cita tinggi..juga seorang kontraktor yang berjaya malah Saif menggagap beliau sebagai petani memandangkan beliau mempunyai beberapa hektar tanaman kelapa sawit.. Saif mula menanam minat Abe Sakri untuk menceburi dan membina sebuah rumah burung walet.. sehinggakan setiap perbualan kami mengenai burung walet..akhirnya beliau bersetuju membina sebuah Bh dan menaruh harapan tinggi kepada Saif untuk membimbing beliau mengenai perkembangan Bh beliau kelak kerana modal bukan masalah utama yang beliau hadapi. Sejak dari itu, Saif dilantik menjadi Consultant tak rasmi oleh beliau...Kini Abe Sakri mampu tersenyum di depan Bh beliau yang terletak di Pekan Kok Lanas Kelantan.Taniah dah syabas!..kejayaan Abe Sakri juga merupakan kejayaan saifswift@yahoo.com.
Saif bersama Abe Sakri(baju belang2) berlatar belakangkan BH beliau yang bersaiz 8000kaki persegi.

Kepada sahabat-sahabat yang ingin menceburi Industri ini..pastikan anda seorang yang rajin/tekun dan sabar. Sentiasalah mencari ilmu tentang walet..Usaha Tanda Kejayaan. saifswift@yahoo.com sedia membantu.

" i make everything look easy "

Phone :0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

No comments:

Post a Comment