Showing posts with label saifswift. Show all posts
Showing posts with label saifswift. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Usaha-Berdoa-Bertawakkal-Nest..InsyaAllah..

Doa Solat Dhuha..
Keindahan MU, kekuatannya kekuatan MU, kekuasaannya kekuasaan MU, perlindungannya perlindungan Mu..Ya Allah Jika adalah rezekiku di langit maka turunkanlah; dan jika ada rezeki ku di bumi maka keluarkanlah; jika sukar maka permudahkanlah;dan jika ianya haram maka bersihkanlah; dan jika ia jauh maka perdekatkanlah; jika ia dekat maka permudahkanlah dengan kebenaran Dhuha Mu, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan Mu...Berikanlah kepada ku sebagaimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang soleh. Dan Allah cucurilah rahmat ke atas penghulu kami Muhammad, kaum keluarga dan sahabat-sahabat sekelian. segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam... AMIN Ya Wahhab...Engkau Maha Pemberi..

Saturday, August 14, 2010

Ciptaan Manusia Biasa..

Sebuah bangunan 8 tingkat..berbentuk sebuah bakul. Kat Malaysia apa yang unit?

Pelik bukan?..itulah hakikatnya..manusia dengan rekaannya..jika anda mungkin tidak berani untuk lalu lalang di bawah rumah kecil di atas..mana la tahu kot2 gedeboOm jatuh!

Bird House every where....

Diatas bangunan ini mungkin walet2 yang sakit sebab dibawahnya merupakan sebuah Klinik!

Sebuah Bh yang dalam  80% siap..bertambah la lagi pesaing2 nampaknya.....
Bh yang agak terasing..kawasan yang sunyi sepi..menjadi pilihan utama pemiliknya..mungkin juga 'sasaran' utama pencuri..awas!
Sebuah Bh yang terletak di dalam kawasan perindustrian..kiri kanan kilang maa...

Di atas Emas Putih di bawah Duit2...!



Setiap kali Saif berulang alik dari tempat kerja..minda sentiasa bermain di kepala..milik siapa bangunan ini?..Sebuah Bank Al Rajhi yang terletak lebih kurang 3km dari Bandar Kota Bharu Kelantan. Mungkin pemiliknya telah menjual bangunan ini kepada bank atau beliau menyewakan kepada bank. Emm itu tidak lah penting..bagi Saif tuan punya bangunan ini telah lama menyedari bertapa beruntungnya mempunyai bangunan setinggi ini lantas beliau telah membina sebuah Bh diatasnya. Cantik, kemas dan menarik..


Bangunan yang asalnya 3 tingkat telah diubahsuai menjadi 4 tingkat..dengan menggunakan kaedah direct hole/lubang sisi walet2 sentiasa kelihatan bermain2 di pintu masuk lebih2 lagi diawal pagi dan lewat petang. Mengikut pemerhatian Saif mungkin walet telahpun bersarang jika melihat cara walet masuk dan bermain di sekitar Bh ini. Bh ini telah hampir setahun beroperasi. Siapa pun pemiliknya tahniah dan syabas dari Saifswiftles!

Wednesday, August 11, 2010

Soalan Pilihan Minggu ini..

"Ader beberapa teman baru Saif bertanyakan soalan yang sama apabila Bh yang mereka bina (dengan berbeza consultan) hampir siap dibina.

Soalan : Macam mana nak bagi walet segera duduk masuk dan buat sarang dalam Bh2 baru mula ni..

Saif : "Bila sesebuah Bh yang dibina memenuhi syarat2 alami/habitat walet maka tidak ader masalah untuk walet tinggal seterusnya bersarang. Antara syarat-syarat dikatakan Saif tadi adalah :

i) Menentukan kestabilan suhu/kelembapan supaya menjadi tetap/stabil dalam lingkungan 25-28darjah/85-95 untuk kelembapan.

ii) Kemudian bagi Bh yang baru..tarikan najis walet yang fresh/berbaun baru perlu dihampar ataupun di letakan di dalam bekas dan dicampurkan sedikit air supaya ia menjadi lembap.(untuk memberi baun yang lebih lama) Ini semua dapat merangsang walet dan ia juga dapat menghilangkan rasa was2/takut walet bila menerokai Bh yang baru anda. Selain itu juga kotaran walet tadi dapat juga membantu pengendalian tahap kondisasi kelembapan.

iii) Apabila semua perkara di atas telah dibuat..baru la peranan suara memainkan peranan penting. Hati2 dengan bekalan suara yang banyak berada di pasaran. silap aribulan walet xpandang langsung pun Bh kita..cuba2 dapatkan nasihat pada yang pakar..(kalu ader tarzankan senang sebab dia boleh paham kot bahasa walet)..
iv) Dalam bab suara banyak lagi yang perlu dipelajari.. kedudukan dan susun atur tweeter dan speaker perlulah betul. Nanti kita cerita lain posting pasal tu.

"Mendengar suara hiruk pikuk yang dikeluarkan oleh Bh kita, burung walet yang kebetulan lalu lalang tak kiralah masa mencari makanan ataupun masa pulang akan dapat membuatkan mereka tertarik dan akan terus mencari sumber suara yang didengarinya itu(mengikut gelombang). Akhirnya dapat membawa ia masuk ke dalam Bh kita itu. Bila keadaan dalam Bh kita tadi dah stabil macam yang Saif katakan tadi iaitu memenuhi syarat alami walet,maka walet akan datang masuk lagi pada hari-hari berikutnya(xkira ari jumaat,sabtu ke ahad ke walet xada ari2 cuti mcm kita) dan seterusnya mengambil keputusan duduk dan tinggal di Bh kita.
"Untuk menentukan kejayaan cepat atau lambat sang walet ingin menetap dan membiak di dalam Bh kita ia bergantung pada apa keadaan dalam Bh kita sedangkan suara hanya untuk memanggil walet masuk ke Bh sahaja. Jika suara yang baik maka ia dapat menarik lebih ramai walet dan begitu sebaliknya. Yang lemah datang dari Saif dan yang baik datang dari Allah S.W.T. Beberapa gambar hiasan untuk tatapan bersama..

Wah banyak betul walet diangkasa..oooii jom masuk dalam BH aku ni....

aik ramai2 tadi xkan sekor je kot yang masuk..ermmm

haha ader lagi dua ekor kat sini..wah cepat betul buat sarang..kaya2 aku!!

haha nasib baik aku letak sarang palsu/fake nest..supaya ia cepat2 bertelor..kalu boleh kau bertelor 3biji la baru cepat banyak walet2ku nanti...hahaa..

hemm di bucu pun ader..wah dah ader telor kot huhu...

ni pun sama..org cakap kat bucu murah sarangnya..ahh aku peduli aper! yang penting ia bersarang.

MasyaAllah..xsangka pulak ader yang jd macam ni...bagus2..selalu macam ni pun xapa! go walet go!

ni pun sama..emm dah berapa dah walet aku ni...1,2,3,45...heheeee cantik ah!

Di sini lagi banyak rupanya......wakaka..opp lupa woldcup dah habis..

Meniti hari.....hari ke hari.. telor dieram telah pun menetas..aik yang satu lagi rosak ker...

Finally/akhirnya.......Usahaku membuahkan hasil! Syukur pada yang Esa..amin. cutenya dia...

Ok cantik!!..salam best dari saifswift@yahoo.com (soalan2 lain akan di post pada setiap minggu)

Tuesday, August 10, 2010

Antara Proses2 Menghasilkan Sarang Walet secara ringkas..

Antara proses-proses untuk menghasilkan sarang walet sama untuk kegunaan diri sendiri mahupun untuk dijual.
Sarang Walet dipungut/diambil di dalam BH masing-masing.


Ia dikumpul sebelum diproses/dicuci.


Pengumpulan sarang walet


Kemudian sarang walet dicuci dibersihkan/diasingkan segala jenis kotaran yang melekat pada sarang.


Sarang dicuci bersih sebelum dikeringkan kembali dan...


haa! ini dia sarang yang telah diproses disebelah tangan kanan saya dan sebelah kiri pula sarang yang tidak diproses lagi.. walau nampak je kecik tapi harganya sangat tinggi. Saya mengucapkan taniah dan syabas kepada pemilik-pemilk Bh yang telah berjaya seterusnya menaikkan nama Malaysia di mata dunia sebagai pembekal sarang walet Dunia..dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan menyambut Bulan Ramadhan El-Mubarak dan banyak2lah kita beramal.


dan...bila dah jadi macam ni...apalagi boleh la dipacking/dijual atau..buat sop pon sodappp!

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan wahai Sahabatku..

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. – Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan!





 

Suhu dan Kelembapan juga penting..

Salah satu kaedah untuk menstabilkan kelembapan dalam Bh anda. Kelembapan sangat berkait rapat dengan kualiti sarang yang dihasilkan walet..tetapi ia bukanlah menjadi syarat utama untuk sang walet bersarang. Ini kerana Saif pernah memasuki BH yang telah dituai hasilnya berkali-kali dan bertahun-tahun..namun jika diukur kelembapannya sangatlah rendah.(<80 )..tapi keadaan ini akan mempengaruhi sarang walet.. Bagi menjamin mutu yang tinggi suhu dan kelembapan tidak boleh dipandang remeh. Kelembapan yang ideal adalah di dalam lingkungan 85-90-95.




Sang walet akan membina sarang mereka dimana-mana sahaja jika suhu dan kelembapan memenuhi kehendak syarat mereka.







Keadaan Bh yang telah berjaya menarik ramai walet bersarang.. Sarang dipungut dan base sarang perlulah ditinggalkan agar walet tidak gusar dan segera membina sarang yang baru di tempat asalnya. Penggunaan kayu plank pada dinding dapat memberi peluang untuk walet menempelkan sarangnya sekaligus menambah hasil sarang setiap bulan. Kejayaan sebegini biasanya memakan masa 1-2-3tahun.



Sarang Walet Idaman..Super A'..

Contoh sarang walet grade super A..

Super A yang belum diproses..

Super A adakalanya boleh mencapai 6" panjang..putih mutiara..

Kepuasan Mengatasi segala-galanya..


Assalamualaikum semua sahabat...

Bila dah ada tanda-tanda macam ni pada BH kita... maknanya.. kejayaan dah semakin hampir!

Bila dah berjaya yang ni jangan sesekali dilupakan! Segala puji hanya padaNya..

Kejayaan dikongsi bersama..barulah lebih bermakna.. yahoOO!

Berbuat baik lah kamu akan kebaikan..

Apa yang penting usaha dan tawakkal!

 Emailkan kepada saifswift@yahoo.com sebarang masalah anda terima kasih..

Bersyukurlah diatas segala kurniaanNya..

Segalanya hanya di Saifswiftles

Manusia memang unit...

Manusia merupakan mahluk Allah yang paling istimewa.
Akal dan buah fikiran mampu menghasilkan apa sahaja.
Kasih sayang bukan dapat diluahkan dengan kata-kata sahaja.

Hotel Bergerak Sang Walet...

Sebuah BH yang unit..cantik dan pelik..terletak di serawak tak silap Saif. Dulu asalnya sebuah bot untuk menangkap ikan kini telah diubahsuai menjadi sebuah "Hotel Bergerak" untuk sang walet. Sungguh bertuah.. Seingat Saif setelah pembuklaan oleh pemiliknya beribu-ribu walet telah datang keluar-masuk ke dalam Bh ini..Bagaimana jika air pasang?..Pemiliknya telah membuat segala persiapan awal untuk mengatasi sebarang kemungkinan awal yang boleh menghayutkan kapal beliau..disekeliling kapal telah dipaku/ditambat kukuh ke dasar sungai.

Kini..telah setahun setengah berlalu..adakah Hotel Bergerak ini telah dihuni walet?...Kos untuk mengubahsuai termasuk kerja-kerja pemasang kayu plank dikatakan mencapai sehingga 40k..emm banyak jugak yaa..tapi sangat2 istimewa..Lokasinya agak sesuai..aliran sungai mengamit walet2 bermain di sekitar kapal antik ini.. Semoga penat lelah pemiliknya akan membuahkan hasil yang baik..usaha itu tanda kejayaan! Wallahualam..

Sunday, August 8, 2010

Design sentiasa berubah-ubah...


Inilah sebuah sekolah dalam proses pembinaan yang terletak di Kg Dermit Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan. Cantik dan menarik comel lote'..Kosnya jangan ditanya..Saif pun tak tahu daa.. yang pasti mau juta-jutaan pak...Macam mana kalau BH anda sebegini?..mampu miliki ataupun tidak?..Dalam industri perwaletan rezeki tidak kenal erti cantik dan mewah..permulaan sesuatu yang sederhana juga membuahkan hasil yang lumayan!..Jika Kos bangunan sudah berjuta-juta bilakah mampu kita untuk memperolehi pulangan modalnya?.. Cuba renung-renungkanlah..Macam mana pula jika kita berhutang?...emmm entahlah..jangan tamak wahai saudaraku..