Saturday, July 21, 2012

Saifswiftlets Farming/1st Bird House. neW soUND!

Assalamualaikum dan salam Ramadhan el-Mubarak buat pengunjung blog saifswift. Ini adalah rumah walet yang pertama SST..Dibina serba ringkas..bermula pada tahun 2008..namun masih belum mencapai target yang diharapkan iaitu 10kg/bulan. hampir genap 5tahun ia beroperasi..segala hak Allah Taala.

Bh ini disejukan oleh 2 biji kolam yang agak besar.. dan xpernah menggunakan sebarang bantuan peralatan humudity lain.. Segala kekotaran pada lantainya akan dibersihkan setiap 6 bulan sekali.

dengan keluasan 20x40' sahaja boleh membuatkan sesiapa sahaja tersenyum dengan rezeki yang Allah
 bagikan. supaya kita sentiasa berfikir akan kebesaranNya.

Baru-baru ini terkejut melihat seekor biawak telah memasuki bh ini..namun ia dapat ditangkap sewaktu penelitian burung walet pada waktu malam hari..mungkin biawak ini baru sahaja memasukinya melalui lubang angin (ventilation hole) yang telah tercabut dawai/jaring penutupnya. Alhamdulillah walet tetap pulang dan bersarang seperti biasa. Sempena bulan Puasa ini saifswift akan memberi secara percuma satu suara dalam yang terbaik  bagi meningkatkan produktiviti walet menghasilkan sarang mereka.. suara yang baik haruslah diuji sekurang-kuranya semusim walet membiak.( 3 bulan) Suara yang dinamakan golden-swift msp3/2ch adalah suara koloni walet membina sarang disamping induk dan piyik-piyik. Suara golden-swift msp3/2ch akan diberi secara percuma dengan setiap pembelian secara pakej suara SST. Untuk pembelian secara berasingan harga promosi suara ini adalah RM 300 sahaja.

Ini adalah sebuah rumah walet yang juga berada berhampiran radius 40km2 dengan rumah walet pertama SST.. semoga bh ini juga mampu memberi senyuman kepada pemiliknya..

Hubungi kami untuk sebarang permasalah Rumah Walet anda.
Phone/sms 013-9889009 atau emeilkan saifswift@yahoo.com
"satu harapan sejuta sanjungan
-Terima Kaseh-

No comments:

Post a Comment