Tuesday, August 31, 2010

Cara Pemasangan Nesting Plank/sisip papan..

Alhamdulillah..syukur kepada Allah S.W.T... sebenarnya pelbagai cara dan teknik pemasangan nesting plank boleh diperaktikkan di dalam Bh anda. Di sini Saif akan memaparkan beberapa gambar nesting plank yang sering dibuat oleh pengusaha Bh.. Secara teorinya..Kaedah pemasangan nesting plank terbahagi kepada 4 cara iaitu kaedah zig-zag, kaedah lurus/petak sama,kaedah suka2.. dan kaedah lajur lurus bagi sisip papan di bahagian dinding/beam/rasuk Bh.



Kaedah pemasangan nesting plank secara zig-zag.. sesuai dibina pada bahagian bumbung/slab juga dibahagian bawah tangga yang seperti mana ditunjukkan dalam gambarajah diatas.



Ini pula merupakan kaedah suka-suka..apa yang penting kreatif dan ia juga dapat meningkatkan hasil sarang. cara pemasangan sebegini perlu berhati-hati agar papan yang dipasang mampu bertahan dah kukuh..kalu x..jatuh sapa yang rugi?..



Ini adalah kaedah yang sangat bagus..kerana sarang yang akan dihasilkan walet tidak mempunyai bahagian bucu..Biasanya kita dapat lihat keadaan ini pada Bh yang telah berjaya/lama beroperasi.. sarang berbentuk C lebih banyak terbentuk..xcaya..tanya walet..betul3..



Bravo....salah satu kaedah pemasangan nesting plank secara lajur lurus yang telah berjaya.. ia amat sesuai dibina pada bahagian beam/rasuk dan juga dinding(jika jarak antara lantai dan bumbumg tinggi). Kaedah pemasangan sebegini memerlukan kemahiran si pemasang..kalau tak..boleh jatuh.. jadi jika anda berhasrat nak yang macam ni..tanya tukang anda terlebih dahulu pandai ke tak..



Kalau anda tak mampu nak bina seperti yang di atas tadi..apa kata cuba yang ini.. juga kaedah pemasangan nesting plank secara lujur lurus..kita dapat lihat bahagian papan atas akan melindungi bahagian bawahnya daripada terkena najis walet yang bersarang di bahagian tingkat atas kelak.


 

Sepintas lalu..Kaedah petak-petak..apa2 kaedah pun boleh lah bro..


 
Tidak dinafikan bahawa sudut bucu/segiempat merupakan pilihan utama walet untuk bersarang..masih mengungguli carta yang pertama!...

Sebarang problem?...sazzzzz saifswift@yahoo.com.. InsyaAllah sama-sama membantu.


" i make everything look easy "

Phone :0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)


Sunday, August 29, 2010

Soalan Minggu Ini.."Pemilihan Design Terbaik Bh"

Alhamdulillah....minggu ini seperti biasa teman2 xputus-putus bertanyakan tentang design/plan BH yang paling sempurna bagi membolehkan walet cepat2 bersarang...ader ker?... Menurut kajian dan pengalaman Saif selama 10 tahun menyelami ilmu perwaletan ini tiada lagi plan atau design khusus yang walet gemari..Tapi jika anda nak buat plan yang menarik..tentu costnya pun menarik bukan?.. yang lepas2 pun Saif tengok yang paling popular design bangunan empat segi panjang je semuanya...namun tidak dinafikan..bujur ke..bulat ker..petak2 sama ker..malah bentuk tiga segi pun mampu membuat walet bersarang...Hemmm anda bayangkan bentuk gua-gua alami walet macam mana?...yang penting kondusinya dalamannya mestilah bersesuaian dengan kehendak burung walet. jom kita lihat beberapa contoh plan/gambar Bh yang selalu menjadi pilihan rakan-rakan kita..sassss..
design bangunan 3 tingkat yang paling popular dibina di Malaysia..berkonsepkan 'monkey hole'


design yang biasa digunakan bagi bangunan berkembar..


design dan kaedah penggunaan bahan binaan menentukan cost bangunan tersebut..bukan menentukan walet masuk bersarang ataupun tidak.


Bangunan baru yang didirikan ditengah-tengah antara bangunan lain...design lain cerita..


design bangunan Bh berkembar.."berkonsepkan open roof".


design dalaman BH..struktur keluli amat sesuai digunakan


tapi yang selalunya macam design ni la yang kita dapat lihat...


replika rumah walet/Bh.....kita hanya mampu berusaha selebihnya..berserah pada yang Esa!

Sebarang permasalahan boleh diajukan kepada saifswift@yahoo.com atau cal jer 0179046560

" i make everything look easy "

Phone :0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Soalan Minggu Ini...Merdeka!

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Assalamualaikum semua sahabat saifswiftlets.. esok 31 Ogos... Saif ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-53 2010. Kita semua sungguh bertuah kerana tinggal di sebuah negara yang aman serta makmur..Rakyat yang berbilang bangsa hidup pada satu bumbung/rumpun bersama..Inilah dikatakan Malaysia..Syukur kepada Ilahi atas anugerah yang tidak terbilang sehingga ke hari ini..nikmat dan rahmatnya masih subur di negara kita...kita bebas untuk melakukan apa2 kerja..bercucuk tanam dan sebagainya...Hip3 horeyyy....
Berkibar Megah diserata Dunia..


Bendera negeri kelahiran Saif. Kelantan Darul Naim.


hok ni...ore kelate tentunyo tahu doh ni...tok payoh nok oyat doh..

TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH !!

SubhanalLah (Maha Suci ALLAH)
AlhamdulilLah (Segala Puji Bagi ALLAH)

Allahuakbar (ALLAH Maha Besar)

Asap....jangan ganggu kami......

Sebuah kilang batu bata(tanah merah)..sentiasa mengeluarkan asap.

Asap oh asap.....beginilah keluhan Saif jika tiap kali jiran tetangga yang xbeberapa paham atau buat-buat tak paham yang sengaja mambakar/membuat pambakaran terbuka....jadi aliran angin memainkan peranan yang penting..jika Bh kita dibelakang rumah jiran..tentu sekali asap akan terbang menghampiri Bh kita..Walet suka?..Walet amat2 tidak menyukaainya langsung  bro..Pernah dulu Bh Saif yang telah pun mulai diludahi sang liur emas di beberapa tempat ditinggalkan walet begitu saja anggkara tabiat jiran tetangga yang boleh dikatakan setiap petang membakar sampah di sekitar rumahnya....mungkin juga ini hobi beliau..entahlah.. Tapi mujurlah beliau sekarang agak memahami Saif..Alhamdulillah..Pada semua..waspadalah..asap mampu menarik keluar walet anda ke tempat lain..

Sebarang masalah bolehlah dikongsi bersama saifswift@yahoo.com ataupun call je terus.. 0179046560

Pemasangan tweeter yang (x benar)...

Allahuakbar....

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah S.W.T. Dengan kurnia dan limpahNya kita masih mampu meneruskan puasa di bulan yang mulia ini. Saif pernah terbaca article yang mengatakan pemasangan tweeter sebegini adalah salah.. Salah? kenape....mungkin walet ader jawapannya.. tweeter sebegini dipasang agak mendogak sedikit ke bawah. benar ataupun tidak...Wallahualam..bagaimana dari segi gelombang suara yang dikeluarkannya nanti..stabil dan clear ke...mungkin salah..dan mungkin benar.





Jika dilihat pada tweeter disebelah...telahpun ader tanda-tanda walet akan membina sarangnya berhampiran tweeter ini...tapi ader sesetengah sahabat Saif cakap..tweeter dalam Bh pasanglah bagaimanapun itu tidaklah penting..yang penting biar bunyinya jelas dan terang..emmm macam tu pulak.. dan Bagi Saif sebagai pengusaha Bh juga berpendapat..cara pemasangan tweeter sebegini tidak ada masalah..tidak salah..rasanya walet tidak akan 'kabur'...Saif juga ader buat ujian..Alhamdulillah dengan pemasangan tweeter sebegini walet juga tetap bersarang. Jika sesiapa yang tidak berjaya dengan pemasangan tweeter Saif cadangan cubalah ubah dan minta nasihat dengan yang pakar mungkin Saif boleh membantu..Lagipun Saif telahpun mempunyai seorang sahabat kurniaan Allah yang dikatakan mahir dan pakar dalam seni tone alunan suara...(bunyi-bunyian) Wallahualam.

Jika anda ingin berkongsi pandangan atau pendapat serta komen... saifswift@yahoo.com sedia membantu.


" i make everything look easy "

Phone :0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

InsyAllah Cita-Cita Kalian tercapai...Amin..

Sesiapa yang mempunyai sesebuah Bh tentu mempunyai hasrat sebeginikan?..Saif pun tidak terlepas..malah selalu berhempas pulas nak buat  Bh Saif pun jadi sebegini..InsyaAllah.


Alhamdulillah..bermulanya dengan yang satu...walaupun ia berbulu/nipis dan sederhana besar tapi ia cukup bermakna!


Keadaan sarang walet yang bertingkat..pemasangan nesting plank/kayu yang baik..dipasang berganda akan memaksimunkan keupayaan walet bersarang.


Sarang walet berganda jika nak dibandingkan dengan plank dibelakang..kita mesti kreatif..



Populasi walet sekaligus meningkat 4x ganda tu....


Ayooo tokey...mau kutip sarang kaa...manyak cantik la lu punya Bh..manyak OONgggg!!



Sarang walet yang siap disusun rapi..mungkin untuk senang digrade kot...banyak cantik..



Wahhh..sang super A' tu...sarang saper ni...try tengok tangan.....kot2 kenal..



Ya Allah...jika xdapat yang putih..Engkau kurniakanlah padaku yang merah pun xapa...aminnn..
Jika anda ingin berkongsi pandangan atau pendapat serta komen... saifswift@yahoo.com sedia membantu.

" i make everything look easy "
 
Phone :0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Monday, August 23, 2010

Khasiatnya.........oohh..


Menurut kajian yang dibuat di Negara China, Taiwan dan Korea, sarang burung layang-layang ini sangat berkhasiat ia mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman antara khasiatnya yang ketara :---

Melancarkan system aliran darah yang betul
Melegakan pernafasan
Membetulkan system urat saraf
Menyegarkan system buah pinggang
Memutih, melicinkan muka (untuk wanita dan lelaki)
Menghilangkan kedut kedut muka (untuk wanita dan lelaki)
Menyegarkan mata
Asthma/lelah
Membuang air dalam paru paru
Agent memperbaiki hepatitis B
Meninggikan IQ (orang dewasa dan kanak kanak)
Batuk batuk kronik
Awet muda (lelaki dan wanita)
Untuk tenaga batin

Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati ianya juga merupakan agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asthma, ia juga dikatakan agent terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Di Indonesia, terdapat laporan yang mengatakan sarang burung layang-layang ini juga mampu mengubati kanser dan hepatitis B. Setakat ini banyak kajian telah mula dijalankan bagi mengkaji khasiat-khasiat lain yang mungkin boleh didapati dalam sarang burung layang-layang ini Wallahualam.

Sejarah membuktikan...Kejayaanku Alhamdulillah..

1st Bh Saif yang sederhana besar 40'x20' jerr....

Dengan ukuran lubang masuk walet bersaiz 2'x3' sudah cukup untuk walet terjun masuk..kadang2 macam roket tu laju..!
Saif mula mengenal erti walet/sarang burung 10 tahun yang dulu..ketika Saif masih digelar sebagai seorang student'. Ketika itu bertapa cetek betul ilmu Saif tentang perkara ini. Alhamdulillah dengan selalu bersama abang ipar(firul) juga penternak/pemborong sarang walet di Taiping, Saif senyap-senyap menaruh minat terhadap haiwan unit ini..mana tidaknya dengan harga yang mampu mencecah rm6000/kg waktu ketika itu Saif mula menanam cita-cita tinggi untuk memiliki juga sebuah Bh. Cita-cita itu Saif simpan bertahun-tahun dan kini ia telah tercapai jua akhirnya..Syukur kepada Allah S.W.T sejak dari itu Saif mula belajar dan mencari ilmu tentang haiwan istimewa ini. Dari pengetahuan sahabat-sahabat yang telah berjaya sehinggalah kepada buku-buku dan juga internet Saif mempelajarinya....namun apakan daya..Saif bukanlah dari keluarga yang kaya raya..semangat Saif, Saif bawa dari tahun ke tahun kerana Saif tahu jika ingin memiliki sebuah Bh bukanlah sesuatu perkara yang mudah lagi pun ia memerlukan modal yang agak besar..Saif belum bekerja pada waktu itu manalah nak dapatkan duit..Setelah menamatkan pengajian di sebuah intitusi pengajian tinggi  awam di Kelantan Saif mula mencari modal dengan bekerja dibeberapa syarikat swasta..rata2 semuanya di luar negeri.. Hari demi hari tahun demi tahun berlalu akhirnya Saif ditawarkan bekerja di Kelantan..apalagi terus cabut balik ke Kelantan la..Dengan bermodalkan sedikit wang saku..Saif mula membina tapak BH..tapi Saif terpaksa menangguhkan niat Saif seketika kerana seruan 'perkahwinan' juga perlu didahulukan..Mengikut seorang teman,pabila seseorang itu berkahwin..rezekinya akan bertambah..Alhamdulillah perkahwinan Saif dengan gadis sekampung telah selamat  berlangsung...dan selepas itu..Saif mula menyambung kembali perjuangan Saif yang belum selesai itu..bila BH dah mula menampakkan tiang dan rasuk, semangat Saif semakin tinggi..semankin bersemangat untuk menyiapakn BH...kadang-kadang berkecamuk juga hati bila memikirkan wang simpanan yang semakin menipis...Di saat-saat yang getir lagi perik itu..mujurlah mentua Saif telah memberi sedikit sumbangan (bata merah)..pucuk dicipta ulam mendatang...memang rezeki Saif agaknya..Sejarah mentua Saif yang dulunya merupakan pembekal bata tanah merah yang popular di Kelantan sekitar tahun 1997-2005( kini semua kilang tidak beroperasi lagi). Dengan sumbangan tadi Bh Saif  telah dapat didirikan dinding. Sehingga kini kos untuk menyiapakan sebuah Bh Saif dianggarkan RM80k termasuk kelengkapan dan kemasan serta sistem audio..Semuanya seperti yang dirancangkan Alhamdulillah.

Dalam kesibukan Saif mentelaah ilmu perwaletan/budibudaya walet..Yang Maha Esa telah menemukan Saif dengan seorang 'Uncle'/berketurunan cina(nama dirahsiakan) merupakan pejuang walet di Kota Bharu yang begitu aktif dan arif tentang ilmu walet. Dengan beliau Saif banyak mempelajari sesuatu yang baru mengenai walet...apa yang diberi/dihadiahkan oleh Uncle kepada Saif..Saif masih menyimpannya sebagai kenangan kami.(buku2 walet/beberapa peralatan).

Sebuah BH yang mampu mengeluarkan hasil berpuluh-puluh kg/bulan.

Selang beberapa bulan kemudian..Saif berkenalan pula dengan seorang abang( Abe Sakri). Beliau seorang yang bercita-cita tinggi..juga seorang kontraktor yang berjaya malah Saif menggagap beliau sebagai petani memandangkan beliau mempunyai beberapa hektar tanaman kelapa sawit.. Saif mula menanam minat Abe Sakri untuk menceburi dan membina sebuah rumah burung walet.. sehinggakan setiap perbualan kami mengenai burung walet..akhirnya beliau bersetuju membina sebuah Bh dan menaruh harapan tinggi kepada Saif untuk membimbing beliau mengenai perkembangan Bh beliau kelak kerana modal bukan masalah utama yang beliau hadapi. Sejak dari itu, Saif dilantik menjadi Consultant tak rasmi oleh beliau...Kini Abe Sakri mampu tersenyum di depan Bh beliau yang terletak di Pekan Kok Lanas Kelantan.Taniah dah syabas!..kejayaan Abe Sakri juga merupakan kejayaan saifswift@yahoo.com.
Saif bersama Abe Sakri(baju belang2) berlatar belakangkan BH beliau yang bersaiz 8000kaki persegi.

Kepada sahabat-sahabat yang ingin menceburi Industri ini..pastikan anda seorang yang rajin/tekun dan sabar. Sentiasalah mencari ilmu tentang walet..Usaha Tanda Kejayaan. saifswift@yahoo.com sedia membantu.

" i make everything look easy "

Phone :0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Soalan Minggu ini 'Mari Mengenal Jantina Walet..

gambar menunjukan bentuk dan jenis telur walet..namun ada yang menafikan sebaliknya..Jika hendak kepastian bolehlah menggunakan 'Indicator Gadget atau pun Pioneer Method'..Wallahualam.
Assalamualaikum semua..Ader beberapa sahabat Saif yang tertarik untuk mengenal bentuk dan jenis jantina walet..jom kita tengok..apa pandangan Saif..'jantan betina pun kira ke kawan?..

" i make everything look easy "

Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)
Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana hari ini merupakan hari yang gembira buat Saif..kenapa tidaknya kerana pagi ini Saif telah mendapat respons yang positif dari walet2 Bh Saif setelah pengubahsuaian suara luar dilakukan pada lewat petang semalam..Pengubahsuaian suara/tukar perlu dilakukan bagi memujuk walet2 muda ke Bh sekurang-kurangnya 1tahun sekali. Namun ader sesetengah Bh yang telah menggunakan 1 suara sama selama beberapa tahun..tidak boleh dinafikan kerana ia juga memberi kesan yang positif kepada Bh tersebut. Apa yang penting pemilihan suara luar perlu diamati dengan teliti kerana jika berlaku kesilapan walet akan terasa terganggu dan stress. Dalam topic pagi ini Saif mahu kita semua kenal akan bentuk dan saiz telur walet yang seterusnya mengenal jenis jantina anak walet yang bakal menetas kelak InsyaAllah. Seperti yang ditunjukan dalam gambar di atas kita dapat lihat perbandingan diantara telur burung layang rumput/seriti dengan sang walet. Telur seriti lebih kecil dari walet. Bentuk bulat kedua-dua telur menentukan jantina anak burung yang mana bentuk yang lebih bulat menandakan anak jantan manakala bentuk yang lebih tirus/bujur menandakan anak burung betina. Lumrah alam biasanya walet menetas sepasang (jantan dan betina.)

Gambar di sebelah menunjukan sepasang anak walet yang mula keluar sarang setelah berumur lebih kurang 60hari.. sayap yang telah bersilang menandakan anak walet tersebut telah pun sedia untuk terbang dan seterusnya akan mencari pasangan masing-masing bagi menyambung populasi/generasi koloni mereka kelak.

Sebarang masalah dan cadangan sahabat kalian boleh la diajukan kepada Saif...jika malu bertanya.. emailkan saja pertanyaan anda ke saifswift@yahoo.com. anda juga insan seperti saya. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Walet untuk semua.


" i make everything look easy "

Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Pentingnya Suhu yang Stabil..kolam oh kolam..

Alhamdulillah...kali ini Saif ingin menunjukkan kedudukan kolam yang mana boleh dikatakan dapat menstabilkan suhu bagi sesebuah Bh.
Lokasi di depan/dekat dengan lubang masuk burung.

Dekat atau dibawah lubang voids..

wah ijau tu ayer....campur dengan aroma ker.....

kat sini pun ok..bila walet swingg....mau sejuk udaranya..lubang void antara lantai.

Bawah nesting room..hati2..air cepat kotor.

Wah sejuknya....26-28 darjah!.... biarkan air sentiasa bergerak..

di sudut berlorong pun ok...


Sesiapa yang ingin berkongsi masalah sila-silalah ke

Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Sunday, August 22, 2010

Nest-produk-menu-$$$!

Sarang walet yang telah diproses..Rm? xpayah tanya laa..

yang ni pun sama..emm menyelerakan...
mari2!...merah ada putih adaa kuning pun ada...harga lain macam maa
 
Wah ranggupnya..macam keropok moning!..

haa bila dah packing macam ni..nak eksport pon boleh bro..
ni pun sama..
yang di boleh dibagi kepada kawan2..ada label tu..(walet store)
kalau yang VIP suka yang macam ni..kemas dan menarik..

kalau Saif...yang macam ni pun xapa kalau kau orang nak bagi..yang penting bedal semuanya!


 
air penyegar badan...bukan tongkat ali je hebat..


yang ni bukan setakat badan je segar...lain2 tempat pun akan 'menyegarkan'..
saper xkenal ini..pernah cuba? habis satu pasti mau lagi!..
Iklan jer....bukan nak bagi pun..huhuuu..
Bird nest with rock sugar...emuuaah!mai seemangkuk..
pi kedai yang terpilih..kau order je! xguna nak terang satu2...
Apa yang penting rezeki datang dari Allah yang maha Besar.

" i make everything look easy "

Phone :0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)