Tuesday, November 29, 2011

Kulat & Fugus Boleh Mengakibatkan Walet Malas Bersarang!

Assalamualaikum sekali lagi..apa khabar semua.. Syukur pembinaan sebuah lagi rumah walet sederhana ukuran 20'x30' bakal disiapkan pada hujung tahun ini.. Walau hujan turun kadang-kadang menyukarkan para pekerja kami menyiapkannya. Rumah burung ini akan menggunakan kaedah open roof memandangkan lokasinya yang baik di tengah-tengah sawah. Semasa ujian dilakukan begitu banyak sekali walet yang datang seperti juga di Pasir Puteh. Semoga rumah walet ini mampu mendapat hasil dalam masa yang singkat. Topic pada kali ini adalah menyentuh kepada halangan utama di kebanyakan rumah walet iaitu "kulat oh kulat".

Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian kayu nesting (nesting plank) yang telah berkulat. Jika keadaan ini berlanjutan maka populasi walet dalam rumah walet ini akan terbantut dan tidak akan berkembang. Kulat dapat membiak dengan cepat jika keadaan sekitarnya berada dalam keadaan yang lembap. Dalam hal ini ketinggian antara paras lantai dengan plank memainkan peranan yang sangat penting. Semakin tinggi plank semakin baik pengudaraan dan suhu dapat dikawal dengan baik..sekaligus dapat menghalang kulat dari terus  membiak.

apa yang perlu dilakukan sekiranya kulat telah mula kelihatan pada plank?..soalan macam ini selalu ditanya.. terutamanya pada musim hujan.. Jika kulat atau kulapok telah ada dalam jumlah yang sedikit tiada masalah..bila suhu di luar Bh kembali normal maka dengan sendirinya kulat@kulapok tersebut akan hilang. Cukuplah sekadar menghilangkannya dengan kain kering.

Jika ia semakin banyak?..sentiasa ada.. bila sapu/bersih ia tumbuh kembali macam mana?
-Jika ia masih tumbuh maka perlu dimusnahkan..bak kata pepatah "macam kulat tumbuh selepas hujan".. jadi bila hujan kembali maka kulat juga akan kembali tumbuh... Ini terjadi kerana semasa pemasangan plank dahulu ia tidak betul-betul @ plank tak cukup kering. Di mana masih ada kelembapan tersembunyi dalam kayu. Juga perlu hati-hati jika pemasangan plank dilakukan pada musim hujan. Pemasangan plank harus tepat pada masa dan cuacanya..kecuali plank tadi betul-betul disimpan di tempat yang kering@pun kayu plank tadi adalah kayu tua atau pun telah menjalani proses pengeringan mesin yang sempurna. Selain itu, kulat juga akan tumbuh akibat penggunaan aroma yang tidak kena caranya..jadi sebelum menyapu sesuatu pada plank haruslah berfikir dahulu kesan baik buruknya. Nasihat SSt, di mana plank yang ditumbuhi kulat eloklah dibuang dan dikeringkan semula secukupnya kemudian barulah dipasang kembali..InsyaAllah ia tidak akan berulang lagi.

Mungkin di lain masa kita akan membincangkan tentang "aroma oh aroma" pula. Kami telah membantu ramai orang dalam 1001 permasalahan Rumah Burung Walet Mereka.. Anda pula bagaimana?.. masih berpuashati dengan hasil sarang sekarang?.. sebarang permasalahan boleh diajukan kepada kami :
swiftworld-saifswift.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

No comments:

Post a Comment