Assalamualaikum semua teman perwaletan seMalaysia..dan selamat sejahtera...
Sebuah lagi rumah walet yang akan Saif selamatkan..InsyaALLAH dalam masa terdekat ini..berikutan beberapa rumah walet berdekatan yang perlu diberi lebih perhatian dahulu. (orang cakap kena ikut turn).
Rumah walet ini terletak di Pahang. Ia merupakan sebuah Bh yang agak simple namun ia merupakan sebuah rumah walet yang menarik dan hebat jika kena tempatnya. Ia menggunakan sistem yang popular iaitu lubang terjun ataupun orang puteh cakap "open roof."
ini pula sebagai void..yang agak terang sedikit.. pengubahsuaian perlu dilakukan di sini.
Di dalam Bh ini penggunaan penghadang plastik kurang sesuai selain ia mengeluarkan bunyi dan dapat mengganggu ketenangan walet.
Melihat kepada sistem audionya.. sungguh menyedihkan..namun dengan ilmu yang ada rumah walet ini telah menghasilkan beberapa sarang..tetapi belum ditahap yang boleh dibanggakan jika hendak dibandingkan dengan masa yang dilalui..suatu masa yang boleh dikatakan agak lama.
Empunya Rumah walet ini perlu mengambil tindakan yang bijak dan segera bagi menyelamatkan rumah walet yang telah dilaburkan puluhan ribuan ringgit ini. Penggunaan chicken humudifier sedikit membantu dalam penstabilan suhu rumah walet ini.
beberapa langkah dan pengubahsuaian telah dikenalpasti oleh SST bagi mengubat rumah walet ini.
Faktor utama kegagalan rumah ini adalah pada sistem bunyi/audionya..dan selebihnya adalah di kawasan sekitar lubang terjun.
dan mungkin jika dilihat keadaan nesting plank yang kotor akan membuatkan walet yang menginap malas bersarang!.. semoga apa yang diusahakan kelak akan membuahkan hasil..aminn
kejayaan sesebuah rumah walet juga mampu mengukur tahap ketinggian ilmu perwaletan seseorang..
sebarang permasalahan rumah walet anda..laporkan :
swiftworld-saifswift.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)
No comments:
Post a Comment