Assalamualaikum dan salam perwaletan..mungkin anda pernah terlihat akan rumah walet ini..
Ia merupakan sebuah rumah walet yang telah beroperasi lebih kurang 6bulan @ orang cakap setengah tahun. Cantik di luar juga cantik di dalamnya. Namun gagal mengambit sang liur emas untuk menginap apalagi memaksa mereka untuk bersarang..Mengapa??
keadaan bilik operation/audio dan ada sesetengah memanggilnya bilik kebal.. Dalam bilik audio perlu kemas dan pada setiap kabel/wayer perlu ditanda dan dinamakan barulah tidak pening kemudian hari. Susunatur perlu kemas dan tersusun dan jangan dibiarkan sebarang wayer tergantung seperti ini.
bilik operasinya lebih kurang 5'x5' sahaja sedangkan ruang di belakang masih kosong. Selain walet kita juga perlukan keselesaan semasa membuat sebarang pemeriksaan.
Keadaan design rumah walet yang kurang tepat dan pembaziran ruang bersarang..design macam ni pengawalan cahaya juga agak sukar dan senang bagi pemangsa-pemangsa walet terutamanya kepada sang mata bulat.
semasa pemeriksaan didapati ada kebanyakan tweeternya yang telah rosak tidak berbunyi.. dan ada di antaranya hampir tercabut. jarak ketinggian antara lantai lebih kurang 7'-8'. Kayu plank dibuat dan disambung bersama kerangka besi..agak kurang sesuai.
dengan menggunakan keluasan yang minimum. Plank disusun bertingkat (3 tingkat). Semasa pemeriksaan juga didapati kerangka besi telahpun berkarak. Dalam rumah walet keadaan yang sentiasa lembap akan mempercepatkan proses pereputan besi jadi, perlu berhati-hati terutamanya ketika menaiki tangga keluli yang telah berkarat.. ini hanya memasuki fasa 6 bulan pertama dan bagaimana pula untuk mencapai 5-10 tahun akan datang?... mungkin segala-galanya dah reput.. dan terpaksalah tiap-tiap bulan membaikinya..lama-kelamaan walet yang menginap pun blah cabut lari maa... kedudukan tangga yang curam 90 darjah sangat membahayakan!
setakat ini SST telah membaiki dan membaikpulih 4 buah rumah walet seperti ini. Design dan saiz yang hampir sama dan mengikut pemiliknya mungkin kontraktor juga merupakan orang yang sama. Mungkin juga selepas ini SST akan terpanggil lagi untuk membaikpulih rumah walet seperti ini..
Belum pernah ada Bh seperti ini mencapai kejayaan dalam masa terdekat.. Dalam industri perwaletan di Malaysia sebanyak kurang 10% bh yang berjaya dalam masa setahun. 30-50% diukur pada tahun ke-2 dan selebihnya gagal dan kurang memuaskan dan perlu dibaikpulih barulah membuahkan hasil.
"jangan mengharapkan kejayaan bagaikan pungguk menunggukan bulan" @ mengharapkan bulan jatuh ke riba"... apa-apa masalah tujukan kepada kami :
swiftworld-saifswift.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)
No comments:
Post a Comment