Assalamualaikum dan selamat tahun baru kepada semua... tahun ke tahun cepat betul berlalu.. entahlah..
keadaan BH hari ke hari semakin baik atau teruk?.. apa yang ada di dalamnya akan menyukat prestasi keupayaan Bh anda menghasilkan sarang walet.. apalagi untuk menghasilkan sarang yang berkualiti baik.
segalanya telah dicuba..namun belum berhasil?.. mungkin kekurangan ilmu perwaletan?.. atau sengaja membiarkan ia begitu dari tahun ke tahun menjadikan ia sebuah bangunan yang uzur tanpa memberi sedikitpun keuntungan? salah siapa?.. dan ada yang memberi alasan kekurangan modal dan oleh itu saya berbuat demikian... namun anda harus berusaha..jangan mensia-siakan hari..minggu..bulan dan tahun yang berlalu...JoOMM bangkit! dengan azam sempena tahun baru 2012..anda masih ada waktu mengubahnya!
sebuah bh yang perlu diubah dan dibaiki terutamanya lubang masuk walet juga perkara-perkara yang boleh menghalang walet masuk ke dengan mudah. Bh ini telah lama beroperasi. Keadaan yang strategik berhampiran sawah padi mustahil ia menemukan kegagalan. namun apa sahaja boleh terjadi jika tidak kena caranya. Dengan saiz sederhana besar, Bh ini bukan kecil kos pembinaannya..siapa yang mahu kerugian bila memulakan pelaburan? tidak bagi kami...
dari pandangan dekat keadaan pintu masuk walet agak terhalang oleh tiang-tiang kayu juga zink. kenapa dibiarkan sedemikian?..selain keupayaan pantulan suara yang rosak dan terhalang. Keadaan bertambah buruk dengan susunatur speaker luar yang tidak betul. Sang walet masuk kemudian keluar kembali tanpa berminat turun ke dalam bh. Perkara ini lebih merumitkan pemain baru sang walet muda yang tidak berpengalaman.. Jika semua dapat ditangani InsyaAllah ini adalah Bh yang terhebat di daerah ini. Anda mampu mengubahnya.
swiftworld-saifswift.blogspot.com
saifswiftlets.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)
No comments:
Post a Comment