Jom belajar mencuci sarang walet..cara ini untuk keperluan anda sahaja.. jika mempunyai masa lapang dan teringin untuk menikmati semangkuk sup atau air walet bersama kelapa di petang hari..emmm perhh! memang melegakan!
sarang walet dipungut untuk proses pembersihan kotorannya..
Jika anda ingin menikmati bersama teman-teman..eloklah dicuci 2-3 biji untuk 3-5 hidangan..sarang haruslah tebal dan bagus..kemudian ia akan direndam dalam air tulen..kalau dapat air ro lagi bagus.. ia diceraikan lapisan demi lapisan untuk proses cucian pertama!
yang ni dah peringkat ke-2.. selepas proses dibuang kotoran dan bulu (peringkat pertama) ia direndam sekali lagi dalam air tulen.
Peringkat pertama- hasil kotoran telah dibuang.
proses pembersihan dilakukan beberapa kali sehingga ia betul2 bersih. biasanya pembersihan tahap ke-5 sudah cukup bersih. sarang walet benar-benar putih dan menarik.
kemudian ia diasingkan untuk proses pemeriksaan akhir jika ia masih terdapat sedikit bahan asing.
Jika tiada masalah..sarang tadi dimasuk ke dalam bekas khas sarang untuk proses pengeringan.
haa macam ni lah sebelum ia dikeringkan. Kemudian ia diketatkan supaya ia menjadi lapisan yang sekata serta dikepil dan dimasukkan ke dalam mesin pengeringan.. selepas tu barulah dikeluarkan untuk tujuan menu anda seterusnya....nyam-nyam!..
sesuai untuk hidangan orang yang istimewa.. selamat mencuba!
"i make everything look easy"
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)
No comments:
Post a Comment