Sunday, October 9, 2011

Lubang Masuk Walet !


Assalamualaikum semua pembaca laman blog saifswift... semoga kita semua sentiasa bersyukur dan dilindungiNya.. Lubang masuk walet memainkan peranan yang besar dalam memancing walet dan untuk meningkatkan  populasi walet anda dan boleh dikatakan faktor utama kerana ini juga lah yang menentukan tahap keberjayaan rumah burung. Namun ramai yang masih keliru dan yang paling menyedihkan adalah dengan menganggapnya tidak penting..dan merupakan perkara utama.
Bagi mereka yang lebih berpengalaman untuk menentukan arah lubang masuk berberapa perkara diambilkira..seperti arah walet pulang/lintas dan sebagainya. *** saranan Saif bagi mereka yang bina BH berhampiran dengan Bh2 produktif eloklah pintu masuk dihalakan ke arah Bh tersebut.. dalam masa sebulan tentu sahaja ada walet yang mau menginap dan bersarang!
Selain itu penentuan kedudukan tweeter pada lubang masuk juga sedikit memainkan peranan dalam memudahkan walet memacu masuk ke dalam Bh.. Posisi tweeter di lubang masuk yang umunya berjumlah sepasang atau lebih. Pemasanganya biasa kita terapkan 45* menghadap keatas. Tujuanya selain ia tidak akan menganggu jiran tetangga suara itu juga akan menjadi lebih efektif terdengar oleh burung walet yang sedang melintas. 
Reka bentuk lubang masuk burung ini juga penting antaranya mengurangkan pembiasaan cahaya yang keterlaluan masuk ke dalam rumah burung. Saiz lubang masuk burung ini juga berbeza-beza mengikut keadaan tertentu contohnya apabila sesebuah rumah burung baru mula beroperasi maka eloklah ia diperbesarkan dan setelah rumah burung itu mula penuh maka pengecilan saiz akan dibuat secara berskala..

Lubang masuk yang istimewa adalah dengan mengecat warna gelap dan warna sebaliknya mengikut kesesuaian bangunan Bh anda.. Dalam kita gairah membuat lubang masuk walet pastikan keselamatan walet akan terjamin dengan menyediakan langkah-langkah keselamatan berdekatan dengan pintu masuk. Ini bagi memastikan musuh-musuh walet tidak dapat memasukinya..

Segala pertanyaan tentang permasalah Bh anda sila ajukan kepada kami :
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

No comments:

Post a Comment