Monday, November 28, 2011

Rumah waletku Dimasuki pencuri... (rumah walet hebat)

Assalamualaikum semua pengunjung blog Saifswift.. Anda masih ingat dengan Bh kecil molek ini.. Ia adalah kepunyaan seorang pelanggan Saif iaitu En. Hassan.(Abang Hassan) juga penternak kambing yang baik orangnya. Sebuah rumah walet yang agak istimewa dengan pembinaan plank yang bercorak menarik. Ia terletak di Daerah Pasir Puteh.. Rumah walet yang berjaya dalam masa cepat iaitu lebih 40biji sarang dalam masa 5 bulan! Namun ia telah menjadi sasaran pencuri.. kesemua sarang dirampas/dikebas dan mujur kelengkapan audio masih dalam keadaan selamat ekoran bilik operasinya berasingan.
Rumah walet ini dengan keluasan 12'x22' x 3tingkat mampu menghasilkan puluhan kilo jika ia penuh dan dituai sepenuhnya..namun ia masih diperingkat permulaan (>5 bulan) Rumah walet ini mula beroperasi pada hujung bulan Jun (24/6/11) akibat menunggu kolam pada tingkat 1 dan 2 siap sepenuhnya. Walaupun sistem audio dipasang pada awal bulan Mei seperti posting Saif yang lepas. Pada sebulan pertama telah ada tanda-tanda walet menginap namun belum kelihatan nesting mark.

keadaan lantai teratas tingkat 3. lantai 2 dan 1 adalah kolam sepenuhnya.

Lokasinya yang baik dan sumber pakan yang banyak di kawasan ini membantu walet berkembang biak dengan cepat sekali.(cuba lihat posting yang lepas) Pada minggu lepas semasa pemantauan ke-2 dilakukan.. En. Hassan amat terkejut apabila pintu dilihat tidak dikunci dan tanda-tanda pencerobohan jelas kelihatan. Pintu besi telah dikupil dan dibakar. Saif mendapati terdapat lebih kurang 40 topokan najis produktif walet dalam Bh ini. Antaranya seperti di bawah..

mungkin tempat penghuni baru..

dah ada sarang pun di sini walau najis masih sedikit.

sudah menetas...namun sarang?... sudah dikebas!... tinggal bekas sahaja..

ni pun sama sudah dikebas!... tinggal bekas sahaja..geram betul!

yang ni juga sama..dikebas!

semua sarang walet diambil..walau ia separuh siap..


kesian anak-anak walet mati di sini...


namun masih ada sinar harapan yang baru...

yang ni mungkin tersembunyi tempatnya..

yang hanya tinggal bekas sarang..jadi harus hati-hati untuk di masa hadapan bro...

sarang yang masih selamat..walaupun agak rosak.

hanya ada 3-4biji sarang yang masih tertinggal dipungut pencuri..

semoga ia menjadi pengajaran kepada yang lain..

Semoga pisang tidak berbuah 2x.. sekarang Abang Hassan telah mengupah orang menjaganya..Dia sendiri tidak menjangka rumah waletnya yang baru berusia 5 bulan telah menghasilkan puluhan sarang!..baguslah.
Taniah dari kami:
swiftworld-saifswift.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

No comments:

Post a Comment