Saturday, September 8, 2012

Walet dan Geografi..

Assalamualaikum dan salam perwaletan semua.. minggu lepas saif telah pergi melawat beberapa bh sekitar Terengganu..Semuanya telah mengeluarkan hasil yang baik..begitu juga dengan lawatan di sekitar Kuala Krai. Bulan September terutamanya di sebelah Timur Malaysia merupakan fasa baru walet membiak..juga fasa pertama walet muda mencari pasangan mereka untuk belajar membina sarang baru mereka sendiri.(anak tetasan bulan Febuari).
sekadar contoh
Ada bh yang mempunyai sarang yang seragam yang sama proses pembuatannya..ini lebih dilihat terutamanya pada musim hujan. berbeza dengan bh-bh yang berada berhampiran bukit/pantai yang sentiasa produktif sepanjang masa penghasilan sarang.
Daerah di Kuala Krai
Daerah yang paling top menjadi pilihan untuk dibina Bh. Dikatakan hampir 40% Bh di Kelantan terdiri dari bh-bh di sini. Satu lokasi yang masih kaya dengan floranya..hijau dan berair juga merupakan kawasan tanah yang berbukit bukau. Suhu dianggarkan sekitar 29-31 sahaja.

Daerah Rantau Panjang
Daerah yang bersempadan dengan Tumpat dan Thailand.. tak perlu nak dicerita..kawasan ini memang best.. masih terdapat sesawahan dan ladang getah. kawasan yang lapang dan dipinggir sungai merupakan juga kawasan yang istimewa untuk walet memilih bangunan sarang mereka.

Daerah Jeli
Jeli merupakan lokasi yang berbukit bersempadan dengan Grik. Lokasi berbukit namun ia kurang mendapat sambutan jika berbanding dengan Tanah Merah. Ini kerana tidak ramai penduduk di sini. JIka ingin mendapat hasil pulangan sarang walet yang cepat..binalah Bh di sini kerana anda mungkin polopor yang terawal..jadi peratusan berjaya sangat2 tinggi..

Daerah Gua Musang
Daerah terbaik..cantik..tenang dan aman.. suasana aman dan sejuk jika berbanding dengan daerah lain sememangnya menjadikan kawasan yang sempurna untuk Bh anda.. Di sini lah kami mendapat hasil sarang yang terbaik dari segi saiznya..Purata saiz sarang walet di sini besar dan tebal... menguntungkan.. purata sekilogram antara 90-110 sarang.. jadi buatlah pilihan yang tepat.

Daerah Pasir Mas
Emas?..mungkin emas puteh?... atau penduduknya yang comel-comel?.. itu antara perkara  yang mungkin didengari jika anda mengunjung ke sini. tak perlu diceritakan lebih..sesiapa yang datang pasti mengetahuinya.. mengikut kiraan tahun 2011 sebanyak lebih 300 Bh telah dibina di daerah ini terutamanya di kawasan pekan.

Kesemua daerah di Kelantan ini adalah antara lokasi yang paling banyak bh dibina.. Ini kerana pilihan lokasi di kawasan ini berbukit dan sekitarnya dikelilingi sungai.

Hubungi kami untuk sebarang permasalah Rumah Walet anda.
Phone/sms 013-9889009 atau emeilkan saifswift@yahoo.com
"satu harapan sejuta sanjungan
-Terima Kaseh-

No comments:

Post a Comment