Wednesday, December 15, 2010

Ambil peluang semasa musim walet membiak..

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia... bersyukur kerana kita dilahirkan di negara yang aman sejahtera ini... antara bulan Disember-Febuari adalah merupakan bulan musim walet membiak.. rata-rata walet remaja yang mempunyai pasangan akan memilih/mencari tempat untuk mereka membina koloni mereka sendiri bermula dengan 2(mereka) hinggalah beratus ekor koloni mereka..
Jadi bagi mereka yang peka kepada alam pembiakan walet ini sudah tentu akan mengambil peluang yang baik ini untuk membuat apa sahaja supaya Bh yang mereka bina mendapat tetamu(walet) istimewa ini..
ada antara perkara yang mereka lakukan seperti dengan membina BH baru..mengubah suara.. menambah papan sisip dan lubang masuk walet..dan ada yang menambah bilik nesting. Di sini Saif ada posting sebuah Bh yang tidak asing lagi di Bandar Kota Bharu yang telah mengambil langkah mengubah lubang masuk walet menjadi lebih selesa/besar.. pada musim yang dianggap terjadi hanya 2x dalam setahun ini..
Jom zaZZ!

seperti gambaran lama(posting terdahulu)..pintu masuk masih kecil..

sekarang pintu masuk walet semakin memanjang..

jelas kelihatan empunya pemilik Bh ini telah mengambil peluang yang sewajarnya.. hasilnya?...
lihatlah hari ini walet begitu selesa dan ramai bermain-main di lubang masuk..syabas!

sebarang masalah dan pandangan/komen hantarkan:
Phone : 0179046560
-Kami sedia membantu-
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

No comments:

Post a Comment