Wednesday, August 18, 2010

Cantik itu indah..Indah itu Duittt....

Alhamdulillah...sepulangan Saif dari Pekan Ketereh atas urusan kerja terpaku Saif bila melihat sebuah Bh yang begitu indah....Bh ini baru beroperasi dalam masa 3 bulan..Walaupun Bh yang tak begitu besar..tapi mungkin kos pembinaannya ratusan ribu ringgit..Sebuah Bh yang sehijau daun pisang!..sejuk bila mata memandangnya..kepunyaan siapa??.. Pejam mata anda mungkin tahu jawapannya sekiranya keadaan persekitaran Bh itu diamati dengan betul..jom kita lihat...

Wah..bercirikan islamic tu bro...(lokasi-Salor-)

Dengan ukuran 30'x20'..Bh ini boleh menghasilkan puluhan kilo sarang walet sebulan jika berjaya..InsyaAllah Saif doakan.
Anda ada masalah..sila-silakan ke saifswift@yahoo.com!

Awas wahai pencuri2....

Alhamdulillah..Saif harap semua rakan seperjuangan sihat-sihat sejahtera..Keselamatan sesebuah Bh amatlah perlu diambil kira memandangkan harga sarang walet yang agak lumayan. Ini lebih-lebih lagi jika sesebuah Bh itu mampu mengeluarkan hasil berkilo-kilo sarang walet setiap bulan/minggu. Di sini pelbagai usaha yang boleh dibuat oleh kita semua bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini terjadi dan selebihnya..berserah kepada yang Maha Esa..semoga semuanya selamat sejahtera..aminn.
Sekadar gambar hiasan..( somebody need a security guard)?

atau..yang lebih menakutkan?..err mana nak dapat yang macam ni..

heh..heh heh...akulah ni yang paling famous dikalangan BH2 kaum cina..melayu pun boleh maa...sapa saja masuk aku belasah..ada yang pernah mati hahaaaa....engerrrr..

contoh pintu kebal..nak buka pun makan masa sejam ni....

emmmm memamg kebal dan teballl...

emm xguna pintu2 kebal dan tebal tadi kalau xader yang ni....berlambak di pasaran so hati2 memilihnya!

Semua perkara tadi adalah langkah2 pencegahan/keselamatan rumah burung kita......kalu Bh dalam umah kita atau dekat kawasan umah lain cerita la bro...

Sepintas lalu...Eco Penternakan...Anda berhak memilihnya...

projek ayam daging..emm jarang manusia xmakan ayam..
Kambing?..emmm tambah powerrr..

Bagaimana dengan kulat?..low kelas laaa
Burung puyuh?...sedap oo dagingnya..
Rusa..emm rm30/kg.. lesen maaa..

Kambing biri-biri macam mana..
Ok kita bela arnab la..

haaa LandaK!

Lintah boleh?..eee geli laa.. 

Selamat berbuka puasa sahabat-sahabatku..

emmm menyelera betul bila melihat lauk paut seperti ni...gulpp2..tapi mana menu sup walet?..
Alhamdulillah.. dah 8 hari kita berpuasa.. hari meniti hari.. Ramadhan semakin berlalu.. Buat sahabat2.. buatlah amal ibadat sebanyak mungkin kerana Allah menjanjikan kita pahala yang berlipat ganda. Ramadhan penghulu segala bulan yang datang hanya setahun sekali.. Ya Allah terimalah segala amal ibadat sepanjang hayat hidup kami.. aminn.

Tuesday, August 17, 2010

Usaha-Berdoa-Bertawakkal-Nest..InsyaAllah..

Doa Solat Dhuha..
Keindahan MU, kekuatannya kekuatan MU, kekuasaannya kekuasaan MU, perlindungannya perlindungan Mu..Ya Allah Jika adalah rezekiku di langit maka turunkanlah; dan jika ada rezeki ku di bumi maka keluarkanlah; jika sukar maka permudahkanlah;dan jika ianya haram maka bersihkanlah; dan jika ia jauh maka perdekatkanlah; jika ia dekat maka permudahkanlah dengan kebenaran Dhuha Mu, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan Mu...Berikanlah kepada ku sebagaimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang soleh. Dan Allah cucurilah rahmat ke atas penghulu kami Muhammad, kaum keluarga dan sahabat-sahabat sekelian. segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam... AMIN Ya Wahhab...Engkau Maha Pemberi..

Monday, August 16, 2010

Variasi Pintu Masuk Walet..

Walau Bh bersaiz besar tapi pintu masuk walet tetap kecil. (direct wall)
Bh yang hampir siap (monkey hole/house)
Bh yang menggunakan lubang sisi-sisi direct wall.
Lubang empat segi memanjang perlu diberi perhatian agar musuh2 walet tidak dapat memasuki Bh.
 Jenis Monkey House.
Lubang masuk walit bertingkat..memberi peluang walet memilihnya.
Juga lubang masuk bertingkat.
Ditanda putih/hitam bagi memudahkan walet mengenal kedudukan pintu masuk mereka.
Sebuah pintu masuk walet yang menarik.
Selingan..lokasi perladangan walet'
Beginilah yang kita dapat lihat di dalam Industri Perladangan Walet.

Jenis open roof/lubang terjun.


Variasi Sang Walet Dalam Membuat Sarang..

styrofoam/polistrin juga boleh dijadikan sebagai landasan/base bagi memudahkan walet membina sarang mereka.
Sarang palsu merupakan item yang penting jika Bh anda baru beroperasi. Di pasaran pelbagai jenis sarang palsu yang boleh didapati seperti di dalam gambar di atas.
Penggunaan kepingan alluminium bersama clip/pengepit kertas juga boleh dicuba sebagai base bagi walet membuat sarang.
hahaa..yang ni pula bukan saja2 letak tweeter bagi walet buat sarang..tetapi walet sendiri yang mahu memilihnya.

 
Sepasang walet bertenggek pada sarang palsu jenis plastik.
juga sarang plastik..sarang plastik tidak semestinya tebal.
polistrin dengan yang bersaiz 10cmx1cm.

 
kadang-kadang abestos syiling juga boleh dipotong dan diletakan pada bahagian bawah penjuru seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

Dikatakan sebagai Raja segala sarang palsu.

Sebenarnya banyak lagi yang kita boleh buat dalam variasi untuk memujuk walet membina sarang seperti dengan meggunakan kertas dan kain..ranting pokok2 pun ramai yang telah mencubanya..hasil pun agak luar biasa..k selamat mencuba dan semoga berjaya. Anda anda ada masalah sila-silakan pertanyaan ke saifswift@yahoo.com. Saif sedia membantu.