Monday, December 19, 2011

Rumah Walet Kos Kecil dan Sederhana...

Assalamualaikum semua dan salam perwaletan..

Rumah walet yang kecil ukuran 20' x 16' ini yang terletak berhampiran tapak Pasar Tani Besut Terengganu. Ia merupakan Bh yang belum siap dibina. Di kawasan berhampirannya terbina sebuah Bh sahabat Saif yang telah berjaya menghasilkan puluhan kg sarang. Mungkin Bh kecil ini senang berpenghuni kelak.
Tidak semestinya yang baik itu besar dan yang besar itu tidak selalunya baik..apa yang baik adalah nilai sarang walet di dalamnya. Sahabat Saif di Taiping telah berjaya memperolehi 2kg/bulan sarang walet A4 dengan keluasan seperti ini..jadi mau apa lagi..

Ini adalah bh ukuran sederhana besar..20' x 50' x 3tingkat. juga lokasinya di Terengganu..

Lokasinya bersebelahan sungai sangat strategik..ramai sekali walet bermain-main..sekaligus kuantiti dan kualiti sarang dapat digandakan dalam masa yang singkat..Taniah kepada mereka yang telah berjaya meramaikan lagi jumlah populasi walet di negara kita..
sebarang pertanyaan ajukan :
        swiftworld-saifswift.blogspot.com
saifswiftlets.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Sunday, December 18, 2011

Jom Cuci Rumah Walet Anda..

Assalamualaikum dan salam perwaletan.. jika anda mempunyai kelapangan masa..jom cuci dan bersihlah keadaan dalaman rumah burung walet anda.. Zaazzzz...

dan dengan mudah semuanya najis walet dikumpul dalam plastik. ikat dan packing. Selain untuk kegunaan kemudian hari najis walet juga untuk dijual...tiap-tiap hari maa orang mau ini najis fresh!!...

pakai sarung tangan..scraper juga topeng muka..debu dan kotoran sentiasa ada..elok dipasang sprinkle semasa sesi mencuci ok..

dalam satu hari tentu sebuah BH dapat dibersihkan dengan lebihkurang 10-30kg najis fresh walet dapat dikeluarkan.

keadaan lantai selepas proses cucian/pungutan najis

bersih..debu pun dapat dikurangkan..

Pastikan kerja-kerja dilakukan semasa waktu minimum ketiadaan walet.. yang ada mengeram tu no hal lah.. walet juga ingin mengenal tuan mereka..chaww!
swiftworld-saifswift.blogspot.com
saifswiftlets.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Dulu dan sekarang..Rumah Walet Makin Maju..

Rumah walet sewaktu dahulu..namun sekarang..makin hebat!

Rumah walet yang berpontensi besar menghasilkan puluhan kilo...mau apa lagi maa....

dahulu kalanya hanya 1 buah bh..sekarang bertambah lagi 1... bila yang pertama telah $$.. maka jangan teragak-agak untuk mengandakan $$$ anda!... sanggup mengubahsuai bumbung asal kepada sebuah BH yang terbaik.... tabik springGG!...anda bila lagi??
swiftworld-saifswift.blogspot.com
saifswiftlets.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Wednesday, December 14, 2011

Rumah walet perlu diUpgrade Lagi...#23


Assalamualaikum semua..marilah sama-sama renung-renungkan potongan ayat tersebut ...dalam kata lain..kita perlu usaha dalam apa jua kita inginkan.zaZZZ!

Sebuah Bh yang sangat menarik..juga lokasi yang baik..mampu menarik ramai walet bermain-main dan keluar masuk Bh ini setiap hari...namun..apa yang diharapkan masih lagi tidak membuahkan hasil walau ia telah lama beroperasi..

Bh ini terletak di Johor..kepunyaan penduduk tempatan di sini. Ia perlu dirawat segera agar masa yang ada tidak berlalu pergi begitu sahaja..

InsyaaAllah dalam masa terdekat dengan rundingan yang diberikan oleh saifswift Bh ini mampu membuat walet kerasan menginap seterusnya bersarang di sini..aminnn.

cerita dahulu kala...

segala masalah ajukan kepada kami :
swiftworld-saifswift.blogspot.com
saifswiftlets.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Sunday, December 11, 2011

Segalanya berjaya.....Rumah walet P.mas telah dibaikpulih..

bila monyet pun pandai bercakap...manusia naik hairan...
jangan dibiarkan ruang jarak seperti ini..walet takut loh.. Jom layan jer sedikit sesi baikpulih baru-baru ini..zazZZ!

gunakan corner wood untuk mengatasinya..jangan kasi walet takut maa...


menggunakan kepakaran yang sama..

pemeriksaan perlu teliti..terutamanya semasa penyettingan dibuat.

sistem parabola sememangnya disukai walet..namun harus bijak mengaturnya..

dulu LBM secara direct wall sekarang open roof lebih baik..

bumbung ditebuk dan internal box perlu dibina..kerja-kerja pemasangan hexagon..tapak perlu kuat!

dah ramai walet bermain-main bila lubang ditebuk..

kekuatan kami juga bergantung kepada ini..special edision...

segalanya walet.... anda buat anda dapat... semoga berjaya!
swiftworld-saifswift.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Kini dibuka untuk dijual Rm450k..lai-lai..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Bangunan rumah kedai/rumah walet kami yang berada di Pekan Kok Lanas Kelantan sedia untuk dijual. Ukuran bangunan adalah 20'x70'x2 tingkat.

Harga RM450k.. ada 5 lot. namun 2 lot telah pun diambil orang. Chiness or Indian boleh beli no hal punya... kalau melayu lagilah boleh beli..

lokasinya sangat terbaik..di tengah-tengah Pekan Kok Lanas.. di sekitarnya pulak telah ada taico-taico Bh yang dah lama berjaya dengan hasil sarang yang banyak dan cantik.

Hasil sarang walet di kawasan ini setanding dengan sarang walet di Kuala Krai..

pembinaan hampir 70% siap.. loan boleh diuruskan kami..

design cantik..nak tengok lebih detail hubungi kami...

tangga ke ruang bawah.. kalau BH ini dinamakan void..

hati-hati semasa memandu...

ni pun sama... segalanya boleh berlaku..

segalanya tentang walet...anda buat anda dapat..kami hanya membantu.. segala permasalahan ajukan kepada :
swiftworld-saifswift.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Saturday, December 3, 2011

Rumah Walet GAGAL dan perlu diBaikpulih segera...!#20

Assalamualaikum dan salam perwaletan..mungkin anda pernah terlihat akan rumah walet ini..
Ia merupakan sebuah rumah walet yang telah beroperasi lebih kurang 6bulan @ orang cakap setengah tahun. Cantik di luar juga cantik di dalamnya. Namun gagal mengambit sang liur emas untuk menginap apalagi memaksa mereka untuk bersarang..Mengapa??

keadaan bilik operation/audio dan ada sesetengah memanggilnya bilik kebal.. Dalam bilik audio perlu kemas dan pada setiap kabel/wayer perlu ditanda dan dinamakan barulah tidak pening kemudian hari. Susunatur perlu kemas dan tersusun dan jangan dibiarkan sebarang wayer tergantung seperti ini.

bilik operasinya lebih kurang 5'x5' sahaja sedangkan ruang di belakang masih kosong. Selain walet kita juga perlukan keselesaan semasa membuat sebarang pemeriksaan.

Keadaan design rumah walet yang kurang tepat dan pembaziran ruang bersarang..design macam ni pengawalan cahaya juga agak sukar dan senang bagi pemangsa-pemangsa walet terutamanya kepada sang mata bulat.

semasa pemeriksaan didapati ada kebanyakan tweeternya yang telah rosak tidak berbunyi.. dan ada di antaranya hampir tercabut. jarak ketinggian antara lantai lebih kurang 7'-8'.  Kayu plank dibuat dan disambung bersama kerangka besi..agak kurang sesuai.

dengan menggunakan keluasan yang minimum. Plank disusun bertingkat (3 tingkat). Semasa pemeriksaan juga didapati kerangka besi telahpun berkarak.  Dalam rumah walet keadaan yang sentiasa lembap akan mempercepatkan proses pereputan besi jadi, perlu berhati-hati terutamanya ketika menaiki tangga keluli yang telah berkarat.. ini hanya memasuki fasa 6 bulan pertama dan bagaimana pula untuk mencapai 5-10 tahun akan datang?... mungkin segala-galanya dah reput.. dan terpaksalah tiap-tiap bulan membaikinya..lama-kelamaan walet yang menginap pun blah cabut lari maa... kedudukan tangga yang curam 90 darjah sangat membahayakan!

setakat ini SST telah membaiki dan membaikpulih 4 buah rumah walet seperti ini. Design dan saiz yang hampir sama dan mengikut pemiliknya mungkin kontraktor juga merupakan orang yang sama. Mungkin juga selepas ini SST akan terpanggil lagi untuk membaikpulih rumah walet seperti ini..

Belum pernah ada Bh seperti ini mencapai kejayaan dalam masa terdekat.. Dalam industri perwaletan di Malaysia sebanyak kurang 10% bh yang berjaya dalam masa setahun. 30-50% diukur pada tahun ke-2 dan selebihnya gagal dan kurang memuaskan dan perlu dibaikpulih barulah membuahkan hasil.

"jangan mengharapkan kejayaan bagaikan pungguk menunggukan bulan" @ mengharapkan bulan jatuh ke riba"... apa-apa masalah tujukan kepada kami :
swiftworld-saifswift.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)