Tuesday, November 29, 2011

Kulat & Fugus Boleh Mengakibatkan Walet Malas Bersarang!

Assalamualaikum sekali lagi..apa khabar semua.. Syukur pembinaan sebuah lagi rumah walet sederhana ukuran 20'x30' bakal disiapkan pada hujung tahun ini.. Walau hujan turun kadang-kadang menyukarkan para pekerja kami menyiapkannya. Rumah burung ini akan menggunakan kaedah open roof memandangkan lokasinya yang baik di tengah-tengah sawah. Semasa ujian dilakukan begitu banyak sekali walet yang datang seperti juga di Pasir Puteh. Semoga rumah walet ini mampu mendapat hasil dalam masa yang singkat. Topic pada kali ini adalah menyentuh kepada halangan utama di kebanyakan rumah walet iaitu "kulat oh kulat".

Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian kayu nesting (nesting plank) yang telah berkulat. Jika keadaan ini berlanjutan maka populasi walet dalam rumah walet ini akan terbantut dan tidak akan berkembang. Kulat dapat membiak dengan cepat jika keadaan sekitarnya berada dalam keadaan yang lembap. Dalam hal ini ketinggian antara paras lantai dengan plank memainkan peranan yang sangat penting. Semakin tinggi plank semakin baik pengudaraan dan suhu dapat dikawal dengan baik..sekaligus dapat menghalang kulat dari terus  membiak.

apa yang perlu dilakukan sekiranya kulat telah mula kelihatan pada plank?..soalan macam ini selalu ditanya.. terutamanya pada musim hujan.. Jika kulat atau kulapok telah ada dalam jumlah yang sedikit tiada masalah..bila suhu di luar Bh kembali normal maka dengan sendirinya kulat@kulapok tersebut akan hilang. Cukuplah sekadar menghilangkannya dengan kain kering.

Jika ia semakin banyak?..sentiasa ada.. bila sapu/bersih ia tumbuh kembali macam mana?
-Jika ia masih tumbuh maka perlu dimusnahkan..bak kata pepatah "macam kulat tumbuh selepas hujan".. jadi bila hujan kembali maka kulat juga akan kembali tumbuh... Ini terjadi kerana semasa pemasangan plank dahulu ia tidak betul-betul @ plank tak cukup kering. Di mana masih ada kelembapan tersembunyi dalam kayu. Juga perlu hati-hati jika pemasangan plank dilakukan pada musim hujan. Pemasangan plank harus tepat pada masa dan cuacanya..kecuali plank tadi betul-betul disimpan di tempat yang kering@pun kayu plank tadi adalah kayu tua atau pun telah menjalani proses pengeringan mesin yang sempurna. Selain itu, kulat juga akan tumbuh akibat penggunaan aroma yang tidak kena caranya..jadi sebelum menyapu sesuatu pada plank haruslah berfikir dahulu kesan baik buruknya. Nasihat SSt, di mana plank yang ditumbuhi kulat eloklah dibuang dan dikeringkan semula secukupnya kemudian barulah dipasang kembali..InsyaAllah ia tidak akan berulang lagi.

Mungkin di lain masa kita akan membincangkan tentang "aroma oh aroma" pula. Kami telah membantu ramai orang dalam 1001 permasalahan Rumah Burung Walet Mereka.. Anda pula bagaimana?.. masih berpuashati dengan hasil sarang sekarang?.. sebarang permasalahan boleh diajukan kepada kami :
swiftworld-saifswift.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Monday, November 28, 2011

Rumah waletku Dimasuki pencuri... (rumah walet hebat)

Assalamualaikum semua pengunjung blog Saifswift.. Anda masih ingat dengan Bh kecil molek ini.. Ia adalah kepunyaan seorang pelanggan Saif iaitu En. Hassan.(Abang Hassan) juga penternak kambing yang baik orangnya. Sebuah rumah walet yang agak istimewa dengan pembinaan plank yang bercorak menarik. Ia terletak di Daerah Pasir Puteh.. Rumah walet yang berjaya dalam masa cepat iaitu lebih 40biji sarang dalam masa 5 bulan! Namun ia telah menjadi sasaran pencuri.. kesemua sarang dirampas/dikebas dan mujur kelengkapan audio masih dalam keadaan selamat ekoran bilik operasinya berasingan.
Rumah walet ini dengan keluasan 12'x22' x 3tingkat mampu menghasilkan puluhan kilo jika ia penuh dan dituai sepenuhnya..namun ia masih diperingkat permulaan (>5 bulan) Rumah walet ini mula beroperasi pada hujung bulan Jun (24/6/11) akibat menunggu kolam pada tingkat 1 dan 2 siap sepenuhnya. Walaupun sistem audio dipasang pada awal bulan Mei seperti posting Saif yang lepas. Pada sebulan pertama telah ada tanda-tanda walet menginap namun belum kelihatan nesting mark.

keadaan lantai teratas tingkat 3. lantai 2 dan 1 adalah kolam sepenuhnya.

Lokasinya yang baik dan sumber pakan yang banyak di kawasan ini membantu walet berkembang biak dengan cepat sekali.(cuba lihat posting yang lepas) Pada minggu lepas semasa pemantauan ke-2 dilakukan.. En. Hassan amat terkejut apabila pintu dilihat tidak dikunci dan tanda-tanda pencerobohan jelas kelihatan. Pintu besi telah dikupil dan dibakar. Saif mendapati terdapat lebih kurang 40 topokan najis produktif walet dalam Bh ini. Antaranya seperti di bawah..

mungkin tempat penghuni baru..

dah ada sarang pun di sini walau najis masih sedikit.

sudah menetas...namun sarang?... sudah dikebas!... tinggal bekas sahaja..

ni pun sama sudah dikebas!... tinggal bekas sahaja..geram betul!

yang ni juga sama..dikebas!

semua sarang walet diambil..walau ia separuh siap..


kesian anak-anak walet mati di sini...


namun masih ada sinar harapan yang baru...

yang ni mungkin tersembunyi tempatnya..

yang hanya tinggal bekas sarang..jadi harus hati-hati untuk di masa hadapan bro...

sarang yang masih selamat..walaupun agak rosak.

hanya ada 3-4biji sarang yang masih tertinggal dipungut pencuri..

semoga ia menjadi pengajaran kepada yang lain..

Semoga pisang tidak berbuah 2x.. sekarang Abang Hassan telah mengupah orang menjaganya..Dia sendiri tidak menjangka rumah waletnya yang baru berusia 5 bulan telah menghasilkan puluhan sarang!..baguslah.
Taniah dari kami:
swiftworld-saifswift.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Sunday, November 27, 2011

Rumah Burung Walet Di Mana sahaja..

Assalamualaikum semua.. Ini adalah sebuah Bh gergasi yang terletak di Daerah Machang.. Tinggi betul dan sangat menarik. Di sekitarnya pulak terdapat beberapa BH (lebih kurang 10Bh) yang telah lama beroperasi. Keadaan kawasannya yang berhampiran bukit dan ladang kelapa sawit tentu sekali akan memberi suatu yang baik untuk kejayaan Bh ini kelak.. semoga berjaya..

hahaa ini juga tak kurang hebatnya.. walaupun agak sederhana..namun versetile bro..tapi Bh ini dah lama buat namun tak jugak siap-siap.. lepas musim banjir ni tentu dapat disiapkan sepenuhnya.semua pekerja dah duk warming up sekarang ni...

Ini...lu pikir la sendiri...

Dalam kegairahan dan keriangan membina Bh..namun ada juga yang sedang berduka lara..naper tidaknya..Bh yang dibina selama ini terpaksa ditinggalkan angkara pihak PBT tidak mengizinkan...nasib-nasib... hemm dah uzur dan pun bangunan ni..

dan tuan punya Bh ini.. yang sentiasa kegembiraan..."lai-lai..ooOONNGG Maa..."
swiftworld-saifswift.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Banjir mungkin dah berlalu?..

salam sejahtera.. ini adalah berita penting..di semua sungai utama di Kelantan telah menandakan penurunan aras sungai..terutamanya aras pada Sungai Kelantan...layan jer..




swiftworld-saifswift.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Tuesday, November 22, 2011

Saifswift plus-plus berganda!

 Salam semua... di Pantai Timur sekarang keadaan hujan yang begitu lebat telah mengakibatkan beberapa tempat di sekitar kawasan yang lebih rendah telah ditenggelami air.. musim banjir.. namun bagi sang walet musim ini adalah yang terbaik..musim bersarang dan membiak..segalanya akan berganda..
syukurlah..harga pasaran sarang walet sudah pulih dan semakin baik!.. 3kg sarang dengan 3ikatan duit(5k)
InsyaAllah hasil akan berganda untuk tahun depan..

Bh yang menghasilkan sarang yang berganda yang bersaing sesama sendiri..

Cuaca yang sentiasa gerimis menjaminkan hasil sarang yang bermutu dan berganda kualitinya...

penggunaan ammp yang baru dan baik pengawalannya mengandakan keyakinan si pemiliknya...

namun jika berganda-ganda plank yang tidak digunakan/terbuang itu pembaziran namanya....

senyuman itu adalah sedekah...dan awekz muda..hahaahhh
Terbaik!
swiftworld-saifswift.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Monday, November 21, 2011

Pemasangan audio di Gua Ikan maa....

Pengalaman semasa pemasangan sistem audio rumah walet ini memang suatu yang menarik.. lokasinya memang cantik sekali..ramai sekali walet yang bermain-main disekitarnya..

rumah walet yang pertama dikawasan ini...

pemasangan tweeter selari ke nesting room..

semoga apa yang dirancang menjadi...InsyaAllah..

ke ruangan vip room...

inilah yang dikatakan voids"

Lubang masuk walet... terima kasih semua dalam menjayakan pemasangan audio Bh ini..
swiftworld-saifswift.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Pemasangan audio Rumah Walet Langkawi mali...

Assalamualaikum semua.... pemasangan audio sistem di Langkawi baru-baru ini berjalan dengan lancar sekali... yang penting suara Double Dragon 2D terbukti hebat!

sebuah Bh yang berdaya saing.. berhampiran dengan bukit merupakan lokasi yang baik. Mudah-mudahan kejayaan akan diperolehi dalam masa terdekat.. aminn

pemasangan siap sedia..

Bh ini segalanya menggunakan lubang masuk berkembar..

bro tengah duk pasang tweeter..tak sangka dalam masa 2hari kerja sempat disiapkan..

special! kerana planknya yang cukup menarik...

ni sorang lagi pekerja saif.. pakar elektronik dan wayer-ring...

untuk ruangan hujung VIP room kami menerapkan sistem parabola.. terima kasih semua.. taniah kerana semasa test ujian pembukaan ramai walet yang datang keluar masuk!...
swiftworld-saifswift.blogspot.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)