Wednesday, October 19, 2011

Monkey house / Rumah monyet walet

Sebuah Bh yang belum disiapkan sepenuhnya.. jom lihat rumah monyet bh tersebut..

assalamualaikum semua sahabat dan rakan tauladan.. bercakap mengenai pintu mana dan apa yang sesuai untuk Bh adalah sesuatu yang unik.. jadi hari ini jom kita lihat mengenai sebuah lubang masuk walet yang agak popular iaitu lubang masuk walet dari monkey house atau dikenali rumah monyet dan ada sesetengah yang menamakannya "kandang anjing"....

gambaran contoh sebuah rumah monyet..

...biasanya saiz keluasan sesuatu rumah monyet ni bergantung kepada banyak faktor.. namun dengan kehebatan sesetengah pencinta walet(consultan) wujudlah pelbagai tanggapan dan formula tertentu yang boleh diketengahkan sebagai "ramuan-ramuan" bagi memikat walet dengan cepat memasuki sesebuah rumah burung..Di sini kita dapat lihat apa itu fungsi utama rumah monyet ini dibina. adakah untuk memudahkan walet masuk?.. adakah sebagai tempat untuk walet berpusing/berputar?.. atau adakah ia dibuat untuk mengurangkan kemasukan cahaya dalam bh?.. atau sebagainya.. kesemua fungsi-fungsi ini adalah bergantung kepada saiz dan rekabentuk rumah monyet anda.

..keadaan dalam rumah monyet.. adakah keluasan begini disukai walet?... kita tidak tahu apa yang walet inginkan.. kita cuba bina apa yang kita pahami tentang tabiat mereka bukan..kenapa?.. ada yang lebih berpengalaman mengenainya... orang cakap "senang nak jumpa doctor namun jarang sekali dapat berjumpa yang pakar dan arif"..*** di sini SST memberi sedikit tips untuk mereka yang membina monkey house sebegini janganlah membina rumah monyet(rm) yang tinggi jika keadaan dalaman RM sudah cukup ketinggiannya..cukuplah sekadar 3-4' tingginya.


..besar kecil saiznya tidak ada masalah..bergantung kepada kemahuan anda. Burung walet yang bersarang atau telah lama menginap pada Bh anda sebenarnya tidak memerlukan langsung ruangan monkey house ini malah, ia akan menyukarkan anak-anak walet keluar dan memasuki semula bh bila malam hampir tiba.. Pengalaman dalam penelitian selama 3tahun memang memeranjatkan dan hakikatnya inilah jawapan yang dapat disimpulkan mengenai monkey house..namun ada baik dan buruknya dengan terdirinya sesebuah rumah monyet..
Segala pertanyaan tentang permasalah Bh anda sila ajukan kepada kami :

Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

No comments:

Post a Comment