Wednesday, October 19, 2011

Monkey house / Rumah monyet walet

Sebuah Bh yang belum disiapkan sepenuhnya.. jom lihat rumah monyet bh tersebut..

assalamualaikum semua sahabat dan rakan tauladan.. bercakap mengenai pintu mana dan apa yang sesuai untuk Bh adalah sesuatu yang unik.. jadi hari ini jom kita lihat mengenai sebuah lubang masuk walet yang agak popular iaitu lubang masuk walet dari monkey house atau dikenali rumah monyet dan ada sesetengah yang menamakannya "kandang anjing"....

gambaran contoh sebuah rumah monyet..

...biasanya saiz keluasan sesuatu rumah monyet ni bergantung kepada banyak faktor.. namun dengan kehebatan sesetengah pencinta walet(consultan) wujudlah pelbagai tanggapan dan formula tertentu yang boleh diketengahkan sebagai "ramuan-ramuan" bagi memikat walet dengan cepat memasuki sesebuah rumah burung..Di sini kita dapat lihat apa itu fungsi utama rumah monyet ini dibina. adakah untuk memudahkan walet masuk?.. adakah sebagai tempat untuk walet berpusing/berputar?.. atau adakah ia dibuat untuk mengurangkan kemasukan cahaya dalam bh?.. atau sebagainya.. kesemua fungsi-fungsi ini adalah bergantung kepada saiz dan rekabentuk rumah monyet anda.

..keadaan dalam rumah monyet.. adakah keluasan begini disukai walet?... kita tidak tahu apa yang walet inginkan.. kita cuba bina apa yang kita pahami tentang tabiat mereka bukan..kenapa?.. ada yang lebih berpengalaman mengenainya... orang cakap "senang nak jumpa doctor namun jarang sekali dapat berjumpa yang pakar dan arif"..*** di sini SST memberi sedikit tips untuk mereka yang membina monkey house sebegini janganlah membina rumah monyet(rm) yang tinggi jika keadaan dalaman RM sudah cukup ketinggiannya..cukuplah sekadar 3-4' tingginya.


..besar kecil saiznya tidak ada masalah..bergantung kepada kemahuan anda. Burung walet yang bersarang atau telah lama menginap pada Bh anda sebenarnya tidak memerlukan langsung ruangan monkey house ini malah, ia akan menyukarkan anak-anak walet keluar dan memasuki semula bh bila malam hampir tiba.. Pengalaman dalam penelitian selama 3tahun memang memeranjatkan dan hakikatnya inilah jawapan yang dapat disimpulkan mengenai monkey house..namun ada baik dan buruknya dengan terdirinya sesebuah rumah monyet..
Segala pertanyaan tentang permasalah Bh anda sila ajukan kepada kami :

Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Sunday, October 9, 2011

Lubang Masuk Walet !


Assalamualaikum semua pembaca laman blog saifswift... semoga kita semua sentiasa bersyukur dan dilindungiNya.. Lubang masuk walet memainkan peranan yang besar dalam memancing walet dan untuk meningkatkan  populasi walet anda dan boleh dikatakan faktor utama kerana ini juga lah yang menentukan tahap keberjayaan rumah burung. Namun ramai yang masih keliru dan yang paling menyedihkan adalah dengan menganggapnya tidak penting..dan merupakan perkara utama.
Bagi mereka yang lebih berpengalaman untuk menentukan arah lubang masuk berberapa perkara diambilkira..seperti arah walet pulang/lintas dan sebagainya. *** saranan Saif bagi mereka yang bina BH berhampiran dengan Bh2 produktif eloklah pintu masuk dihalakan ke arah Bh tersebut.. dalam masa sebulan tentu sahaja ada walet yang mau menginap dan bersarang!
Selain itu penentuan kedudukan tweeter pada lubang masuk juga sedikit memainkan peranan dalam memudahkan walet memacu masuk ke dalam Bh.. Posisi tweeter di lubang masuk yang umunya berjumlah sepasang atau lebih. Pemasanganya biasa kita terapkan 45* menghadap keatas. Tujuanya selain ia tidak akan menganggu jiran tetangga suara itu juga akan menjadi lebih efektif terdengar oleh burung walet yang sedang melintas. 
Reka bentuk lubang masuk burung ini juga penting antaranya mengurangkan pembiasaan cahaya yang keterlaluan masuk ke dalam rumah burung. Saiz lubang masuk burung ini juga berbeza-beza mengikut keadaan tertentu contohnya apabila sesebuah rumah burung baru mula beroperasi maka eloklah ia diperbesarkan dan setelah rumah burung itu mula penuh maka pengecilan saiz akan dibuat secara berskala..

Lubang masuk yang istimewa adalah dengan mengecat warna gelap dan warna sebaliknya mengikut kesesuaian bangunan Bh anda.. Dalam kita gairah membuat lubang masuk walet pastikan keselamatan walet akan terjamin dengan menyediakan langkah-langkah keselamatan berdekatan dengan pintu masuk. Ini bagi memastikan musuh-musuh walet tidak dapat memasukinya..

Segala pertanyaan tentang permasalah Bh anda sila ajukan kepada kami :
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Suara walet Termurah dan Rumah Walet Terhebat !

assalamualaikum semua sahabat.. terima kasih kepada sahabat yang telah memilih suara koleksi SST.  dengan tawaran harga yang berpatutan anda juga sudah tentu berpuashati dengan suara terbaik dari kami. Kenapa perlu membeli suara walet yang mahal sedangkan suara kami lebih baik dari itu?..anda cuba tentu anda tahu jawapannya.
Gambar di atas adalah sebuah rumah walet yang sangat cantik di bina di Indonesia.. Sekiranya semua Bh di negara kita berbuat demikian..sekurang-kurangnya dengan mengecat baru bangunan Bh sudah tentu ia akan memberi satu panorama yang cukup indah lagi sedap mata memandang selain akan menggelak satu anggapan bahawa sarang walet/rumah walet adalah kotor dan menjijikan!.... keluarkanlah sedikit kos untuk anda berbuat demikian.. cantikan Bh anda!

Gambaran suasana persisiran sungai yang cukup baik..air yang jernih dan mengalir sangat disukai walet.. Mereka akan bermain-main sambil mencari makan. Jadi dengan tersedianya rumah mereka berhampiran sungai ini pembiakan koloni mereka akan lebih cepat. Sungai adalah satu lokasi yang paling terbaik untuk didirikan sebuah Bh idaman selain dari kawasan bukit bukau/gunung ganang!

adakah bh ini sahaja dibiarkan semak samun begini?... ia mungkin terjadi bagi mengekalkan suasana original habitat walet. namun awas dengan kehadiran musuh-musuh walet.. terutamanya sang ular!

Ini adalah sebuah Bh yang bersaiz sederhana besar.. dan ia adalah untuk dijual... lai-lai.... mungkin dulunya rumah yang telah diubahsuai menjadi gedung walet.

Di depan rumah tuannya dan di belakang adalah rumah mereka... mereka tak kisah asalkan tempat mereka selamat dan memenuhi keperluan habitatnya...

segala pertanyaan tentang permasalah Bh anda sila ajukan kepada kami :
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)