Wednesday, September 28, 2011

Rumah walet 2 tingkat... Terima kasih semua...

assalamualaikum.. semoga kita semua dimurahkan segala rezeki dan yang baik hanya datang dari Allah dan yang lemah itu atas kelemahan makhlukNya..aminn
Gambaran sebuah Bh yang bersaiz 30'x50' dengan ketinggian 2 tingkat bangunan. Ia merupakan sebuah rumah semi-D dahulunya kini telah diubahsuai menjadi gua walet.. dan yang menariknya ia masih didiami tuan rumah tersebut.. bahagian ruang rumah hanya di diami ahli keluarga 3/4 bahagian sahaja.. namun selebihnya adalah dijadikan ruang-ruang bersarang walet.. MasyaAllah hebatnya ciptaan Yang Maha Esa ini.. dengan lubang masuk bercorong ramai juga walet yang keluar masuk Bh.. apa yang di dalamnya adalah seperti yang dapat kita lihat di waktu petang di luarnya.

Adakah Bh anda seperti Bh di atas?.. lokasi yang baik sekali ! Dibina hanya untuk ketinggian 3 tingkat bangunan biasa namun bahagian bawahnya dibiarkan kosong tanpa berdinding. Kawasan ini selalu ditenggelami air memaksa pemiliknya membuat seperti ini. Penggunaan bata ringan sangat2 membantu selain ia dibiarkan tanpa berplaster..dan menjimatkan kos.. Jikalau tempat ini ditenggelami air terpaksalah pemiliknya menggunakan perahu untuk selenggaraan..

keluasan bh adalah 20'x70'.... penggunaan sistem suara walet campuran dapat memancing walet bermain2 di sekitarnya.. Ia Sebuah Bh yang baru dibuka dan diharapkan dapat bersaing dengan Bh yang lain.. Jarak Bh gergasi hanyalah 500meter darinya sahaja... dan igatlah wahai manusia..Rezeki hanya Dia yang bagi dan kita perlu berusaha".... Tuhan sekalian alam.

sebuah rumah banglow yang sedikit diubahsuai menjadi Bh.... yang hebatnya ia adalah didiami secara perkongsian dengan sang liur emass... berkongsi adalah sesuatu yang manis...

begitu juga seperti Bh di atas.. Ia dibina di belakang banglow ini...emmmm jika sekali pandang..makin besarlah rumah ni... namun semuanya adalah dibuat mengikut kemampuan pemiliknya...mungkin minat dan hobi beliau telah mencetuskan fenomena sebegini.. kita selalu dapat melihat Bh2 yang dibina secara berkembar dengan rumah pemiliknya.. mereka buat apa yang mereka fikirkan baik.

selingan sahaja... sebuah Bh yang boleh dikatakan top di Kota Bharu.. Bh Gergasi!
segala pertanyaan tentang permasalah Bh anda sila ajukan kepada kami :
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Wednesday, September 21, 2011

Rezeki Hanya Dia yang Bagi....

Salam sejahtera kepada semua teman2 seperwaletan.. haappy nice day!
Ini adalah sebuah rumah walet sahabat Saif.. cantika tak?..Ia telah dibina dengan ketinggian 3 lantai dan hasil yang masih kurang memuaskan..kenapa dan mengapa?..namun ilmu perwaletan tidak habis setakat ini... jom lihat ke dalamnya... Bissmillahirrahmanirrahim.. Conform! dalam kursus pun tak cakap macam ni!..

komen oh komen....biarlah dari sudut yang positif.. lubang masuk sebegini jarang sekali diguna pakai untuk rumah walet di Malaysia namun tidak di Indonesia..rata-rata kita lihat macam ni lah di sana..orang puteh cakap most populaR!.. SST akan bagi sedikit tip *** untuk Bh yang sakit atau baru dibuka.. lubang masuk walet haruslah diperbesarkan contohnya dengan ukuran 3'x4' sudah memadai untuk walet baru swingg masuk ke dalam Bh. Langkah2 keselamatan seperti letak benda tajam di bawahnya amat perlu..tak perlu lah kamu nak letak lampu awal2..

..kita tengok pula kaedah sprot najis di dinding Bh.. kalu macam di gambar ni..nanya la.. ini bukan terjadi secara semulajadi sebaliknya kamu yang buat.. jika Bh yang harvest 100kg/bulan pun tak macam ni..kenapa kamu perlu buat macam ni untuk Bh kamu...tak kan kotor namanya..bila kotor..macam2 penyakit/hama/kulat akan wujud..dan sang lipas pun amat sekali menyukainya haaahaa.. pelbagai cara dan kaedah untuk kita mewujudkan suasana asali bh bagi memastikan burung walet yang masuk menginap..ya tidak dinafikan bahawa canua' najis walet banyak membantu Bh2 untuk berjaya diperingkat permulaan namun ia haruslah dibuat dengan baik seperti menabur/mencampurkan ia bersama pasir yang basah, meletakkan ke dalam bekas2 najis yang lembap, mencampurkan ammonia dengan najis yang kering dan jika masih mahu sprot najis pada dinding cukuplah sekadar separuh jarak dinding dengan nesting plank..walet juga haiwan pembersih..kalau nak diterangkan kat sini pasal penggunaan najis walet ni esok pun takkan habis punya..nak tahu lebih kenalah masuk kursus/bengkel laa.. lihat pula gambar di bawah ni..

...hemmm habis semua bahagian dinding dipenuhi tahi2 walet... tahi walet jika dah lebih 2 minggu xakan ada powerRRnya lagi selain akan memberi debu2 kotor secara percuma yang sentiasa beterbangan untuk kamu dan walet itu sendiri.. bukan nak cerita pasai najis tapi cuba kita lihat lantai sebagai penyokong nesting plank pada gambar di atas.. lajurnya sudah ok.. tapi kenapa masih ada ruang2 diantaranya?... kenapa tidak dirapat2kan.. tahu kenapa?- Burung walet amat takut dengan keadaan sebegini.. di ruang seperti ini adalah sudut terakhir yang akan dibina sarang mereka jika sudah tiada lagi tempat untuk mereka bersarang. Begitu juga nesting plank, ia perlu dilekatkan rapat dengan lantai..tak kiralah sama ada lantai konkrit,seminboard mahupun papan kayu. Pesanan Saif jika keterlajuran lantai kamu seperti ini..emm maka eloklah diperbaiki@ dirapatkan.. banyak cara boleh di buat.. lain kalilah SST bagitahu..yang mana sahabat yang pernah menghubungi kami tentu telah diberi penerangan tentangnya.. terima kasih semua!

..ok jom lihat keadaan dalaman susunatur nesting plank... pertama kena tahu juga kaedah susun-atur plank yang benar. plank lurus tanpa petak2 baik sekali..ia akan meminimumkan penghasilan sarang yang bersudut..namun kita harus peka..walet amat menyukai ruang bersudut..jika ruang tambahan untuk walet bersarang cara beginilah yang kami sarankan! tapi jika Bh kamu di peringkat awal pancingan.. ruang petak2 atau perbanyakkan ruangan bersudut sangat2 membantu menambahkan populasi walet kamu.
Cara menambahkah populasi walet juga banyak kaedahnya.. salah satunya dengan membuat extra fooding atau hidangan tambahan dalam Bh kamu.. Mungkin lain topic SST akan jelaskan bagaimana dan bila waktu ia sesuai dibuat.
Ulasan pada foto di atas adalah mengenai kabus humudifier.. jika keadaan berterusan berkabus macam ni.. mungkin dalam seminggu sudah memadai untuk kulat membiak pada plank kamu.. terutamanya jika suhu di luar bh menyamai suhu di dalam bh.. jadi kamu haruslah pandai dan bijak mengontrolnya!... mungkin sesuai untuk musim kemarau sahaja..jika tidak memadailah dengan kolam2@bekas2 air yang kamu sediakan.

Segalanya masih belum tamat di sini..banyak lagi perkara-perkara penting yang harus diketahui untuk membuat walet suka pada rumah walet kamu..jika semuanya telah baik..lihatlah pada beberapa perkara asas yang lain seperti suhu,kelembapan,pengcahayaan,tatacara/susunatur,design,arah lubang masuk dan gangguan/musuh-musuh walet yang ada pada rumah walet kamu..(bagi orang islam Tawakkal juga amat penting dan jangan sesekali takbur) Semoga kalian berfikir dan berjaya!
"i make everything look easy"..
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Monday, September 19, 2011

Monday, September 12, 2011

Tatacara/teknik penelitian suara yang benar/tepat.

Tatacara penggunaakan suara yang benar/tepat.
Penggunaan  sesuatu suara akan berkesan setelah membuat kesimpulan sekurang-kurangnya 3 bulan pertama. Jadi jika hari ini dan bulan depan suara masih tidak mendapat sambutan atau tidak mampu menarik walet menginap bersabarlah sehingga bulan yang ke-3. Seterusnya pada bulan ke-3 masih belum menampakan keberkesanan suara itu maka eloklah ia ditukarkan.
**Jangan sesekali memanggil walet sekiranya rumah walet anda belum benar-benar sedia/siap**
Keberkesanan sesebuah juga suara tidak sama di antara sesebuah tempat. Ia mungkin juga bergantung kepada musim/pakan(monsun)  dan  membiak  walet. Jadi percubaan demi percubaan haruslah mengikut masa tertentu. Keberkesanan suara dapat dinilai ketika waktu senja dengan kemasukan walet ke dalam BH seterusnya menginap..disamping faktor2 lain seperti suhu dan kelembapan haruslah betul dan tiada gangguan musuh2 walet.
gambar diatas sengaja diterbalikkan- kalau suara dipasang macam ni pun walet boleh pening woOO!

Semua  suara SST telah di uji dan telah mendapat hasil yang memuaskan di tempat-tempat sekitar Malaysia,Thailand dan Indonesia.
Akhir kata selamat maju jaya dalam industry ini dan walet adalah untuk semua..

“satu harapan sejuta sanjungan”
-saif swift-
saifswift@yahoo.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Sunday, September 11, 2011

Masjid dan juga Rumah Burung Walet Produktif !!

sebuah masjid yang indah.. namanya tak perlu lah disiarkan kat sini...

warnanya cukup menarik..segar mata memandangnya..

masjid adalah rumah Allah... apa sahaja boleh menjadi tetamu istimewaNya.. termasuklah sang Walet ini..

 ..sebuah bangunan gah dengan keluasan 60'x40' dan dengan ketinggian hampir 50'.

design masjid yang baik.. ciri-ciri keislaman.. ia digunakan sebagai tempat beribadat dan juga menimba ilmu.. selain memberi sumber rezeki yang lumayan!

pandangan belakang dan salah satu sudut tepi masjid ini... ia lebih kelihatan seperti sebuah bangunan rumah walet.. dapat dilihat dengan lubang-lubang udara di dinding.

cuba zooMM.... memang menanjubkan!

jika dilihat pandangan jauh macam ni lah..... apa-apa pun taniah! ia menjadi sebuah rumah walet yang produktif!
saifswift@yahoo.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Kejayaan bermula di sini..taniah kepada semua !

Assalamualaikum semuanya.. kepada sahabat dan juga client Saifswift. SST ingin berkongsi kejayaan peringkat pertama beberapa Bh yang berjaya dibuka pihak kami hampir sebulan lepas.. Kejayaan ini berdasarkan dengan tanda-tanda tompokan dari tahi walet.. dan ada diantara Bh telah pun dilakar/marking sarang di beberapa sudut Bh tersebut..taniah dan semoga anda juga berjaya.. aminn.
JOm layan jer BH yang baru dibuka bulan lepas tu!..

sebarang permasalah tentang industri ini.. ajukan kepada :
saifswift@yahoo.com
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Sunday, September 4, 2011

Sarang walet di musim kemarau...

assalamualaikum semua...raya dah pun berlalu.... kepada mereka yang memandu jauh..hati-hatilah semasa memandu...

agak-agaknya...king saiz kot sarang ni..... 15cm.. tapi masih dalam proses..

dua ekor yang masih kontok bulunya...

ni pula mungkin sepupunya...sayang..sarang masih dipenuhi bulu..

dan telur walet yang panjang..

sarang yang kurang menarik..

sikit jer sarang dibuat mereka..

masih sebiji telurnya..
yang kurang sempurna...
ini juga...

mungkin sedang belajar membina sarang mereka..

tapak sarang lama kini dibasahi semula dengan yang baru...

ini pun sama....entah C' cup ataupun V' cup...

yang ini agak ok..namun masih lagi kekurangan..

kadang-kadang sarang sering terbelah macam ni...

anak walet seekor berumur lebih 25 hari...adiknya telah mati..huhuuu

kenapa teruk sangat yang ini...
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)