assalamualaikum.. semoga kita semua dimurahkan segala rezeki dan yang baik hanya datang dari Allah dan yang lemah itu atas kelemahan makhlukNya..aminn
Gambaran sebuah Bh yang bersaiz 30'x50' dengan ketinggian 2 tingkat bangunan. Ia merupakan sebuah rumah semi-D dahulunya kini telah diubahsuai menjadi gua walet.. dan yang menariknya ia masih didiami tuan rumah tersebut.. bahagian ruang rumah hanya di diami ahli keluarga 3/4 bahagian sahaja.. namun selebihnya adalah dijadikan ruang-ruang bersarang walet.. MasyaAllah hebatnya ciptaan Yang Maha Esa ini.. dengan lubang masuk bercorong ramai juga walet yang keluar masuk Bh.. apa yang di dalamnya adalah seperti yang dapat kita lihat di waktu petang di luarnya.
Adakah Bh anda seperti Bh di atas?.. lokasi yang baik sekali ! Dibina hanya untuk ketinggian 3 tingkat bangunan biasa namun bahagian bawahnya dibiarkan kosong tanpa berdinding. Kawasan ini selalu ditenggelami air memaksa pemiliknya membuat seperti ini. Penggunaan bata ringan sangat2 membantu selain ia dibiarkan tanpa berplaster..dan menjimatkan kos.. Jikalau tempat ini ditenggelami air terpaksalah pemiliknya menggunakan perahu untuk selenggaraan..
keluasan bh adalah 20'x70'.... penggunaan sistem suara walet campuran dapat memancing walet bermain2 di sekitarnya.. Ia Sebuah Bh yang baru dibuka dan diharapkan dapat bersaing dengan Bh yang lain.. Jarak Bh gergasi hanyalah 500meter darinya sahaja... dan igatlah wahai manusia..Rezeki hanya Dia yang bagi dan kita perlu berusaha".... Tuhan sekalian alam.
sebuah rumah banglow yang sedikit diubahsuai menjadi Bh.... yang hebatnya ia adalah didiami secara perkongsian dengan sang liur emass... berkongsi adalah sesuatu yang manis...
begitu juga seperti Bh di atas.. Ia dibina di belakang banglow ini...emmmm jika sekali pandang..makin besarlah rumah ni... namun semuanya adalah dibuat mengikut kemampuan pemiliknya...mungkin minat dan hobi beliau telah mencetuskan fenomena sebegini.. kita selalu dapat melihat Bh2 yang dibina secara berkembar dengan rumah pemiliknya.. mereka buat apa yang mereka fikirkan baik.
selingan sahaja... sebuah Bh yang boleh dikatakan top di Kota Bharu.. Bh Gergasi!
segala pertanyaan tentang permasalah Bh anda sila ajukan kepada kami :
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)
No comments:
Post a Comment