Wednesday, August 17, 2011

Mereka tahu apa yang mereka buat..inovasi yang hebat!

kelihatan sarang walet yang kurang sempurna.. ini selalu terjadi di musim kemarau..dan juga mungkin walet yang kurang berpengalaman dalam pembinaan sarang mereka/walet muda. Di musim kemarau juga kebanyakan walet bertelur hanya 1 biji..kenapa?.. hanya yang tahu mengetahui jawapannya.

Ini adalah sebuah Piramid... beribu-ribu tahun namun ia masih kelihatan utuh dah kuat.. kat Malaysia kau takkan jumper punya bangunan macam ni...

Ia dibina mungkin memakan masa yang agak lama... bagaimana dan cara ia dibina... itu sukar dijelaskan kat sini.. kalau pembinaan Bh macam ini... ia tentu sesuatu yang di luar dugaan bukan?.. tapi siapa yang ingin membinanya?..

Kalau dilihat...em macam monkey house pun ada..siap dengan lubang lagi tu... tentu ia menjadi ilham kepada pengusaha walet di bawah ini..jommm zazzZZ.......!

hahaa lebih kurang je bukan?...cuma kalau nak ditiru sebiji macam piramid kat atas tu... 5 tahun pun tentu siap beb... apa-apa pun... ia adalah satu pencapaian yang tidak diduga..

dan ini adalah sebahagian gambaran di dalamnya..... kau tengok..dan kau pikirkanlah sendiri gaya dan style tempat walet bermain dan bersarang di dalamnya.....banyakk wooOO!
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Satu lagi stor lama akan diupgradekan kepada sesuatu yang Istimewa.. Rumah Walet Moden!

sebuah lagi peninggalan yang perlu dihargai......

cantik!... dengan kos tak sampai 5k bisa menjadi rumah walet yang istimewa memandangkan lokasinya yang bagusss...

dari pandangan sisi... semak jer... kot-kot snakezilla pun ada ni...nanyaaa...

wah... macam Bh dengan 3 pintu je... ukuran bangunan adalah 20'x30'.
anda tengok anda buat anda dapat!
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Selamat berbuka puasa dari kami SaifSwift Construction!

mulakan dengan doa dan buah kurma...che wahh..

tak ada kurma... yang ni pun bolehlahh... apa-apa yang manis.. jika semua tak ader.. kau minum air je lah..

lebih afdal jika selesaikan solat magrib dulu.. selepas tu... bedal yang ni pulak...

tapi yang ni kalu dibedal berlebihan...nanya kau... darah tinggi nanti terus go tak sempat raya!

kalu nasi belum habis..tambah je lauk ni... tapi jangan sampai  tak larak pulak nak berteraweh nanti... lugi wooo!

dan last sekali...cuci mulut... apa-apa buah pun boleh.... selamat berbuka ok!
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Wednesday, August 10, 2011

Mereka buat apa yang mereka tahu..

Assalamualaikum semua penyokong-penyokong Saifswift Trading!

lihat sahaja rumah walet ini..anda tentu dapat meneka ketinggiannya.. mengikut sifu yang lebih berpengalaman dalam industri ini..ketinggian minimum bangunan walet sewajarnya adalah 5 meter dari aras tanah walaupun kemahuan burung walet bersarang hanya lingkungan 2 meter. Namun Bh di atas adalah dibina dengan ketinggian 4.5 meter juga mampu menarik walet menginap dan tidur di dalamnya. Lokasi yang baik berhampiran dengan kawasan yang berair dan pesawahan menjadikan Bh ini sebuah bh yang berjaya dalam masa yang singkat. Selain ia dikategorikan sebagai bh yang rendah..ia juga merupakan sebuah bh yang kecil iaitu bersaiz hanya 3m x 9m. Apa yang ada dan bagaimana design di dalamnya hanya mereka yang mengetahuinya..mereka buat apa yang mereka tahu..


Ini adalah Bh Saif.. kenapa pintu masuk telah diubah?.. pandangan Saif juga amat berbeza dengan orang lain..Jom kongsi satu rahsia! dengan ubahsuai yang minimum ini walet muda mudah memasuki bh dan menjelajah lebih lama ke dalam bh jika dibandingkan sewaktu dulu.. sebenarnya ia adalah dibina berkembar. Di dalam monkey house ini wujudnya satu cerowong yang terus ke ruangan rooving room dan kemudiannya ke ruangan VIP 1 dan 2. Pengalaman Saif dalam membantu dan menambah ilmu perwaletan  kepada dan dari sahabat yang lama sedikit sebanyak telah memberi ilham untuk mencipta apa dan mengapa mengikut kemahuan burung walet. Alangkah bagus sekali jika anda berpeluang melihat keadaan burung  di dalam sebuah gua di Australia..ia umpama kedudukan hierarki sesuatu koloni burung atau pun sang kelawar.
"Saya buat semua perkara yang simple..dengan sedikit modal saya cukup tersenyum dengan hasilnya... dan saya buat apa yang saya tahu mengenainya".. Saif hanya ingin bercerita sedikit tentang mengenai pintu masuk Bh Saif, apa dan bagaimana di dalamnya dan hanya mereka yang tahu sahaja yang akan membuatnya.
Anda juga boleh mempelajarinya.. bersahabatlah dengan mereka yang berpengalaman dan punyai ilmu yang luas dalam perwaletan mudah-mudahan ia akan membantu anda mendapat hasil yang baik. Dalam rancangan RENTAS yang disiarkan jam 1 tv 1 semalam juga banyak telah menceritakan perihal burung dan habitat walet..Taniah kepada Datuk....... kerana beliau juga telah lama terlibat dalam industri ini. Tahukah anda bahawa beberapa artis terkenal juga mula terlibat dalam industri ini.. Ini belum termasuk dengan seorang pengarah filem... semoga kita semua mendapat kejayaan.. aminn!

ini adalah gambaran 3D sebuah design rumah walet yang dibuat oleh..emm Saif dah lupa sapa nama dia.. cantik dan menarik.. sebuah Bh berkongsepkan open roof. bagaimana design di dalamnya hanya perekanya yang lebih mengetahuinya.

ini juga satu lagi pandangan Bh tadi jika dilihat dari sudut/posisi atas....mungkin jika dilihat dek mata si helang...atau pun mata sang walet itu sendiri... entah lah...

Kenapa pokok yang setinggi hampir 15 meter ini kelihatan seperti ini... ini adalah pandangan saya.. mungkin pandangan anda berlainan dengan saya... anda renung anda tahu jawapannya.. mungkin ia seekor harimau atau mungkin walet...hahhaaaa...yang penting otak harus berfikir"..

Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Wednesday, August 3, 2011

Hanya datang setahun sekali...Musang King Vs Walet..

Salam Ramadhan Al Mubarak.... bila tiba sahaja musim raja buah ini..tentu peminat mereka tidak sabar-sabar ingin menikmati kemanisan isinya..tapi sayang..kenapa ia tidak datang 2-3x setahun?...

  ...jika ingin bercerita tentang tempoh matang sepohon pokok durian sampai ia mengeluar buah tentulah kita sudah boleh menekanya..berapa tahun?... 3 tahun?.. jika menanamnya dari kecil mungkin 7-9 tahun?.... waaa satu jangka masa yang agak lama.. jika kita berumur 30 tahun mula menanam ia tentu bila kita berumur 40 tahun..baru dapat menikmatinya..kalau dan berumur 50 tahun? begitulah cerita tentang ayah dan datok kita sewaktu dulu menanam apa jua sekalipun pokok buah-buahan untuk dinikmati oleh jenerasinya akan datang.... pengorbanan yang hebat!
melihat isinya yang kuning keemasan dan rasa yang seakan lemak dan manis kepahitan serta baun yang harum..tentu harga dipasaran juga boleh tahan.. mengikut sumber.. harga perkilo sekitar rm20-rm30 dan berbeza mengikut negeri..entahlah..kalau nak ditanam..emm baik beli jer...

bila dimakan seulas dah memadai... tapi awas jika anda seorang diabet...

rupa dan bentuk kekadang bukan menjadi ukuran..yang penting apa yang ada di dalamnya.. begitu juga hal rumah burung walet.... buruk di luar dan produktif di dalam!.. jika kita mula menanam durian dan sekaligus juga membina Bh... dalam masa 10 tahun.. apa yang anda dapat?... anda fikir anda tentu sudah punyai jawapannya...

haaa haa... jika 1 ekar memperolehi 1 lori durian masa itu... mungkin sarang walet anda dapat 10kg!.. berbalik hal sang walet... sebuah Bh@ bangunan tinggalan lama yang telah memikat walet membina sarang mereka di sini...
"i make everything look easy"
Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)