Wednesday, August 10, 2011

Mereka buat apa yang mereka tahu..

Assalamualaikum semua penyokong-penyokong Saifswift Trading!

lihat sahaja rumah walet ini..anda tentu dapat meneka ketinggiannya.. mengikut sifu yang lebih berpengalaman dalam industri ini..ketinggian minimum bangunan walet sewajarnya adalah 5 meter dari aras tanah walaupun kemahuan burung walet bersarang hanya lingkungan 2 meter. Namun Bh di atas adalah dibina dengan ketinggian 4.5 meter juga mampu menarik walet menginap dan tidur di dalamnya. Lokasi yang baik berhampiran dengan kawasan yang berair dan pesawahan menjadikan Bh ini sebuah bh yang berjaya dalam masa yang singkat. Selain ia dikategorikan sebagai bh yang rendah..ia juga merupakan sebuah bh yang kecil iaitu bersaiz hanya 3m x 9m. Apa yang ada dan bagaimana design di dalamnya hanya mereka yang mengetahuinya..mereka buat apa yang mereka tahu..


Ini adalah Bh Saif.. kenapa pintu masuk telah diubah?.. pandangan Saif juga amat berbeza dengan orang lain..Jom kongsi satu rahsia! dengan ubahsuai yang minimum ini walet muda mudah memasuki bh dan menjelajah lebih lama ke dalam bh jika dibandingkan sewaktu dulu.. sebenarnya ia adalah dibina berkembar. Di dalam monkey house ini wujudnya satu cerowong yang terus ke ruangan rooving room dan kemudiannya ke ruangan VIP 1 dan 2. Pengalaman Saif dalam membantu dan menambah ilmu perwaletan  kepada dan dari sahabat yang lama sedikit sebanyak telah memberi ilham untuk mencipta apa dan mengapa mengikut kemahuan burung walet. Alangkah bagus sekali jika anda berpeluang melihat keadaan burung  di dalam sebuah gua di Australia..ia umpama kedudukan hierarki sesuatu koloni burung atau pun sang kelawar.
"Saya buat semua perkara yang simple..dengan sedikit modal saya cukup tersenyum dengan hasilnya... dan saya buat apa yang saya tahu mengenainya".. Saif hanya ingin bercerita sedikit tentang mengenai pintu masuk Bh Saif, apa dan bagaimana di dalamnya dan hanya mereka yang tahu sahaja yang akan membuatnya.
Anda juga boleh mempelajarinya.. bersahabatlah dengan mereka yang berpengalaman dan punyai ilmu yang luas dalam perwaletan mudah-mudahan ia akan membantu anda mendapat hasil yang baik. Dalam rancangan RENTAS yang disiarkan jam 1 tv 1 semalam juga banyak telah menceritakan perihal burung dan habitat walet..Taniah kepada Datuk....... kerana beliau juga telah lama terlibat dalam industri ini. Tahukah anda bahawa beberapa artis terkenal juga mula terlibat dalam industri ini.. Ini belum termasuk dengan seorang pengarah filem... semoga kita semua mendapat kejayaan.. aminn!

ini adalah gambaran 3D sebuah design rumah walet yang dibuat oleh..emm Saif dah lupa sapa nama dia.. cantik dan menarik.. sebuah Bh berkongsepkan open roof. bagaimana design di dalamnya hanya perekanya yang lebih mengetahuinya.

ini juga satu lagi pandangan Bh tadi jika dilihat dari sudut/posisi atas....mungkin jika dilihat dek mata si helang...atau pun mata sang walet itu sendiri... entah lah...

Kenapa pokok yang setinggi hampir 15 meter ini kelihatan seperti ini... ini adalah pandangan saya.. mungkin pandangan anda berlainan dengan saya... anda renung anda tahu jawapannya.. mungkin ia seekor harimau atau mungkin walet...hahhaaaa...yang penting otak harus berfikir"..

Phone :0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

2 comments:

  1. nampak cam senang jer.... nak buat pitis tak dok

    ReplyDelete
  2. salam semuanya... bersabar..usaha mudahan2 adalah tu rezeki anda nanti..

    ReplyDelete