Monday, November 29, 2010

Rumah Walet Gergasi...

Assalamualaikuam semua....semoga hari ini akan memberi senyuman kepada semua.... Setiap orang  mahukan kejayaan demi kejayaan..dari Bh yang kecil sehinggalah kepada Bh yang lebih besar... Begitulah besarnya harapan kita setiap pencinta industri walet ini. Dengan memiliki sebuah Bh yang besar maka semakin besarlah harapan kita untuk memperolehi kejayaan di depan hari kelak. Namun bagi yang tidak berkemampuan cukuplah sekadar mempunyai Bh yang sederhana kecil.."orang cakap- kecil-kecil cili padi".. sikit-sikit lama-lama jadi bukit".... Semoga kalian mendapat apa yang diimpikan selama ini... Jom zaZZ beberapa BH yang dianggap gergasi utuh yang memiliki rahsia tersendiri di sebalik dinding kebal tersebut.
























Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)



Sunday, November 28, 2010

Usaha Tanda Kejayaan sahabat...

Assalamualaikum semua sahabat dan peminat blog saifswiflets.. Di Malaysia kini musim hujan atau musim banjir semakin tiba dan ada di antara kawasan yang telah pun ditenggelami air.. pendek kata.. sudah pun banjir..namun di Kelantan airnya dikatakan masih di bawah tahap biasa. Walet memang sinonim dengan hujan.. bila hujan seringkali  kita dapat lihat sang walet terbang rendah mencari pakan.. berkejar-kejaran antara mereka dan berpusing-pusing di sekitar BH mereka. Ini dikatakan telah tiba masanya mereka membiak secara besar-besaran ekoran terdapatnya limpahan makanan pada musim ini. Pembuatan/penyiapan sarang mereka juga didapati hanya memakan masa yang pendek tidak seperti yang kita lihat pada musim kemarau... Walau apa pun jom zaZZ bersama Saif dan sebelum itu kita lihat satu email yang Saif terima dari sahabat(Sulaiman) yang berada jauh di Riau.. yang juga merupakankan usahawan walet yang telah lama berjaya dan berpengalaman lebih 25 tahun dalam industri ini. Terima kasih diucapkan dari saifswift kerana beliau sudi memberi dan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama saifswift. Berikut adalah salah satu email beliau yang ingin Saif kongsikan bersama sahabat.. JOm zaZZ!

Assalamu'alaikum saudaraku saif semoga Allah senentiasa melimpahkan rahmat n karunianya kepada anda beserta keluarga dan semoga usaha yang anda lakoni khususnya dibidang burung walit dapat menuai kejayaan (Amin ya robbal 'alamin) Memulai usaha walit bangunan dari papan ukuran 5 X 12 meter 1 lantai saya awali pada tahun 1985 di sebuah perkampungan nelayan tepatnya di desa dahari selebar sumatra utara,berbagai suka dan duka dari awal mula saya membuat usaha ini dan Alhamdulillah sampai saat ini saya dah punya beberapa rumah walit walaupun tidak sesukses peternak walit yang bisa mencapai ratusan kilo perbulannya, sebap kepunyaan saya rata rata setiap panen 1-2 bulan hanya 29 kilo saja dalam satu buah bangunan ukuran 5 X 20 meter 3 lantai dan untuk ukuran 10 X 25 meter 4 lantai hanya 41 kilo saja,jika ingin pengalaman saya dalam budidaya walit saya ikhlas untuk berbagi andainya diperlukan.salam dari saya Sulaiman.IR.SH.MH di pekanbaru Riau





Dikala kita gembira melihat walet-walet berkejar-kejaran disamping produktif sarang yang semakin meningkat hari ke hari jangan dilupa akan sahabat yang berada dalam kesusahan.. segala usaha telahpun  beliau cuba namun Bh masih tidak dapat mengeluarkan hasil sebagaimana yang diimpikan.. Saif berkesempatan memaparkan beberapa gambar BH beliau yang sudi beliau kongsikan bersama saifswift.. Jom lihat...!

 Semua gambar berikut saif perbesarkan...

Pandangan Rumah monyet/dog kannel

Lubang masuk walet..

\
Keadaan rumah monyet/rooving room terus ke nesting room..

kedudukan tweeter dalam yang kurang jernih..

Lubang antara ruang.. Lwm(lubang kecik atas)

kabus humudifier....

keadaan dalaman BH

Berpesan-pesanlah kamu kepada kebaikan...

Phone : 0179046560 

Saturday, November 27, 2010

Rumah Burung Sahabat dalam pembinaan..

Assalamualaikum semua... Jom bersama Saif untuk melihat bangunan Bh yang kini dalam proses pembinaan. Kedua-dua Bh ini terletak di Kelantan. Pastinya sistem audio kedua-dua Bh ini adalah yang terbaik.
Keputusan sahabat Saif yang membuat pilihan yang tepat untuk memiliki bh adalah tepat sekali memandangkan beliau mempunyai tanah lapang berhampiran bukit yang pastinya menjadi tempat walet mencari makanan  mereka setiap hari. JOm zaZZ!

Bangunan Bh No 1 yang bersaiz 12'x20'x3tingkat bakal disiapkan hujung tahun ni..

 Ukuran asal 12'x20' akan dipanjangkan lagi di bahagian tingkat bawah 20'x40' x 2 tingkat.

Walau pun saiznya kecil Bh yang lepas sudah mampu mengeluarkan sarang hampir 3kg/bulan

Bangunan lama yang bakal diubahsuai Saifswift sehari dua lagi.... Struktur tangki air yang lama itu akan dijadikan sebagai  laluan utama walet masuk ke sarang mereka.
Ukuran Bh ini adalah 20'x50'x 1 tingkat setengah.

Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Wednesday, November 24, 2010

Kini Ramai Sudah Buka Mata...

Assalamualaikum...salam semua kepada peminat/taukey-taukey walet! Sejak akhir-akhir ini Saif dapati ramai yang sudah sedar akan kelebihan dan kebaikan jika mereka mempunyai rumah burung walet (BH).. ekoran daripada itu maka ramailah yang berhasrat ingin memulakan bisness ini.. bagaikan kulat tumbuh selepas hujan!.. baguslah jika mereka dah mula sedar.. Tetapi di saat kesedaran itu pengetahuan adalah segala-galanya. Saif cadangan.. ilmu walit perlu didahulukan sebelum seseorang itu ingin membina Bh dan jangan seratus peratus harapkan atau menumpang ilmu pengetahuan orang lain semata-mata. Walau siapa pun kita hari ini.. jangan lupa siapa kita sewaktu dulu..renung-renungkanlah.. Jom zaZZ bersama Saif mengenai beberapa gambar untuk dikongsi hari ini..

susun atur yang kemas.. siap untuk di packing!

Sarang walet separuh bulat...

Walet mula membuat sarang mereka bila pasangan tersebut ingin membiak. tetapi ada juga sekadar buat 'nest mark' sebagai tanda tempat tidur mereka..biasanya walet yang mati pasangannya..



kejayaan ketiga-tiga Bh diatas adalah berikutan lokasinya berhampiran dengan bukit/hutan tempat walet mencari makanan mereka.

Jika kita mempunyai dataran lapang/luas seperti ni..maka pembinaan BH secara berkelompok amatlah sesuai.. dan ia tidak semestinya bermula dengan Bh yang besar..cukuplah sekadar 12'x20' sahaja.

dog kennel/monkey house.. pengubahsuaian yang menanjubkan!.. emm ala-ala gua gitu.... apa-apa pun kita manusia hanya berusaha..dan walet berhak membuat keputusan mereka sendiri.

Lubang terjun.. design begini amat sesuai jika BH yang didirikan berhampiran dengan bukit bukau.

sistem pemasangan tweeter 4 penjuru/para bola juga akan memudahkan walet membuat sarang mereka. tata atur begini biasanya diselang-selang setiap 1-2 meter persegi.

Pemasangan pembahagi ruang-ruang nesting room juga boleh dibuat dengan apa sahaja.

Keadaan Bh yang sudah produktif menghasilkan sarang.. keadaan sebegini selalunya dapat dilihat pada Bh yang lebih tua.. 5tahun ke atas..

Penggunaan sarang palsu akan memudahkah walet mula membina sarang mereka sesuai diperaktikkan pada rumah walet yang baru dibina.

Phone : 0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)