Wednesday, November 24, 2010

Kini Ramai Sudah Buka Mata...

Assalamualaikum...salam semua kepada peminat/taukey-taukey walet! Sejak akhir-akhir ini Saif dapati ramai yang sudah sedar akan kelebihan dan kebaikan jika mereka mempunyai rumah burung walet (BH).. ekoran daripada itu maka ramailah yang berhasrat ingin memulakan bisness ini.. bagaikan kulat tumbuh selepas hujan!.. baguslah jika mereka dah mula sedar.. Tetapi di saat kesedaran itu pengetahuan adalah segala-galanya. Saif cadangan.. ilmu walit perlu didahulukan sebelum seseorang itu ingin membina Bh dan jangan seratus peratus harapkan atau menumpang ilmu pengetahuan orang lain semata-mata. Walau siapa pun kita hari ini.. jangan lupa siapa kita sewaktu dulu..renung-renungkanlah.. Jom zaZZ bersama Saif mengenai beberapa gambar untuk dikongsi hari ini..

susun atur yang kemas.. siap untuk di packing!

Sarang walet separuh bulat...

Walet mula membuat sarang mereka bila pasangan tersebut ingin membiak. tetapi ada juga sekadar buat 'nest mark' sebagai tanda tempat tidur mereka..biasanya walet yang mati pasangannya..



kejayaan ketiga-tiga Bh diatas adalah berikutan lokasinya berhampiran dengan bukit/hutan tempat walet mencari makanan mereka.

Jika kita mempunyai dataran lapang/luas seperti ni..maka pembinaan BH secara berkelompok amatlah sesuai.. dan ia tidak semestinya bermula dengan Bh yang besar..cukuplah sekadar 12'x20' sahaja.

dog kennel/monkey house.. pengubahsuaian yang menanjubkan!.. emm ala-ala gua gitu.... apa-apa pun kita manusia hanya berusaha..dan walet berhak membuat keputusan mereka sendiri.

Lubang terjun.. design begini amat sesuai jika BH yang didirikan berhampiran dengan bukit bukau.

sistem pemasangan tweeter 4 penjuru/para bola juga akan memudahkan walet membuat sarang mereka. tata atur begini biasanya diselang-selang setiap 1-2 meter persegi.

Pemasangan pembahagi ruang-ruang nesting room juga boleh dibuat dengan apa sahaja.

Keadaan Bh yang sudah produktif menghasilkan sarang.. keadaan sebegini selalunya dapat dilihat pada Bh yang lebih tua.. 5tahun ke atas..

Penggunaan sarang palsu akan memudahkah walet mula membina sarang mereka sesuai diperaktikkan pada rumah walet yang baru dibina.

Phone : 0139889009
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

No comments:

Post a Comment