Sunday, October 31, 2010

Rumah Walet canggih...

Assalamualaikum.. satu pagi yang menyejutkan walet-walet di sini.... Kelantan dah mula dilanda musim banjir.. hujan tak reda dah 3 hari... Suhu BH Saif terpaksa diturunkan. Apa yang canggih?.. Jom zaZZZ!

Sebuah BH yang kelihatan seakan-akan macam rumah kabel TNB jer..


Lubang pengudaraan yang menggunakan corong yang besar.. ada yang meletakkan exzos fan di sini.

Teknologi ciptaan baru.. sepenuhnya menggunakan polistrine dan BRC.

nampak comel tapi bukan senang untuk dipelajarinya..struktur utama perlu besar dan kuat(steel)

kemudian plaster cukup-cukup..proses ni menelan kos kerna banyak sikit simen dan pasir diperlukan.

Hampir siap... untuk bahagian bawah tidak digalakkan kerana faktor keselamatan kurang terjamin. kecuali ada 24 jam pegawal keselamatan yang menjaganya.. kalau sarang x ada nak jaga aper ek?..

Sebuah BH berdaya saing di Sabah...good day Datuk...

Besar dan panjang macam deretan gerabak keretapi...

Burung walet yang hidup secara berkoloni di dalam sebuah kuil...satu kebetulan juga.. walet bersarang di tempat terang... so janganlah dirisaukan jika bh kamu juga agak terang..

Sehebat mana pun BH anda..eloklah dibina rumah pegawal berhampiran..gambar di atas menunjukkan sebuah rumah pembiakan serangga @ serangga depot telah didirikan berhampiran bh.


Sesiapa pun anda hari ini... adalah semuanya telah ditentukan olehNya. Salam maju jaya!

Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Wednesday, October 27, 2010

Mereka semua dah tahu... mereka berjaya..

Assalamualaikum.. kepada semua... mereka seperti juga kita.. mempunyai BH.. mereka telah pun berjaya..kita juga berjaya! zaZZZ!
Taniah kepada mereka yang telah berjaya... kejayaan sebegini adalah sesuatu yang hebat!

Syabas kepada abe kita.... BH yang sudah mengeluarkan hasil!

Bermulanya dengan yang satu...lama-lama...

tak perlu saif cakap apa-apa....no komen.. bukan senang nak jadi macam ni...

warna telur yang kemerah-merahan adalah tanda ia masih baru.

Sebuah BH yang menggunakan lubang terjun..apalagi taukey mahu..

lubang terjun terus menghubungkan antara tingkat..hati-hati dengan BH macam ni.. keselamatan taukey juga perlu diambilkira.

kayu plank disusun kemas..

Sarang palsu berjaya memikat burung muda untuk membina sarang mereka.. anak walet dah mula keluar sarang mereka.

Sebuah BH yang popular antara yang terawal di Bandar Kota Bharu Kelantan..

Sebuah BH dalam pembinaan.. emm perbelanjaan yang hampir 500k...

walet putih..jarang-jarang berlaku..

Bh yang hampir siap..

open roof......... melakar kejayaan BH ini...

Grill untuk keselamatan atau keselesaan walet?

BH yang sememangnya dah produktif...

Alhamdulillah...

walet hidup berkoloni... inilah family kecil mereka.

Keadaan dalaman monkey house....

Sebuah BH yang agak rendah.. kawasan luas seperti ini patut dimanfaat sepenuhnya.

Rumah kedai yang telah diubahsuai menjadi BH

sebuah BH dengan monkey house 2 lubang masuk..

40% hampir siap!... lokasi yang strategik...

Rumah kedai atau pejabat?...apa-apa pun sekarang dah jadi rumah walet!

Sebuah lagi keadaan monkey house...

macam-macam teknik memasang kayu plank diterapkan..

Kita yang menentukan siapa kita..


JIka Bh anda bermasalah.. hubungi kami:
Phone/sms 0139889009
swiftlets solution A-Z

Monday, October 25, 2010

Pemasangan tweeter yang benar/tepat..

Assalamualaikum semua sahabat saif... semoga kalian hebat-hebat sentiasa.. Jom zaZZ bersama Saif tentang tata cara pemasangan tweeter sebagaimana menjawab pertanyaan beberapa teman sahabat kita. Zoommm!
mungkin setiap pengusaha walet bercita-cita ingin melihat BH mereka  jadi macam ni kan?kan kan?..

tak pun macam ni....kan?...wah manyak betul sarang mereka.. semua sudut c' tu... nampak macam grade tinggi jer..saper la punya Bh ni... BH 5 year above.. Jika dah suasana dalaman BH macam ni.. tak perlu la lagi nak gatal-gatal tangan nak pasang-pasang lagi tweeter.. buat semak jer...
 Tadi cuma Iklan jer.. JOm tengok cerita tweeter pulak.. ramai yang pandang rendah perkara ni.

 speaker/woofer

speaker/woofer

 Semua woofer di atas merupakan kombinasi yang baik di tempatkan di empat lokasi penjuru BH.. dengan menggunakan sistem sound sorrounding (sSS) dapat menghasilkan super sound yang baik.

Suasana sound yang dihasilkan mestilah jelas dah nyaring/tajam.. penggunaan speaker bazooka dapat manyak membantu memanggil walet pada jarak yang jauh.. dipercayai sehingga mencapai jarak 150km.. wah jauh tu broo...

Kita lihat corak pemasangan tweeter pada lubang masuk walet agak sesak dengan tweeter.. dalam hal ini susun atur tweeter perlu diambilkira.. jumlah tweeter harus stabil antara kiri dan kanan sebagaimana gambar di atas. jika 5 di kiri makan 5 jugak di kanan. begitu juga dengan jenis tweeter yang digunakan juga seharusnya sama.

kedudukan tweeter yang sama akan memberi suasana suara yang seimbang. Dapat memudahkan walet focus kepada lubang masuk BH.

kalau anda ingin mencari tweeter untuk diletakkan di bahagian voids monkey house.. inilah saranan saif..

Jikalau anda mempunyai duit yang lebih.. tweeter ini perlu diletak disetiap penjuru dalam BH anda

kalau tak jumper tweeter yang atas yang ni pun boleh bro..sama jer keupayaannya..

tweeter ni lebih power sikit dari yang atas.. lokasinya adalah sesuai ditempatkan pada ruang-ruang antara bilik.. kalau BH anda banyak terdapat bilik..inilah tweeternya.

Piezo tweeter GT 1025
tweeter yang agak lama kemunculannya.... 6 tahun lepas Saif pernah melihatnya di dalam BH sahabat Saif.. emm juga memberangsangkan.. di mana letaknya? tengok di bawah..
Vega V253 tweeter
jika kayu plank dalam bh anda lebih dominan memanjang.. atau semuanya memanjang.. pemasangan tweeter ini sangat membantu.

Tp 1025 tweeter..
tengok walet dah pun mula bersarang..pelik juga tu..

water proof.... tweeter luar.. saif dah cuba... boleh laa... jika anda mampu.. cari yang lain..

pemasangan tweeter sebagai pembahagi ruang.. tweeter dipasang haruslah kemas!

tweeter dalam..

juga tweeter dalam namun ader yang menggunakannya  sebagai tweeter luar.. suara yang dikeluarkan tak akan sampai jauh punya..

tweeter yang juga popular digunakan di utara tanah air..

gabungan yang istimewa.. 2 jenis tweeter dalam yang agak meluas digunakan di Malaysia ni.. rata-rata BH yang saif masuk.. tweeter ni lah yang saif dapat tengok..

sesetengah pendapat mengatakan pemasangan tweeter sebegini memeningkan walet.. tapi ramai pulak yang mengikutnya..

tweeter yang mempunyai 2 kepala sambungan. tweeter dalam.. jangan dipasang kat luar pulak bro..

inilah yang dikatakan sistem para bola...amat berkesan.. saif juga menggunakannya.. kalu nak tahu.. sarang walet yang ke-4 saif dulu bermula di bahagian inilah... kira berkesan la tu...

wah semua tweeter dibuat sistem para bola?..banyak modal bro?.. dikatakan dan mengikut kajian teman saif.. tatacara pemasangan tweeter sebegini lebih berkesan dan menarik walet tidur dan bersarang lebih awal! wah dasyatnya... tak salah kalau anda mencubanya..

tweeter di pasang seharusnya tidak menganggu terbang walet.

pernah terfikir ker.. nak pasang perkara ni?..

comelnya...... dan power jugak..

pemasangan clip memudahkan penyambungan wayer..

clip penyambungan. ada clip barulah kemas bro..

conduser.... alamak betul ke tak ejaan ni....

Tak ader wayer ni tak berbunyilah tweeter demo tu bro... pilih lah wayer yang mempunyai dawai halus yang banyak. ia lebih baik.

Aper yang baik datang dari Allah dan yang lemah datang dari saifswiftlets jua... Dia Maha Kaya!

Sebarang pertanyaan anda.. zaZZ saifswift@yahoo.com terima kasih.

Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)