Monday, October 25, 2010

Segalanya tentang Burung Walet..

Assalamualaikum semua... sahabat Saif...
Bh yang dalam proses pembinaan.. 3 tingkat.. dengan 2 lubang masuk.. menarik..

Bh dengan 2 lubang masuk tadi telah pun siap.... cantik.... 2 lubang masuk tidak semestinya 1 ruang rooving room.. mungkin boleh dibina void terjun untuk 1 lubang khusus.. dikatakan BH tersebut buat masa ini telah pun mendatangkan hasil sehingga 2kg! syabasS!

Sebuah BH yang Gah di Kelantan Darul Naim... hasilnya? tak perlulah Saif katakan tengok je lubang masuk kita dah tahu apa di dalamnya... Allah Maha Kaya.

Gua Sang Walet....... kalau ia di belakang rumah Saif kan bagus... hari-hari boleh masuk dalam tu..

Kalau tak dapat yang tu.. yang ni pun kira amat-amat bertuah...!

hemmmm yang ni lagi hebat.... tak dapat ambo nak komen apa-apa tentangnya... wondeful!
Sebuah BH yang bersebelahan dengan pantai.... kenapa lubang walet tidak di halakan ke laut?...
sebab jika dihalakan ke laut suara walet akan dipantul semula oleh angin.. jadi sia-sia sahaja suara tadi. Jika BH anda berhampiran dengan pantai/laut seeloknya sistem lubang masuk tepi lebih baik.

Bila BH kita mempunyai keluasan yang maximum macam-macam boleh dicipta.... hebat dan menarik.

 Inilah anggapan orang yang cetek ilmu perwaletan.. sarang di atas adalah sarang burung layang-layang tanah/rumput.. yang bersarang di tempat yang terang seperti di bangunan-banguna dan di rumah-rumah lama.
bukan sahaja boleh mendatangkan sampah malah lebih teruk boleh mengakibatkan penyakit kepada kita jika ia tidak diatasi dengan baik pembiakannya.

Inilah dia super peal white.... cantikK..

 Sesetengah pengusaha walet mengatakan ini bukan sarang walet.. tetapi tapak walet/tempat tandanya walet tidur sebelum mendapat pasangan mereka.
Dulu dalam BH Saif pun terdapat banyak tempat/tanda walet muda tidur. Di pasaran harganya sangatlah rendah.

Keadaan sarang walet yang terdapat pada gua-gua alami.. harga di pasaran dikatakan lebih rendah dari sarang walet rumah kerana saiz dan rupanya tidak sempurna.

Sarang walet yang rosak akibat pengambilan sarang yang tidak berhati-hati.

Ader lubang masuk walet sampai bersaiz dengan pintu rumah kita... apa-apa pun walet sangat menyukainya..

Ada walet yang bertelur sampai 3 biji... benar atau tidak hanya Allah yang Mengetahuinya.. pernah terjadi tapi jarang-jarang kata P.Ramlee.

Dua beg yang sarat dengan sarang walet... nak jual atau seludup ni bro... tapi nampak macam tak berkualiti jer sarang ni..

Ilmu yang baik perlulah dikongsi bersama.. semoga kebaikan yang dikerjakan kita mendapat balasan yang baik dariNya yang Esa dan Maha Mengetahui lagi Mengasihani hambaNya.

Sebarang pertanyaan emailkan kepada saifswift@yahoo.com terima kasih.

Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

No comments:

Post a Comment