Monday, December 27, 2010

Everybody must be know..

Assalamualaikum...pembuka bicara...


Minggu lepas Saif ada berjumpa dengan seorang sahabat.. Beliau merupakan seorang guru.. beliau sangat berminat untuk memiliki sebuah BH.. kenapa sebuah je?.. beliau cakap kalau 1st berjaya.. tidak mustahil akan muncul yang kedua dan seterusnya... emmm bersemangat betul Saif mendengar cerita darinya.. seorang yang tegas mungkin di sekolah..juga sangat peramah dengan senyuman...

Menurut beliau lagi... hujung bulan depan beliau akan mengikuti satu seminar perladangan burung walet yang diadakan di Johor.."kejarlah ilmu sampai ke negara China"... setakat Johor apa lah sangat... jauh perjalanan luas pengalaman..dan jangan lupa bawa camera..kot2 boleh tangkap muat BH2 yang terserempak di sepanjang perjalanan nanti... boleh posting pada Saif..bolehlah sama-sama melihatnya..

Beliau menanyakan Saif.. jika kita mengikuti kursus atau seminar..apa yang kita akan dapat...
Pada Saif selain makan minum dan pensil/pen juga kertas A4 disediakan pihak penganjur kalau bernasib baik kita akan dibekalkan dengan suara walet percuma!...( mungkin sudah jarang yang menyediakannya) kita juga akan dapat buku2 garis panduan dari Jabatan2 tertentu jika mereka turut serta. Paling bertuah jika penganjur dapat menyediakan pakej lawatan ke senior BH yang berhampiran..(amat jarang sekali terjadi)..

Beliau hanya mengangguk-angguk kepala dan diam seketika... kemudian meminta nasihat Saif tentang persoalan yang biasa ditanya kepada penganjur/penceramah dalam sesebuah seminar.. Itulah kunci kejayaan kamu!... jika seseorang itu hanya berdiam diri apa yang beliau dapat? adakah berbaloi dengan ratusan ringgit yang dikenakan?...tak masuk akalkan... kecuali seminar kemahiran/bengkel yang ditunjukkan terus secara langsung untuk peserta peraktikkan/praktikal. Semua orang tahu..ilmu kemahiran itu amat tinggi nilainya..

Bagi sesiapa yang baru dan ingin mengikuti kursus/seminar..beberapa soalan boleh menjadi panduan untuk diajukan kepada penceramah kelak... ok di sini Saif sediakan beberapa soalan yang biasa ditanya ok..
JOm zaZZ..!

Umum..
1. Di manakah lokasi yang paling sesuai mengikut keutamaan bagi mendirikan BH? (hanya yang membuat kajian jer tahu) jangan ingat semua kawasan ok jer..
2. Jika saya mengikuti kursus ni apa yang saya akan dapat?...
3. Adakah Sijil yang dikeluarkan sebagai layaknya untuk permohonan lesen Bh saya kelak walau saya berlainan negeri?
4. Pada siapa yang harus saya menjual/pasaran sarang walet saya kelak?( tanya juga harga pasaran sekarang)
5. Kenapa ada walet yang meninggalkan sarang mereka..huhu...

Strategi..
1. Macam mana design yang paling sesuai untuk BH mengikut kajian penganjur..
2. Apa kelebihan monkey house/side wall/open roof/juga kelemahan antara mereka.
3. Tatacara penempatan LBM/ lubang utama walet masuk.
4. Teori saiz LBM/voids dan lmb antara bilik ke bilik( ciri-ciri vip room)
5. Saiz paling ideal sesebuah BH..(tinggi rendah dan sebagainya).
6. Tatacara penempatan tweerter/kebaikan dan keburukan.
7. Penggunaan atau jenis-jenis suara walet yang berkualiti.. terangkan juga perbezaan antara mereka mengikut keperluan.
8. Apa makna pulling sound?...
9. Mari kenal bunyi asas burung walet... macam mana dan bagaimana?.. (mengawan/stress/anak/meloloh/membuat sarang/walet remaja/bergaduh)
-kalau ada contoh lagi bagus!
10. Apa keperluan asas sesebuah BH bg mengekalkan suhu dan kelembapan yang stabil.
11. Boleh ke saya atau cara lain jika saya tidak mahu menggunakan sebarang peralatan elektronik bagi mengawal kestabilan alami walet/bh?
12. Syorkan jenis-jenis cara pemasangan nesting plank/tweeter yang berkesan..
13. Apakah petua-petua lain untuk menempah kejayaan BH di peringkat awal.. adakah aromanya atau peralatan atau kaedah atau designnya?..

Biologi...
1. Bila walet mula membiak? bagaimana ia mengawan?..di mana..dan bila..
2. Waktu walet mengambil masa mengeram dan menetas seterunya terbang..
3. Kenapa ada walet yang bertelur sampai 3 biji?..
4. cara mengenal jantina walet..selain dari melihat telurnya..
5. cara membuat makanan tambahan walet..
6.. Cara memikat walet yang berkesan.
7. Cara penyelenggaraan atau tambahbaikan BH yang baik
8. Cara pemprosesan sarang walet.... (sampai packing)
9. cara memikat walet di kala musim kemarau/angin/hujan..
10. berapa keupayaan walet membina sarang sepanjang hayat mereka..(umur hayatnya)
11. Jenis-jenis musuh walet/predator/manusia dan cara menanganinya..
12. ... Dan banyak lagi laa... bagi peluang pada yang lain pula untuk menanyakan soalan k...!
(ilmu walet xkan pernah habis..)



Beliau mengaru-garu kepalanya..pening2 katanya... apa-apa pun Saif sedia membantu beliau untuk membina sebuah BH bersaiz sederhana 20'x50x' dua tingkat.. Semoga anda berjaya... aminn

Anda ada sebarang masalah... atau cadangan/kongsi pengalaman/cerita.. sila-silakan..

Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Tuesday, December 21, 2010

This almost swift time...

more..more and more...

kecil-kecil cili api... pedass!

open roof..


more..more cristal..

gaya pemasangan plank dan sidewall yang menarik.. emm tiru jer..

adakah Bh anda sebegini?..

Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

all about swift...

All about swiftlets..zazzZZ!















sekadar hiasan..

aii..macam saif punya jer..


kalau berduit buatlah cara macam ni...

vip room..(tambahan)

Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Monday, December 20, 2010

Everything must be smart...

Good day... and assalamualaikum semua sahabat... juga taukey-taukey walet..Semoga kita semua tidak pernah alpa dan lalai akan kesenangan yang kita perolehi sehingga ke hari ini..Bersama Saif hari ini bercerita tentang kekemasan dan susun atur apa-apa perkara/peralatan yang ada di sebalik pintu kebal rumah gelap anda... 2 hari lepas Saif telah pergi melawat sebuah rumah walet yang sangat produktif dengan sarang waletnya.. sayang sekali sebarang gambar tidak mendapat kebenaran dari empunya tuannya.. untuk keselamatan katanya..(sebab pernah dulu dibolosi pencuri profesional) mungkin benar juga kata beliau.. "semoga pisang tidak berbuah 2x". Ok Saif ingin kongsi cerita/pengalaman apa yang Saif tengok dan perhatikan dalam Bh beliau...Bermulanya dengan melepasi 4 pintu kebal terdapat 1 ruang operation.. di sini terletaknya segala wayar..dan peralatan yang menjadi sebagai nadi pengerak utama suara di siang dan malam hari Bh beliau.. (sekarang dah tak pakai sound lagi) yang menariknya terdapat juga sebuah peti sejuk!... bila dahaga.. buka jer peti tu katanya.. menarik..jarang sangat Bh yang macam ni.. Perjalanan diteruskan.. bila buka sahaja pintu terakhir gua tu.. terdengar suara sayu mendayu-dayu bersahut-sahutan(nyek-nyekkk) tidak putus-putus.. dituruti juga dengan suara walet remaja (krekk tek-tekkk) yang bermain-main di dalam salah satu ruang Bh beliau.. keadaan cahaya hasil dari lubang piping berbentu L yang samar-samar gelap itu juga ditambahkan lagi dengan cahaya sepasang lampu suluh sebagai panduan Saif menyusuri di segenap ruang dan tingkat Bh beliau. Melihat sahaja plank kayu yang seakan penuh dengan mangkuk-mangkuk kecil begitu di segenap tempat mungkin sahaja boleh diagak jumlah walet yang menghuni Bh beliau..seribu mungkin?.. entah tak pernah dibilang katanya... Begitulah bermula dari 5minit sampailah ke satu jam Saif berada di dalam tu... kelemasan juga Saif dengan baun najis walet fresh dibuatnya... apa yang penting beliau telah pun berjaya.. dan Bh ini telah memberi senyuman yang menawan untuk keluarganya.. kita bila lagi?.... sabar dan selalulah berusaha..Sesungguhnya Allah sentiasa bersama mereka yang bersabar dan tidak pernah berputus asa.

Pastikan peralatan setiasa berada dalam keadaan simple dan kemas..

Secara umumnya bolehlah diberi kesimpulan bahawa beliau terlalu sibuk dan tak ada masa untuk mengurus Bh beliau sewajarnya.. Jadi seperti kita yang tidak beberapa sibuk ini..ambillah satu masa untuk mengemas apa yang patut agar Bh kita lebih bersih dan kemas selain memberi ketenangan kepada mata yang memandang..juga sebagai memudahkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan berkala kelak.. Jangan sampai lantai Bh ditenggelami dengan najis-najis walet...kerana ia boleh mengundang pelbagai hama dan penyakit.. ok nak cerita panjang lebar pun xguna ni.... semoga kita semua mendapat sedikit iktibar dan pedoman..kalau nak lebih-lebih hadirlah seminar juga bengkel yang dianjurkan....JOm zaZZ!...

My son sais... my soul..my dream..my generation...

Sebarang permasalahan dan cadangan boleh ajukan kepada kami :

Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Wednesday, December 15, 2010

Ambil peluang semasa musim walet membiak..

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia... bersyukur kerana kita dilahirkan di negara yang aman sejahtera ini... antara bulan Disember-Febuari adalah merupakan bulan musim walet membiak.. rata-rata walet remaja yang mempunyai pasangan akan memilih/mencari tempat untuk mereka membina koloni mereka sendiri bermula dengan 2(mereka) hinggalah beratus ekor koloni mereka..
Jadi bagi mereka yang peka kepada alam pembiakan walet ini sudah tentu akan mengambil peluang yang baik ini untuk membuat apa sahaja supaya Bh yang mereka bina mendapat tetamu(walet) istimewa ini..
ada antara perkara yang mereka lakukan seperti dengan membina BH baru..mengubah suara.. menambah papan sisip dan lubang masuk walet..dan ada yang menambah bilik nesting. Di sini Saif ada posting sebuah Bh yang tidak asing lagi di Bandar Kota Bharu yang telah mengambil langkah mengubah lubang masuk walet menjadi lebih selesa/besar.. pada musim yang dianggap terjadi hanya 2x dalam setahun ini..
Jom zaZZ!

seperti gambaran lama(posting terdahulu)..pintu masuk masih kecil..

sekarang pintu masuk walet semakin memanjang..

jelas kelihatan empunya pemilik Bh ini telah mengambil peluang yang sewajarnya.. hasilnya?...
lihatlah hari ini walet begitu selesa dan ramai bermain-main di lubang masuk..syabas!

sebarang masalah dan pandangan/komen hantarkan:
Phone : 0179046560
-Kami sedia membantu-
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Tuesday, December 14, 2010

Segalanya telah mereka cuba....

Menarik bila sahabat bertanyakan pelbagai soalan... kadang-kadang soalan tak masuk dek akal pun ader..
Semuanya tentang walet..sarang walet...dan bangunan walet...
Jika BH kita telah pun dihuni walet..eloklah bersabar seketika untuk menunggu hasilnya..
sabarkan separuh dari Iman.. Allah sentiasa bersama dengan mereka yang bersabar... tapi sampai bila harus bersabar?.. setahun.. atau 3 tahun? tapi jika BH dah pun perolehi hasil 1-2kg setiap bulan apa yang menjadi permasalahan lagi... Kita tidak perlu tamak..sebaliknya harus bersyukur...ada yang memiliki BH hampir selama 5 tahun tapi masih berusaha untuk memulihnya walaupun pelbagai cara telah dilakukan.. namun jangan berputus asa..InsyAllah semuanya akan berjaya juga. Jom zaZZ sambil melihat beberapa sarang walet yang istimewa ini..

super white...

adakah sarang walet ini asli alami?..



"kita bekerja untuk manusai"....


alahai cutenya dia....



oh..ni bukan walet..... tapi seekor ikan keli gergasi..


Sebarang permasalahan dan komen hantarkan kepada kami.
Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Rumah Walet sekitar Pekan Pasir Mas..

Salam satu Malaysia kepada semua..
Jom lihat beberapa Bh yang telah lama bertapak di Pekan Pasir Mas Kelantan... memang menarik.




bermula di di sini..... lama-lama di sana sini.. semua tempat senang je untuk kita melihatnya..






Sebarang masalah dan komen hantarkan kepada kami...
Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)