Tuesday, January 11, 2011

Start your day with a smiLe!

Assalamualaikum..
Mulakan hari anda dengan senyuman..tetapi kalau Bh yang dibina tak juga dimasuki walet.. macam mana nak tersenyum bro?.. lagi berkerut-kedut di dahi adalah dibuatnya.. itu adalah soalan atau pertanyaan yang biasa dilemparkan/kita dengari.. biasalah.. munusia bro memang lemah.. mudah berputus asa.. entahlah Saif pun kurang mengerti.. apa-apa pun sesiapa yang berputus asa  tak payahlah nak ceburi-ceburi bidang perladangan walet ni.. buang karak je.. tepuk dada tanya otak k.. sebenarnya apa yang kita mahu atau lakukan mestilah betul-betul dilakukan dengan serius.. jangan main-main.. apa yang telah dilaburkan/dikeluarkan/diperaktikkan haruslah mendapat pulangan/ganjaran yang setimpal sebagaimana apa yang dicita-citakan selama ini biar tercapai... huh walet untuk semua! cakap banyak pun tak guna..  JOm zaZZ...


Rumah walet 3tingkat.. design yang biasa dibuat untuk rumah walet.

segala yang dicipta adalah ada munasabahnya ada makna tersurat dan tersiratnya.. hanya sesetengah mereka yang memahaminya.

Lubang masuk walet telah diperkecilkan.. mungkin sasaran 100sarang telahpun dicapai..

semakin tinggi keadaan lantai dari bumbungnya semakin baik pengudaraan dalam sesebuah BH.


mereka telah pun tersenyum... kita? adakah anda seperti ini hari ini?
mungkin suatu ketika dulu...

apa-apa pun all da best my friend!
tak tahu tanya beb!

Phone :0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Saturday, January 8, 2011

Permulaan 2011!

Sejarah Singkat.

Sejak ratusan tahun yang lalu, kekaisaran Cina mengetahui adanya sarang burung gua yang dapat memberikan manfaat kesihatan bagi mereka yang mengamalkan pemakanannya. Burung penghasil sarang yang dapat dimakan ini tidak lain adalah burung walet Aerodramus fuciphagus.

Di Benua Cina, sarang walet hanya diperoleh di Pulau Hainan, sebuah pulau kecil di Cina bahagian selatan. Kesukaran yang sangat tinggi menyebabkan harga sarang walet menjadi sangat mahal sehingga pada waktu itu hanya terbeli oleh keluarga Bangsawan. Itu pun masih tidak mencukupi. Kerana itu, Tanah Besar Cina mengutus para pedagang untuk mencari sarang walet dari daerah lain.

Dalam perjalanan ke selatan, para “utusan” kaisar itu menemukan bahawa sarang yang mereka cari terdapat di Sarawak dan Jawa. Di kedua daerah itu, sarang walet belum dimanfaatkan sebagai makanan. Terjadilah perdagangan sarang walet antara kerajaan di Jawa dan kekaisaran Cina seterusnya di Kepulauan Tanah Melayu.

Pentingnya Rumah walet

welcome back swift..


Permulaan yang baik untuk Bh ini.. di awal musim hujan.. semoga ia juga akan membawa tuah!

Bh yang baru(ubahsuai) diberi sentuhan baru agar tahun ini memberi kejayaan yang diharapkan..

Semoga apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan bersama.. ramai sudah berjaya.. ramai juga yang sudah memulakannya.. dan lagi ramai yang mula mempelajarinya... fikir-fikirkanlah...

Phone :0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Thursday, January 6, 2011

Cerita dari seberang..

Assalamualaikum..
sekadar pencetus idea..
Tingkat produksi burung walet sangat ditentukan oleh populasi walet di dalam gedung dan jumlah telur walet yang dapat ditetaskan menjadi burung walet. Kenyataan menunjukkan bahwa tidak semua telur walet dapat dimanfaatkan untuk menunjang peningkatan populasi walet sekaligus peningkatan produksi. Hal ini kerana keterbatasan sarana untuk meneteskan telur waletnya yang jumlahnya berlebihan. Terjadinya kelebihan telur walet ini sering dijumpai pada saat peternak melakukan `panen buang telur', yaitu sarang walet yang ada harus dipanen sehingga telurnya terpaksa harus dibuang. Panen dengan cara ini harus dilakukan untuk mendapatkan hasil sarang burung bermutu super yang warnanya putih bersih dan tidak tercemari oleh bulu maupun kotoran. Penggunaan cara `panen tetasan' tujuannya untuk memperbanyak populasi terlebih dahulu meskipun hasil sarang walet yang diperoleh bermutu jelek dan warnanya tidak putih lagi karena bercampur dengan bulu dan kotoran, serta harganya rendah. Oleh karena itu, perlu dipikirkan alat tetas telur walet tepat guna selain bisa digunakan untuk menetaskan telur walet, juga dapat dipakai untuk menyimpan telur walet agar mutunya tidak merosot selama harus menunggu tersedianya sarang seriti serta berguna untuk melihat manakah di antara telur-telur walet tersebut yang layak tetas.

Tujuan dari kegiatan ini ialah merancang dan membuat alat tetas walet tepat guna, selain dapat digunakan untuk menetaskan telur walet, juga dilengkapi dengan alat penyimpan telur walet sehingga dapat digunakan untuk menyimpan telur walet selama dalam perjalanan, serta ada kotak sorotnya untuk menentukan apakah layak tetas atau tidak. Hasil dari kegiatan ialah mesin tetas telur walet dengan kapasitas kurang lebih 400 butir telur, yang dioperasikan dengan tenaga aki atau elektrik, dilengkapi dengan kotak penyimpanan telur untuk melindungi telur selama perjalanan jauh. Pemanfaatan mesin tetas telur walet dapat mempercepat penambahan populasi burung walet di dalam gedung lebih banyak 50% dibandingkan dengan cara konvensional yang tetasannya bergantung pada burung walet itu sendiri..
(bila dah tamak macam ni la jadinya).. apa-apa pun teknologi harus dimaafaatkan sepenuhnya..
negara kita bila lagi??


segalanya tentang walet!

Phone : 0139889009
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Wednesday, January 5, 2011

Kongsi cerita dulu-dulu..

Assalamualaikum.. cantikkan Bh di atas...

Jom imbas kembali perbualan rakan-rakan seperjuangan Saif..mengenai hal-hal berkaitan walet..zaZZ!
Ragam suara walet
Test Lokasi : Suara ini adalah campuran pelbagai jenis suara burung layang-layang dan walit untuk mengetahui apakah tempat itu ada burung walit atau tidak. Dari segi susunan bunyi tidak diperhatikah sangat kerna tujuan adalah nak tahu ada burung atau tidak. Sekiranya kawasan tuh dah ada RBW.. test location jadi kurang penting.

Suara Dalam : Suara Dalam adalah merujuk suara yang dimainkan dalam RBW. Bunyi ini boleh terdiri daripada beberapa jenis bunyi atau hanya satu jenis sahaja.

Suara Anak : Jenis suara ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat
i, Baby Sound
ii, Kid Sound
iii, Young Walet Sound
Camner dia punya bunyi.. cit..citt..cit..cittttt pooorah.. hehe..

Suara Berahi : Yahh.. itu suaranya yang ngerang².. suara ini suara walit betina

Suara Koloni : Suara ini adalah rakaman langsung dalam RBW yang telah penuh.. lebih kurang cam suara kat pasar ikan.

Suara Panggil : Suara ini juga di sebut suara luar dan merupakan gabungan suara walit

Pada pandangan kita, suatu suara itu berkualiti apabila berjaya menarik banyak burung walit. Perkara ini sangat subjektif.
Sekiranya walit tak masuk ke dalam RBW itu memberikan petunjuk RBW masih ada masalah yang perlu ditangani dan semasa menyediakan RBW.. pastikan jangan benarkan walit masuk meninjau melainkan RBW benar² ready untuk Majlis Pembukaan..selagi belum suksess pertanyaan demi pertanyaan pasti akan dilontar.. bila dah suksess mula ler lupa keng kawan lama di alam siber nih. Sebab tuh dari sekarang sediakan jaringan (Network) agar ada tempat mengadu di kala senang dan susah. Kengkadang lupa.. yer yer kita memang mudah lupa, melayu mudah lupa.. (Tun Dr. Mahathir Mohamad) Nasib baik ada ******* tukang ingatkan kiter.
Satu perkara yang kita selalu lupa dan kengkadang buat² lupa kerna kita terlalu fokus kepada sarangnya sahaja. Maka kita lupa kitaran hidup sang burung walit. Sebagaimana wujudnya 4 musim (panas, sejuk, luruh, bunga) cam tuh juga ler sang walit. Bila musim bertelur.. maka pasangan walit akan bekerjasama membina sarang untuk kelangsungan generasi walit berikutnya. Apabila sudah menetes.. mana mungkin pasangan walitnya mau buat sarang lagik. Nie masa untuk membesarkan anak nya sang walit

Kadang2 sy lihat jawapan dari ***** pun berbentuk perli saja, sebab soalannya pun seolah2 membenarkan beliau menjawab sedemikian. Sy lihat penglibatan dari peminat2 walit dlm amat menggalakkan sekali sekarang ini, tak macam dulu sampai lebih 2 bln tak ada sapa pun masuk. Tuan2 tahu tak segala interaction kita dlm forum ini adalah ilmu yg berharga. A to Z tentang walit ni semuanya berada di tangan pengusaha2 Cina, tapi mereka takkan nak beritahu kita percuma, sebab perinsip hidup mereka adalah antara lainnya, there is no such thing as free lunch. Jgn marah kalau ada yg tersenggong, mungkin tak 100% begitu, ada juga yg murah hati. Sy hairan sepatutnya jabatan kerajaan yg berkenaanlah yg semesti mempunyai kepakaran khusus dari A - Z mengenai walit ini, tapi sayang seribu kali sayang, ditelan pahit dibuang sayang (ini senikata lagu, jgn marah).

Jadi oleh itu kita kena terus bertanya & sy pun ada soalan juga, sy akan nyatakan dipenghujungnya nanti.

Pd sy sebagai seorg Muslim, ilmu adalah milik Allah. Sekiranya org yg bertanya itu ikhlas ingin tahu & jawapannya kebutulan ada pd kita, apalah salahnya diberitahu, mudah2an Allah akan balas pula dgn lebih banyak kebaikan & ganjaran kpd kita, Insya Allah.

Sy nak kongsi sikit pengalaman yg ada pd sy selama sy berkecimpung dlm bidang ini. Pd dasarnya, tambahan pula kita yg berugama Islam ni, segala sesuatu yg kita usahakan di bumi Allah ini hendaklah kita buat dengan penuh sabar, sebab SABAR ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN (tuan2 kena percaya dgn ungkapan ini, kerana ia terdapat di dlm Kitab Suci Al-Quran). Di dlm industri walit ni pula khususnya, sy merasakan bahawa tuntutan kesabaran itu hendaklah kita tambah berganda2 jika dibandingkan dgn kesabaran kita dlm ternakan kambing atau pun lembu yg juga menuntut kita bersabar sebelum berjaya sepenuhnya. Sebab burung walit ni, kalau dia nak start jadikan BH kita ni sebagai permanent home mereka, ia mengambil masa yg agak lama, walau pun mereka dah banyak kali buat window shopping. Seterusnya apabila mereka dah registered sebagai permanent occupant pd BH kita, tak ada undang2 di dunia ni yg boleh menghalang mereka utk migrate ke tempat lain apabila mereka dah tak suka di atas pelbagai sebab.

Kalaulah walit dlm BH kita ada katakan, 100 ekor, sy rasa yg dah berkahwin tu mungkin sekitar 20-30 pasang saja, sebab yg lain tu masih bujang atau belum baligh lagi, alah macam kita juga, kekadang dik kerana sebok dgn carrier sampai 45 thn baru nak kawin pun ada. Baru2 ni sy berbual dgn seorg pelakun lelaki drama TV Gerak Khas, umur dia dah 43 thn tapi masih bujang. Dia kata nak cari perempuan senang, tapi nak cari isteri susah sikit (macam2 alasan). Ada pulak tu 11 thn dah kawin, umur 12 thn laki dia (org kaya) lantik jadi GM syarikat dia sendiri. Kisah ni berlaku kat Indon masuk paper baru2 ni atas tajuk GM yg paling muda di Indonesia.

Sy perhatikan apabila walit betina bertelur (walit bertelur 1 atau 2 biji sahaja & setakat ini belum lagi jumpa yg lebih dari empat) ia mengambil masa lebih-kurang 25-28 hari utk menetas Selepas menetas, anak walit tu mengambil masa lebih-kurang 40-50 hari utk terbang utk cari makan sendiri secara full time & lepas tu barulah kita boleh ambil sarangnya. Yg cantiknya tuan2, anak walit yg kecil ni kepalanya akan mengadap keluar supaya senang emaknya dtg bagi makan. Bila dan besar sikit & dah mula berak, dia akan mengalihkan ponggongnya keluar supaya apabila berak tahinya tidak sikit pun akan kena pd sarang. Kerena kelakuannya sebeginilah maka walit ini dipanggil toilet-trained bird. Tak macam burung lain, main bedal saja. Kalau ada org2 awam yg marah akan BH kita dgn mengatakan walit kat BH kita kotor & berak merata2, inilah hujahnya. Walit ni macam org juga. Cuba tanya org yg menuduh walit ni pengotor, dia kat rumah berak atas tilam ke atau kat tandas? Kalau dia kata atas tilam, jgn tunggu lama, panggil ambulance, & terus hantar dia sama ada ke Tampoi atau Tanjung Rambutan (tengok mana yg dekat) sebab dia ni confirmed gila.

Mengikut apa yg pernah sy baca, sepasang walit akan bertelur 4X setahun. Mungkin ada kebenarannya statement ini, terutamanya walit yg jenis sex maniac (alah macam kita juga sebulan lepas pantang bini dah berisi lagi).
Berdasarkan catatan di atas, utk mendptkan 1 kg setiap bln, sy rasa kena ada lebih kurang
600-800 ekor walit. 1 kg memerlukan antara 120-140 sarang, ikut saiz. Agaknya berapa lama pulak nak dptkan walit sebanyak itu menghuni BH kita? Mungkin 3 ½ thn . Kalau ada kawan2 yg dah panen 1-2 kg sebln sebelum jangka-masa itu tolong kongsi bersama. Sy pun nak tahu sangat rahsianya. Terkecualilah kalau BH itu terletak di lubok walit, contohnya di tepi laut atau sungai. Tapi tak semestinya juga tepi laut atau sungai ada banyak walit.
Satu lagi mengenai sarang burung walit ini, yg terbaik ialah sarang yg kat tengah2 nesting planks. Yg ini memang boleh dpt harga yg baik. Yg banyak, terutamanya di peringkat permulaan ialah di sudud. Sebab kerja membuatnya pun senang sikit. Walit ni pun pandai. Silap2 ada yg lebih pandai sikit dari manusia.

Jadi oleh kerana masa yg di ambil utk mendptkan hasil yg memuaskan agak lama, maka pengusaha2 atau pun penternak2 walit khususnya dikalangan org Islam kena banyak2 bersabar. Disamping itu kena banyak berdoa & banyakkan solat2 sunat, terutamanya solat sunat Dhuha. Maksud doa yg kita baca selepas selesai solat sunat Dhuha ialah antara lainnya berbunyi begini,.. Ya Allah, jika rezqiku masih di atas langit, turunkanlah, jika di dlm bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkahlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh, dekatkanlah, jika dekat, permudahkanlah. Kan cantik doa tu. Kalau tiap2 hari kita amalkan solat sunat Dhuha ini & berdoa sekali, Insya Allah, pasti akan di maqbulkan Allah.

Jadi sy harap sahabat, kena banyak bersabar. Nak tanya sikit, you all selalu masuk dlm BH ke? Kalau dpt di peringkat awal ni jgn masuk dulu. Sy dulu dlm masa 2 bln langsung tak dibenarkan masuk. Walit ni tak suka bau benda2 asing. Macam kita juga kalau tercium bau khinzir amacam? Terkecualilah BH yg dah lama  dan yg penghuninya pun dah beribu2. Masa tu kita nak panggil SRK shooting film Hati Mere Sathi versi baru kat dlm BH pun tak masaalah.
Ok, sy rasa cukup setakat ini dulu. Kalau ada apa2 komen, silakan, asalkan jgn belasah sy (kot2 ada yg tersalah cakap) cukup. Kalau ada apa2 kesalahan atau gurauan yg menyenggong perasaan, mohon maaf. Hidup di dunia ni kalau berterusan serious, tak berapa menarik kan? Akhir qalam, kalau ada di kalangan tuan2 yg nak berangkat ke Tanah Suci tak lama lagi saya ucapkan selamat menunaikan fardhu haji, Rukun Islam yg ke 5 & sy doakan supaya anda semua mendapat haji yg mabrur, Insya Allah. Mintak tolong doakan kami semua ni (di tempat2 yg mustajab doa) yg telah lama bersabarr menunggu, agar dikurniakan Allah rezqi yg melimpah ruah agar kami semua (mana yg belum buat haji lagilah) pun akan dpt menunaikan Rukun Islam yg ke 5 ini, di sama akan dtg Insya Allah.

(Antara perbualan sahabat-sahabat)
semoga kita tak akan alpa akan kesenangan yang dikurniakan selama ini olehNya...

saifswift@yahoo.com
Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Monday, January 3, 2011

Pertanyaan dari sahabat..

waalaikumussalam..
"semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi.. sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian."
Permulaan tahun 2011 Saif telah terima banyak email dari sahabat yang menanyakan/berkongsi masalah dan maklumat tentang perkembangan Bh masing-masing..macam-macam.. dan salah satunya Saif ingin berkongsi dengan anda semua..segala identiti dirahsiakan..Jom zaZZ!

Asalamualaikum sdr saif
-salam-

Salam perkenalan, sy ****** dr ***** sangat2 berminat tentang wallet setelah membaca dr blog sdr. Utk pengetahuan saif, umah wallet sy sedang dlm pembinaan/pengubahsuaian terletak di atas loteng umah lebih kurang 70% hampir siap. Hanya menunggu utk pasang plank sj.
-Taniah anda telah membuat pilihan yang tepat..syabas!
Awas pastikan tiada kebocoran pada lantai.. water proofing!

Soalan sy:/JAWAPAN

1) apakah loteng boleh di jadikan tmpat tinggal wallet (20’ x 40’)
-boleh saja jika syarat ketinggian minimum mencukupi (6' ke atas) lagi tinggi wuwungnya lagi baik. kalau nak hurai kenapa.. esok pun xkan habis...

2) kotak sabun/rumah monyet (lebar 5’ x panjang 5’ x tinggi 5’)
-boleh saja. jika saiznya kecil maka walet akan terus terjun ke dalam Bh. Tapi jika monkey house besar(10'x15') ia boleh dijadikan ruangan roving room untuk walet. kecil besar sebenarnya tiada masalah. mengikut kajian..walet muda lebih menyukai pada Bh yang punyai Monkey House yang besar.. lagi besar lagi bagus!( pastikan jangan ada kepanasan yang melampau padanya)

3) buka lubang masuk (2’ x 2’)
-untuk permulaan(Bh baru) eloklah diperbesarkan(2'x3').. atau lagi besar..tetapi awas dengan musuh-musuh walet seperti burung hantu dan sebagainya. Bila sarang walet sudah mencapai 100 sarang ke atas maka perkecilkanlah (1'x2') sahaja secara beransur-ansur.
(gambar hiasan)
4) guna bahan apa utk mencuci/membersihkan BH sy setelah siap di bina
-boleh digunakan air tanah untuk menghilangkan bauan simen. hanya untuk dinding sahaja jangan sampai terkena plank kayu./dan banyak lagi cara yang boleh dilakukan.-nak terang kat sini... penat wehh..

5) bagaiman utk menarik lebih banyak wallet inap di umah sy tu
-terlalu banyak rahsianya.. hubungi saif jika perlukan bantuan. selain itu penggunaan tweeter original akan membantu. pemilihan jenis suara juga memainkan peranan yang penting!( SST menyediakan suara yang terbukti berkesan).-pembekal tweeter inap terbaik di Pantai Timur.( teknik pemasangan tweeter amat mustahak)- dalam masa 4-5 bulan walet mungkin sudah bersarang.

6) berapa kali seminggu utk naik ke loteng bg melihat samada wallet akan buat sarang (x cukup modal nak beli camera tertutup)
-x perlu naik selagi tweeter masih berfungsi. jika ada masalah cukuplah sekadar 1 bulan sekali. Bh yang baru jangan masuk selalu!
sekadar hiasan
7) adakah dgn menyapu najis wallet ke plank akan menarik wallet bersarang
-Tidak sama sekali sebaliknya akan merosakkan plank! ada pelbagai teknik penggunaan najis yang berkesan..hubungi saif jika perlukan bantuan. kenapa perlukan najis?..

sy mohon ilmu yg ada pd sdr saif di kongsi demi memertabatkan ekonomi keluarga sy cetek dlm bidang ini.
"ilmu boleh dicari/dibeli tetapi hati yang murni sukar ditemui"

moga Allah membalas jasa baik sdr saif.

-Terima Kasih-
terima kasih banyak2

ikhlas dr
 (**********)
Saif
(Pengarah Urusan Saifswift Trading)/SST

saifswift@yahoo.com
Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year 2011!

Assalamualaikum dan selamat menyambut tahun baru 2011.. semoga dengan kehadiran tahun baru akan memeriahkan lagi kehidupan sehari-harian kita semua.. tingkatkanlah usaha dan amal kita kepadaNya.. apa yang tidak diperolehi di tahun 2010 agar dimakbulkanNya di tahun ini..aminn. Jom  zaZZ!

satu panorama yang cukup indah.. deretan bangunan Bh sedia menanti kepulangan walet ke sarang.

inilah yang dikatakan sentral walet.. bila pintu masuk walet berhampiran dan bertentangan antara satu sama lain. ( sound mesti power maa)..

kita berjiran..

sebuah Bh yang baru beroperasi... ( enam tingkat)..

Pemasangan kayu plank yang berkulapok.. anda menempah kegagalan..

kedudukan pintu masuk walet..juga memerlukan teknik yang betul.

Kalau bela ikan keli kan best di kolam tu.. bila masa terluang pancing jer..

rata-rata di perkampungan Indonesia variasi pintu masuknya macam ni lah... ( teknik tetasan anak telur)

sebuah Bh yang simple..

pembinaan Bh yang keseluruhan cara ikat 9'.. memerlukan modal yang tinggi... bangunan akan nampak lebih kuat dan kukuh.. "tepuk dada tanyalah hati"..

Mereka telah berjaya.. kita bila lagi?... jadikan tahun baru sebagai titik permulaan hidup baru anda..
"Manusia tidak akan berubah..kecuali mereka yang berubah".

Terima kasih kepada mereka yang menghubungi kami.

Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

Monday, December 27, 2010

Everybody must be know..

Assalamualaikum...pembuka bicara...


Minggu lepas Saif ada berjumpa dengan seorang sahabat.. Beliau merupakan seorang guru.. beliau sangat berminat untuk memiliki sebuah BH.. kenapa sebuah je?.. beliau cakap kalau 1st berjaya.. tidak mustahil akan muncul yang kedua dan seterusnya... emmm bersemangat betul Saif mendengar cerita darinya.. seorang yang tegas mungkin di sekolah..juga sangat peramah dengan senyuman...

Menurut beliau lagi... hujung bulan depan beliau akan mengikuti satu seminar perladangan burung walet yang diadakan di Johor.."kejarlah ilmu sampai ke negara China"... setakat Johor apa lah sangat... jauh perjalanan luas pengalaman..dan jangan lupa bawa camera..kot2 boleh tangkap muat BH2 yang terserempak di sepanjang perjalanan nanti... boleh posting pada Saif..bolehlah sama-sama melihatnya..

Beliau menanyakan Saif.. jika kita mengikuti kursus atau seminar..apa yang kita akan dapat...
Pada Saif selain makan minum dan pensil/pen juga kertas A4 disediakan pihak penganjur kalau bernasib baik kita akan dibekalkan dengan suara walet percuma!...( mungkin sudah jarang yang menyediakannya) kita juga akan dapat buku2 garis panduan dari Jabatan2 tertentu jika mereka turut serta. Paling bertuah jika penganjur dapat menyediakan pakej lawatan ke senior BH yang berhampiran..(amat jarang sekali terjadi)..

Beliau hanya mengangguk-angguk kepala dan diam seketika... kemudian meminta nasihat Saif tentang persoalan yang biasa ditanya kepada penganjur/penceramah dalam sesebuah seminar.. Itulah kunci kejayaan kamu!... jika seseorang itu hanya berdiam diri apa yang beliau dapat? adakah berbaloi dengan ratusan ringgit yang dikenakan?...tak masuk akalkan... kecuali seminar kemahiran/bengkel yang ditunjukkan terus secara langsung untuk peserta peraktikkan/praktikal. Semua orang tahu..ilmu kemahiran itu amat tinggi nilainya..

Bagi sesiapa yang baru dan ingin mengikuti kursus/seminar..beberapa soalan boleh menjadi panduan untuk diajukan kepada penceramah kelak... ok di sini Saif sediakan beberapa soalan yang biasa ditanya ok..
JOm zaZZ..!

Umum..
1. Di manakah lokasi yang paling sesuai mengikut keutamaan bagi mendirikan BH? (hanya yang membuat kajian jer tahu) jangan ingat semua kawasan ok jer..
2. Jika saya mengikuti kursus ni apa yang saya akan dapat?...
3. Adakah Sijil yang dikeluarkan sebagai layaknya untuk permohonan lesen Bh saya kelak walau saya berlainan negeri?
4. Pada siapa yang harus saya menjual/pasaran sarang walet saya kelak?( tanya juga harga pasaran sekarang)
5. Kenapa ada walet yang meninggalkan sarang mereka..huhu...

Strategi..
1. Macam mana design yang paling sesuai untuk BH mengikut kajian penganjur..
2. Apa kelebihan monkey house/side wall/open roof/juga kelemahan antara mereka.
3. Tatacara penempatan LBM/ lubang utama walet masuk.
4. Teori saiz LBM/voids dan lmb antara bilik ke bilik( ciri-ciri vip room)
5. Saiz paling ideal sesebuah BH..(tinggi rendah dan sebagainya).
6. Tatacara penempatan tweerter/kebaikan dan keburukan.
7. Penggunaan atau jenis-jenis suara walet yang berkualiti.. terangkan juga perbezaan antara mereka mengikut keperluan.
8. Apa makna pulling sound?...
9. Mari kenal bunyi asas burung walet... macam mana dan bagaimana?.. (mengawan/stress/anak/meloloh/membuat sarang/walet remaja/bergaduh)
-kalau ada contoh lagi bagus!
10. Apa keperluan asas sesebuah BH bg mengekalkan suhu dan kelembapan yang stabil.
11. Boleh ke saya atau cara lain jika saya tidak mahu menggunakan sebarang peralatan elektronik bagi mengawal kestabilan alami walet/bh?
12. Syorkan jenis-jenis cara pemasangan nesting plank/tweeter yang berkesan..
13. Apakah petua-petua lain untuk menempah kejayaan BH di peringkat awal.. adakah aromanya atau peralatan atau kaedah atau designnya?..

Biologi...
1. Bila walet mula membiak? bagaimana ia mengawan?..di mana..dan bila..
2. Waktu walet mengambil masa mengeram dan menetas seterunya terbang..
3. Kenapa ada walet yang bertelur sampai 3 biji?..
4. cara mengenal jantina walet..selain dari melihat telurnya..
5. cara membuat makanan tambahan walet..
6.. Cara memikat walet yang berkesan.
7. Cara penyelenggaraan atau tambahbaikan BH yang baik
8. Cara pemprosesan sarang walet.... (sampai packing)
9. cara memikat walet di kala musim kemarau/angin/hujan..
10. berapa keupayaan walet membina sarang sepanjang hayat mereka..(umur hayatnya)
11. Jenis-jenis musuh walet/predator/manusia dan cara menanganinya..
12. ... Dan banyak lagi laa... bagi peluang pada yang lain pula untuk menanyakan soalan k...!
(ilmu walet xkan pernah habis..)



Beliau mengaru-garu kepalanya..pening2 katanya... apa-apa pun Saif sedia membantu beliau untuk membina sebuah BH bersaiz sederhana 20'x50x' dua tingkat.. Semoga anda berjaya... aminn

Anda ada sebarang masalah... atau cadangan/kongsi pengalaman/cerita.. sila-silakan..

Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)