Monday, May 21, 2012

Panduan dan Pedoman Memancing Sang Walet

Salah satu lokasi yang terbaik untuk didirikan rumah burung walet..kalau berkemampuan binalah ia secara berkelompok..dan jadilah ia sebagai central walet di kawasan anda.

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.. ilmu yang baik haruslah dikongsi bersama barulah ia dapat dimanafaatkan dan dihargai.. Ini adalah sebahagian tips dan pedoman mengenai suara burung walet dan panduan mengenai suara dalam koleksi SST..

Panduan penggunaan suara mengikut musim dan pakan.
Kebiasaannya burung wallet akan berkembang mengikut musim dan pakan di sesuatu kawasan. Perkembangan koloni dan tarikan pada sesuatu suara yang dimainkan pada sesebuah BH adalah berkait rapat dengan musim-musim tersebut. Pada umumnya musim yang dikaitkan dengan perkembangan wallet adalah terdiri dari 4 musim iaitu musim keluar sarang wallet muda/imigrasi(selepas hujan/musim angin), musim mengawan(awal musim hujan),musim bersarang (pertengahan musim hujan), dan akhir sekali musim rontok bulu(musim kemarau).
Peranan suara amat jelas memainkan peranan yang begitu penting sekali. Di pasaran/joko/toko terdapat begitu banyak sekali suara wallet namun anda gagal menentukan keberkesananya. Telah diketahui bahawa koloni wallet antara sesuatu kawasan dengan kawasan lain  adalah berbeza dan begitu juga dengan musim. Contohnya waktu musim hujan tidak sama diantara semenanjung Malaysia utara dengan timur dan begitu juga diantara barat dan utara.. Musim hujan di Thai dan Indonesia juga amat berbeza sekali dengan Malaysia.
Perkara yang perlu diambilkira dalam menentukan keberkesanan suara adalah dengan mengenal pasti  jenis-jenis kategori suara yang dimainkan. Secara normalnya suara terdiri dari suara anak/piyik, suara wallet remaja, wallet ibu,wallet jantan,koloni,wallet mengawan dan wallet bersarang. Namun terdapat juga suara keras wallet seperti suara wallet bergaduh dan juga wallet stress/ketakutan.
Panduan dan pedoman tatacara suara luaran SST-(berdasarkan pada ujian 3 negeri Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak).
Suara koloni  adalag seperti SST-mix2 dan juga Super Koloni Swift.(evergreen)
Suara wallet mengawan dan membina sarang seperti Black cloud.(awal musim hujan dan hujan)
Suara wallet remaja-Super Jerantut(musim angin)
Suara wallet bergaduh seperti Redzone test.(ujian lokasi)
Suara wallet induk jantan seperti Double dragon dan juga Ipoh mali/Taiping 1st(mengikut kesesuaian sesuatu tempat)-sila rujuk pada tatacara penggunaan suara yang benar.
Suara wallet remaja dan ibu seperti lain-lain suara yang tidak tersebut di atas(sila rujuk koleksi SST)
Manakala suara dalam adalah kategori yang agak sama iaitu suara yang lebih dominan terdiri dari suara anak piyik2 dan ibu. Semua kategori ini ada pada suara dalam koleksi kami dan yang paling popular adalah Baby Master ,Saif in dan Ipoh Mali in.
Tatacara penggunaankan suara yang benar/tepat.
Penggunaan  sesuatu suara akan berkesan setelah membuat kesimpulan sekurang-kurangnya 3 bulan pertama ini bersesuaian dengan perubahan tabiat wallet yang berlainan dalam 4 musim dalam setahun. Jadi jika hari ini dan bulan depan suara masih tidak mendapat sambutan atau tidak mampu menarik walet menginap bersabarlah sehingga bulan yang ke-3. Seterusnya pada bulan ke-3 masih belum menampakan keberkesanan suara itu maka eloklah ia ditukarkan.
Keberkesanan sesebuah juga suara tidak sama di antara sesebuah tempat. Ia mungkin juga bergantung kepada musim/pakan(monsun)  dan  membiak  walet. Jadi percubaan demi percubaan haruslah mengikut masa tertentu. Kehadiran wallet pada waktu pagi dan petang tidak boleh disimpulkan sesuatu jenis suara itu berkesan.Sebaliknya keberkesanan suara dapat dinilai ketika waktu senja dengan kemasukan walet ke dalam BH seterusnya menginap..disamping fakto2 lain seperti suhu dan kelembapan haruslah betul dan tiada gangguan musuh2 walet.
**Jangan sesekali memanggil walet sekiranya rumah walet anda belum benar-benar sedia/siap**
*sebagai islam perbanyakanlah zikir2 asma-hulhusna seperti ya mujid(maha pemberi) juga yaa wahab(maha mengabulkan) serta banyak lagi yang boleh diamalkan. Selaian berdoa dan bertawakkal anda juga harus bersabar..dan jangan sesekali meninggalkan solat dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa *
                Semua   suara SST telah terjual serta di uji dan telah mendapat hasil yang memuaskan di tempat-tempat sekitar Malaysia, Thailand dan juga Indonesia. Berkawanlah dengan mereka yang lebih berpengetahuan dalam bidang ini. InsyaAllah anda antara orang yang Berjaya kelak.
*Kualiti suara dapat diukur bergantung pada jenis audio system dan cara pemasangannya yang betul..tidak semestinya suara yang sama dimainkan dalam Bh yang berlaianan system audio akan kedengaran bunyi yang sama*
Akhir kata selamat maju jaya dalam industry ini dan walet adalah untuk semua..
“satu harapan sejuta sanjungan”
-saif swift-
Phone/sms : 0139889009
saifswift@yahoo.com
Swiftlets Training & Consultancy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)

No comments:

Post a Comment