Sunday, November 18, 2012

Sepintas lalu Rumah Walet Temerloh..

Assalamualaikum dan salam perwaletan..Baru-baru ini saif & team ada pergi melawat beberapa Bh sekitar di Pahang dan Terengganu. Selain pemantauan beberapa Bh disekitar Gua Musang dan Kuala Krai Kelantan. Jom lihat sebuah Bh yang berada di Temerloh Pahang. Setelah hampir 1jam penelitian dibuat pada Bh ini maka beberapa perkara/masalah asas telah dikenalpasti..

 Sebuah Bh yang sangat baik lokasinya..
 ukuran 20'x60'x2layer
 Bilik operation yang simple..
 sistem lubang terjun/junam/open roof
 voids..
keadaan dalaman

plank masih kosongg...

 suasanan yang luas dan tenang..
Taniah walau apa pun walet telah menginap dan sarang telah pun dibina mereka. Semoga perkongsian ilmu dan maklumat dapat menambahbaik bh ini di masa akan datang.

sebarang masalah tentang bh anda jangan malu jangan segan
hubungi kami 0139889009 / saifswift@yahoo.com dapatkan tawaran istimewa harga suara dan kelengkapan rumah walet di toko kami.

Wednesday, October 3, 2012

Rumah Walet Kos Kecil lagi Ekonomi..

Assalamualaikum dan salam perwaletan kepada yang melawati blog kami saifswiftlets.
Mengapa Rumah Walet ada  yang kecil dan ada yang besar?..ada yang mengatakan yang kecil walet xmau bersarang sedangkan yang besar dah 3tahun dibina namun sarangnya masih belum muncul?.. Segalanya ada jawapan jika kita seorang yang fahami apa keperluan burung walet dan apa kehendak manusia tentang burung walet. Keperluan asas sesebuah Bh adalah seperti tempat membiak yang selamat dan didorong oleh faktor persekitaran yang aman dan tenang. Manakala kehendak manusia adalah dengan menambahbaik darisegi keperluas asas burung walet tadi..namun harus diigat apa yang kita berikan kepada rumah walet itu tidak semestinya akan disukai walet..malah ada perkara yang tidak ada kaitan langsung dalam memberi atau menambahbaikan rumah walet anda..dan sebaliknya akan memberi kesan yang buruk kepadanya..Jom kita lihat sebuah Bh yang berkos kecil sekitar 8-12k untuk kita tengok Bh sebegini jugak mampu membuat walet menginap dan bersarang dengan aman dan tenang.namun tidak semua bh yang bertuah. Di luar sana lebih 70% rumah walet perlu dibaikpulih dan dikaji akan sebab kegagalan mereka memancing walet menginap dan sekaligus bersarang.. Allahu..

Sebuah Bh yang berukuran 8x15 kaki sahaja..

'sukan permotoran juga merupakan hobi yang baik' -sekadar hiasan

JIka Bh anda bermasalah.. hubungi kami:
Phone/sms 0139889009
swiftlets solution A-Z

Rumah Walet di Mukah Sarawak perlu dibaikpulih..

Sekilas tentang sebuah rumah walet di Mukah Sarawak.. Kebanyakan rumah walet kos sederhana di Sabah dan Sarawak dibina sebegini..Jom zomMM..
Di Mukah Sarawak ada Bh yang berjaya dan ada juga yang sebaliknya.. ini adalah lumrah yang biasa dilihat juga disemenanjung Malaysia. Kesesuaian suhu yang bagus dan benar juga bergantung kepada material asas yang digunakan. namun penambahbaikan harus ditambah jika ketepatan suhu dan kelembapan masih belum mencukupi.

Jika bh dikelilingi dengan pokok-pokok yang hampir ketinggiannya dengan bumbung Bh seeloknya laluan Pintu Masuk atau LBM diletakkan dengan tepat. seperti membinanya dengan design open roof.

Keadaan dalaman juga perlu diambilkira. susunatur tweeter dan pengalak harus benar dan jangan sampai ia menjadi kabur dan songsang..alunan suara yang dimainkan akan lebih senang memberikan keselesaan kepada sang walet.. suara hanya memacu walet masuk ke bh sebaliknya susunatur tweeter yang benar akan membantu ia bersarang dan membiak.

Ketinggian antara lantai juga akan mempengaruhi suhu di sekitarnya.

sesekat juga boleh mengurangkan keadaan cerah dalam bh..jika bh kecil maka xperlulah kita membinanya kerana ia akan mengurangkan keselesaan walet

mungkin sarang palsu akan membantu walet mula bersarang..namun jika walet pon tiada menginap macam mana ia mahu bersarang..

lokasi voids perlu tepat..

Keadaan pandangan belakang rumah walet tersebut..
sebolehnya..jangan menyimpan timbunan kayu dan benda-benda usang kerana ia boleh mengundang sang pemangsa walet.

pandangan sisi... kos mungkin sekitar 20-30k.. berusahalah..sesungguyNya Allah Maha Mengetahui.."

JIka Bh anda bermasalah.. hubungi kami:
Phone/sms 0139889009
swiftlets solution A-Z


Sunday, September 16, 2012

Lagi Rumah Walet Dibaikpulih..

assalamualaikum dan salam perwaletan semua. "Rumah walet saya dah lama..nak genap 3tahun.. namun walet hanya beberapa ekor sahaja..juga 3 sarang lama yang sudah  kering.." itulah keluhan seorang sahabat dari Bukit Merbau kelantan.. Jom  lihat sekilas SSt dalam prose menjadikan Bh ini kepada yang lebih istimewa dan terbaik..melihat dari kemasukan walet baru selepas kerja ubahsuai dilakukan memang mengujakan.. hampir 50 ekor walet menginap!

bukan setakat hasil kerja je yang mahu smart...pekerja pun mahu kompeten.. layan jer..

Keadaan sekeliling dalam Bh yang hambar sebelum ubahsuai audio sistem.. Pekerja SSt sedang memasang sistem oudio parabola. empat penjuru.

Pemasangan/ubahsuai bermula di sini.. sebuah Bh dengan keluasan 14400kaki persegi!

antara pekerja yang tinggi lampai... ketinggian antara lantai bagi tingkat ke-dua adalah 10'.. keseluruhan pemasangan tweeter anak/dalam adalah 1300 biji.

dinding diwarnakan hitam..kalau rajin bolehlah melukisnya dengan gambar-gambar walet beterbangan..

ruangan antara lantai/voids.. luas dan selesa.. anda perlu pandai mengatur kedudukan tweeter di kawasan ini..kalau tak walet segan nak turun..

Kerja-kerja ubahsuai dilakukan selama 2 hari...Alhamdulillah.. dapat disiapkan awal daripada yang dijangkakan.

Pintu masuk walet juga diubah kedudukannya kepada yang lebih menyakinkan.
Selepas siap.. penutupan dengan memasang suara baru kami "Raja Walet".. memang dapat memancing lebih 50 walet menginap pada malam pertama.. syukur dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

JIka Bh anda bermasalah.. hubungi kami:
Phone/sms 0139889009
swiftlets solution A-Z

Saturday, September 8, 2012

Walet dan Geografi..

Assalamualaikum dan salam perwaletan semua.. minggu lepas saif telah pergi melawat beberapa bh sekitar Terengganu..Semuanya telah mengeluarkan hasil yang baik..begitu juga dengan lawatan di sekitar Kuala Krai. Bulan September terutamanya di sebelah Timur Malaysia merupakan fasa baru walet membiak..juga fasa pertama walet muda mencari pasangan mereka untuk belajar membina sarang baru mereka sendiri.(anak tetasan bulan Febuari).
sekadar contoh
Ada bh yang mempunyai sarang yang seragam yang sama proses pembuatannya..ini lebih dilihat terutamanya pada musim hujan. berbeza dengan bh-bh yang berada berhampiran bukit/pantai yang sentiasa produktif sepanjang masa penghasilan sarang.
Daerah di Kuala Krai
Daerah yang paling top menjadi pilihan untuk dibina Bh. Dikatakan hampir 40% Bh di Kelantan terdiri dari bh-bh di sini. Satu lokasi yang masih kaya dengan floranya..hijau dan berair juga merupakan kawasan tanah yang berbukit bukau. Suhu dianggarkan sekitar 29-31 sahaja.

Daerah Rantau Panjang
Daerah yang bersempadan dengan Tumpat dan Thailand.. tak perlu nak dicerita..kawasan ini memang best.. masih terdapat sesawahan dan ladang getah. kawasan yang lapang dan dipinggir sungai merupakan juga kawasan yang istimewa untuk walet memilih bangunan sarang mereka.

Daerah Jeli
Jeli merupakan lokasi yang berbukit bersempadan dengan Grik. Lokasi berbukit namun ia kurang mendapat sambutan jika berbanding dengan Tanah Merah. Ini kerana tidak ramai penduduk di sini. JIka ingin mendapat hasil pulangan sarang walet yang cepat..binalah Bh di sini kerana anda mungkin polopor yang terawal..jadi peratusan berjaya sangat2 tinggi..

Daerah Gua Musang
Daerah terbaik..cantik..tenang dan aman.. suasana aman dan sejuk jika berbanding dengan daerah lain sememangnya menjadikan kawasan yang sempurna untuk Bh anda.. Di sini lah kami mendapat hasil sarang yang terbaik dari segi saiznya..Purata saiz sarang walet di sini besar dan tebal... menguntungkan.. purata sekilogram antara 90-110 sarang.. jadi buatlah pilihan yang tepat.

Daerah Pasir Mas
Emas?..mungkin emas puteh?... atau penduduknya yang comel-comel?.. itu antara perkara  yang mungkin didengari jika anda mengunjung ke sini. tak perlu diceritakan lebih..sesiapa yang datang pasti mengetahuinya.. mengikut kiraan tahun 2011 sebanyak lebih 300 Bh telah dibina di daerah ini terutamanya di kawasan pekan.

Kesemua daerah di Kelantan ini adalah antara lokasi yang paling banyak bh dibina.. Ini kerana pilihan lokasi di kawasan ini berbukit dan sekitarnya dikelilingi sungai.

Hubungi kami untuk sebarang permasalah Rumah Walet anda.
Phone/sms 013-9889009 atau emeilkan saifswift@yahoo.com
"satu harapan sejuta sanjungan
-Terima Kaseh-

Monday, September 3, 2012

Sekilas Saifswiftlets Bird House-Bird's Nest

Assalamualaikum dan salam perwaletan semua kepada pengikut blog saifswiftlets...



Segala permasalahan tentang rumah walet bolehlah berkongsi dengan kami..Hubungi kami untuk maklumat lebih terperinci.
saifswift@yahoo.com
phone : 0139889009
swiftlets solution A-Z!
"1 harapan Sejuta sanjungan"