Assalamualaikum semua..
Dah lama rasanya tak berbicara tentang walet ni.. dah tak ader topic agaknya..
ramai yang telah tahu dan fahami apa yang telah dipelajari dan mungkin juga melalui pemerhatiannya kepada Bh2 yang berjaya di sekitara mereka.. semuanya ilmu tersurat dan tersirat kian terselah.. kini ramai sudah membuka mata.. tanya hati.. cari ilmu dan berkawanlah dengan taukey-taukey dan semoga anda menemui kejayaan.. terima kasih kepada mereka yang menelefon dan bertanyakan soalan kepada SST selama ini.... kejayaan anda untuk dikongsi bersama..
Jom lihat sejauh manakah peranan pengcahayaan dalam sesebuah Bh.. zaZZ jee..!
penggunaan lampu pada lubang masuk juga mampu meningkatkan populasi walet anda.. selain sebagai penghalang kepada pemangsa-pemangsa walet. pencuri?..mungkin tidak..
lampu mula di buka sekitar jam 7mlm-7pg... set je kat timer lagi senang..
"bukan kita yang belajar memahami walet tetapi kita yang memaksa walet untuk memahami kehendak kita"
Keadaan lubang masuk sebelum menggunakan lampu padanya..
hanya disyorkan kepada BH yang mempunyai 100sarang ke atas sahaja...
Sinar cahaya matahari dan sinar lampu sebenarnya bukanlah menjadi alasan untuk walet tidak membina sarang mereka..sebaliknya akan mempercepatkan proses pembinaan sarang mereka dan sekaligus melipat gandakan populasi walet Bh anda. Lantai terang tidak menimbul masalah asal sirip tempat bersarang jangan terang, keadaan gelap atau remang-remang sudah memadai. Menurut penelitian Saif jika rumah terlalu gelap biasanya lantai bawah susah berkembang dan anak walet susah untuk keluar waktu pertama kali terbang. kita juga boleh lihat banyak anak walet mati di lantai. Jumlah cahaya harus diberi kepada ruang-ruang tertentu seperti ruang antara lantai/voids agar membantu memandu anak walet untuk keluar atau masuk. Ini sangat penting terutamanya kepada design Bh yang terlalu panjang dan bertingkat-tingkat...eloklah di dinding diberi lubang pengudaraan selain sedikit cahaya untuk memudahkan walet mengenal tanda jalan keluar masuk mereka.. segala ujian dan pengamatan telah diuji serta dikaji dan teknik penggunaan cahaya saja banyak tatacaranya.. Bagi Saif senang sahaja! pelajari dulu masing-masing fungsi dan pemanfaatannya. Ini adalah Bh anda sendiri! semua keputusan terletak di tangan anda...sahabat anda hanya mampu memberi saranan dan pandangan mereka.. tanyalah orang yang lebih berpengetahuan serta berpengalaman.
Kenalilah walet lebih rapat...agar ia akan memudahkan kerja anda kelak!
sebuah BH yang menggunakan pendekatan sinar cahaya dalam mengembangkan populasi walet Bh ini..
sebuah Bh sahabat..juga sifu kepada anak muridnya....
bersyukur apa yang dikurniakanNya selama ini...
Phone :0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)
No comments:
Post a Comment