Assalamualaikum...pembuka bicara...
Minggu lepas Saif ada berjumpa dengan seorang sahabat.. Beliau merupakan seorang guru.. beliau sangat berminat untuk memiliki sebuah BH.. kenapa sebuah je?.. beliau cakap kalau 1st berjaya.. tidak mustahil akan muncul yang kedua dan seterusnya... emmm bersemangat betul Saif mendengar cerita darinya.. seorang yang tegas mungkin di sekolah..juga sangat peramah dengan senyuman...
Menurut beliau lagi... hujung bulan depan beliau akan mengikuti satu seminar perladangan burung walet yang diadakan di Johor.."kejarlah ilmu sampai ke negara China"... setakat Johor apa lah sangat... jauh perjalanan luas pengalaman..dan jangan lupa bawa camera..kot2 boleh tangkap muat BH2 yang terserempak di sepanjang perjalanan nanti... boleh posting pada Saif..bolehlah sama-sama melihatnya..
Beliau menanyakan Saif.. jika kita mengikuti kursus atau seminar..apa yang kita akan dapat...
Pada Saif selain makan minum dan pensil/pen juga kertas A4 disediakan pihak penganjur kalau bernasib baik kita akan dibekalkan dengan suara walet percuma!...( mungkin sudah jarang yang menyediakannya) kita juga akan dapat buku2 garis panduan dari Jabatan2 tertentu jika mereka turut serta. Paling bertuah jika penganjur dapat menyediakan pakej lawatan ke senior BH yang berhampiran..(amat jarang sekali terjadi)..
Beliau hanya mengangguk-angguk kepala dan diam seketika... kemudian meminta nasihat Saif tentang persoalan yang biasa ditanya kepada penganjur/penceramah dalam sesebuah seminar.. Itulah kunci kejayaan kamu!... jika seseorang itu hanya berdiam diri apa yang beliau dapat? adakah berbaloi dengan ratusan ringgit yang dikenakan?...tak masuk akalkan... kecuali seminar kemahiran/bengkel yang ditunjukkan terus secara langsung untuk peserta peraktikkan/praktikal. Semua orang tahu..ilmu kemahiran itu amat tinggi nilainya..
Bagi sesiapa yang baru dan ingin mengikuti kursus/seminar..beberapa soalan boleh menjadi panduan untuk diajukan kepada penceramah kelak... ok di sini Saif sediakan beberapa soalan yang biasa ditanya ok..
JOm zaZZ..!
Umum..
1. Di manakah lokasi yang paling sesuai mengikut keutamaan bagi mendirikan BH? (hanya yang membuat kajian jer tahu) jangan ingat semua kawasan ok jer..
2. Jika saya mengikuti kursus ni apa yang saya akan dapat?...
3. Adakah Sijil yang dikeluarkan sebagai layaknya untuk permohonan lesen Bh saya kelak walau saya berlainan negeri?
4. Pada siapa yang harus saya menjual/pasaran sarang walet saya kelak?( tanya juga harga pasaran sekarang)
5. Kenapa ada walet yang meninggalkan sarang mereka..huhu...
Strategi..
1. Macam mana design yang paling sesuai untuk BH mengikut kajian penganjur..
2. Apa kelebihan monkey house/side wall/open roof/juga kelemahan antara mereka.
3. Tatacara penempatan LBM/ lubang utama walet masuk.
4. Teori saiz LBM/voids dan lmb antara bilik ke bilik( ciri-ciri vip room)
5. Saiz paling ideal sesebuah BH..(tinggi rendah dan sebagainya).
6. Tatacara penempatan tweerter/kebaikan dan keburukan.
7. Penggunaan atau jenis-jenis suara walet yang berkualiti.. terangkan juga perbezaan antara mereka mengikut keperluan.
8. Apa makna pulling sound?...
9. Mari kenal bunyi asas burung walet... macam mana dan bagaimana?.. (mengawan/stress/anak/meloloh/membuat sarang/walet remaja/bergaduh)
-kalau ada contoh lagi bagus!
10. Apa keperluan asas sesebuah BH bg mengekalkan suhu dan kelembapan yang stabil.
11. Boleh ke saya atau cara lain jika saya tidak mahu menggunakan sebarang peralatan elektronik bagi mengawal kestabilan alami walet/bh?
12. Syorkan jenis-jenis cara pemasangan nesting plank/tweeter yang berkesan..
13. Apakah petua-petua lain untuk menempah kejayaan BH di peringkat awal.. adakah aromanya atau peralatan atau kaedah atau designnya?..
Biologi...
1. Bila walet mula membiak? bagaimana ia mengawan?..di mana..dan bila..
2. Waktu walet mengambil masa mengeram dan menetas seterunya terbang..
3. Kenapa ada walet yang bertelur sampai 3 biji?..
4. cara mengenal jantina walet..selain dari melihat telurnya..
5. cara membuat makanan tambahan walet..
6.. Cara memikat walet yang berkesan.
7. Cara penyelenggaraan atau tambahbaikan BH yang baik
8. Cara pemprosesan sarang walet.... (sampai packing)
9. cara memikat walet di kala musim kemarau/angin/hujan..
10. berapa keupayaan walet membina sarang sepanjang hayat mereka..(umur hayatnya)
11. Jenis-jenis musuh walet/predator/manusia dan cara menanganinya..
12. ... Dan banyak lagi laa... bagi peluang pada yang lain pula untuk menanyakan soalan k...!
(ilmu walet xkan pernah habis..)
Beliau mengaru-garu kepalanya..pening2 katanya... apa-apa pun Saif sedia membantu beliau untuk membina sebuah BH bersaiz sederhana 20'x50x' dua tingkat.. Semoga anda berjaya... aminn
Anda ada sebarang masalah... atau cadangan/kongsi pengalaman/cerita.. sila-silakan..
Phone : 0179046560
Swiftlets Training & Consultantcy (Swiftlets Farming Solutions A-Z!)